Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

01 September 2014

Semua Untukmu 6

“HEY! Hey! Hey!”

Gedebukkk!

“Aduhhhh!”

Kedengaran suara lelaki dan perempuan saling mengaduh. Jika orang hanya mendengar namun tidak melihat, pasti mereka salah faham.

“Sakitnya! Buta ke?”

Azzalea menjegilkan biji mata.

“Macamlah kau sorang je yang sakit. Aku pun sama. Sakit mata, sakit hati, sakit jiwa. Siapa suruh kau duduk tengah jalan?”

Buat seketika, Emir dan Azzalea saling berpandangan. Berkelip-kelip mata masing-masing merenung ke dalam anak mata satu sama lain.

“Lea?”

Azzalea segera berpaling. Bibir bawah digigit apabila dia terpandangkan wajah Juan sedang berdiri di belakangnya. Pelik. Kenapa Juan nampak tiunggi semacam je ni?

“Abang Juan?”

Emir sudah mencebik. Bukan main lagi. Juan yang jauh lebih muda daripadanya dipanggil ‘abang’, sebaliknya gadis itu hanya ber’aku’ dan ‘kau’ sahaja dengannya. Melampau!

“Lea.. I mean.. your posture..”

Azzalea ternganga.

“Apa Abang Juan cakap..”

Terlopong mulut Azzalea apabila menyedari kedudukannya. Emir juga dalam keadaan yang sama. Mereka sama-sama terkejut. Dek kerana terkejut dengan keadaan mereka berdua, Emir bertindak dengan menolak tubuh Azzalea. Tindakan refleks Emir itu menyakitkan tubuh ramping Azzalea.

Azzalea tidak jadi memarahi Emir dek kerana adanya Juan di situ. Segera basikalnya dicapai sebelum menegakkan semula basikal itu.

“Err.. Abang Juan.. Lea.. Lea balik dulu! Mesti Opah tengah tunggu dekat rumah.”

Juan hanya mengangguk. Mulutnya sudah separa terbuka. Masih lagi terkejut dengan babak yang baru dilihat. Dia hanya menghantar langkah Azzalea dengan pandangan mata sahaja. Masih terkejut. Blank.

Emir berdiri sambil menepuk-nepuk sebahagian seluar yang terkena pasir-pasir halus. Sudah terasa miang-miang kaki serta belakang badannya ketika ini. Dia harus pulang ke suite untuk membersihkan diri.

Tanpa pamitan, dia segera berlalu meninggalkan Juan termangu-mangu sendirian. Meninggalkan seribu tanda tanya dalam benak Juan.



AZZALEA menepuk-nepuk pipinya yang masih terasa hangat. Teringat akan peristiwa awal petang tadi. Bagaimana agaknya dia boleh landing di atas tilam semulajadi itu, dia sendiri tidak sedar. Tetapi dia tidak sengaja jatuh di atas lelaki itu. Yang pelik tu, boleh pulak dia pandang si mangkuk hayun seolah-olah menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Yang lebih mengejutkan adalah kehadiran Juan di situ. Pasti Juan akan berfikir yang buruk-buruk tentangnya. Dia tidak tahu berapa lama Juan sudah berada di situ. Bagaimana sekiranya Juan menyampakan cerita itu kepada Nazhan? Masaklah!

“Eh, kenapa nak fikir fasal dia ni? Dia kan dah nak kahwin?” soal Azzalea kepada dirinya.

Akhirnya, kepala dilentokkan ke meja. Malas sudah mahu memikirkan soal itu lagi. Namun, dia harus menerangkan hal yang sebenar kepada Juan. Bimbang juga dia sekiranya cerita itu sampai ke telinga orang kampung. Ya, dia tidak bersalah. Yang bersalah, itu! Si mangkuk tu! Kenapa duduk tengah jalan?



JUAN duduk termenung. Dahinya berkerut-kerut seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Kemudian, kepalanya digeleng-gelengkan.

“Kau apa hal, Don Juan?” tegur Shahir. Mug berisi Milo ais diletakkan ke meja. Dia duduk berhadapan dengan Juan. Juan hanya menggelengkan kepala.

“Tak ada apa-apalah, bro,” balas Juan.

Shahir mencebik.

“Baru semalam ke aku kenal kau? Dari kita kecik lagi, aku dah kenal kau. Tengok muka macam ayam berak kapur ni pun aku tahu, mesti ada benda tak kena. Storylah sikit.”

“Kan aku cakap, tak ada apa-apa. Maksudnya tak adalah. Yang kau duduk sini, buat apa? An nampak nanti, marah pulak dia. Nanti dia kata kau curi tulang,” ujar Juan, cuba menukar arah topik perbualan.

“Dah, dah. Kau jangan cuba nak tukar tajuk. Kau jawab dulu soalan aku. Kau ada masalah ke?”

Juan menarik nafas panjang.

“Bukan aku, tapi Lea. Lea dengan Encik..” Juan menutup mulut. Alamak! Terlepas cakap!

Shahir pula sudah mengerut dahi.

“Maksudnya? Encik apa? Encik Emir? Apa kena mengena Lea dengan Encik Emir? Diorang kenal satu sama lain ke?”

Juan menggelengkan kepala, menyalahi dirinya kerana tidak berjaya menyimpan rahsia. Buat apa dihebahkan sekiranya dia sediri tidak tahu sejauh mana hubungan Azzalea dan juga anak majikan mereka.



“Bukanlah. Kalau aku cerita pada kau, kau jangan cakap dekat sesiapa pun fasal hal ni. Especially An. Kau pun tahu, An tu tak suka kalau ada cerita tak elok tentang Lea. So, buat sementara ni, kita je yang tahu fasal ni.”

“Cerita jelah! Takkanlah aku nak sampaikan dekat orang pulak,” balas Shahir tidak sabar.

“Masa aku baru masuk tadi, aku nampak Lea dengan Encik Emir,” beritahu Juan.

“Lepas tu?”

Juan tidak membuka mulut, sebaliknya hanya mendepangkan tangannya lalu dibawa ke dada.

“Diorang berpeluk?!”

“Hoi.. diamlah sikit. Ni yang aku malas story dekat kau ni!” marah Juan.

Sorry, sorry. Aku terkejut. Lepas tu apa jadi?”

Juan menjungkit bahu.

“Aku masuk dalam scene. Scene habis!” balas Juan sambil menepuk tangannya sekali.

Buat beberapa saat, mulut Shahir terlopong sambil memikirkan cerita yang disampaikan oleh Juan.



EMIR berpeluk tubuh sambil merenung ke arah laut yang dia sendiri tidak tahu di mana penghujungnya. Dia berdiri di anjung suite yang didiaminya sambil berfikir. Entah apa yang mengganggu fikirannya, dia sendiri tidak tahu.

Kocek seluar yang dipakainya diseluk. Seutas rantai emas terletak di atas tapak tangannya. Jauh dia mengelamun sambil menggenggam rantai itu. Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Kemudian, rantai itu disimpan kembali. Bilalah agaknya rantai itu akan kembali kepada tuannya?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...