Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

24 Ogos 2014

Kau Irama Di Jiwaku [17]

“RAZIN, Papa bukannya marahkan Zin. Papa cuma tegur Zin je. Kenapa? Dah tak boleh nak tegur dah ke?” ada sedikit kekecewaan di wajah Tan Sri Kamal.

“Bukan macam tu, Pa. Zin rasa Zin nak rehat dulu. Zin asyik kerja, kerja, kerja. Dulu, Papa mintak Zin berhenti belajar, Zin turutkan jugak. Sekarang, bagi la Zin masa sikit. Zin nak berehat dulu. Papa boleh harapkan Along,” balas Razin.

“Along Zin tu dah banyak kerja. Papa kesiankan dia. Terkejar-kejar dia. Terpaksa buat kerja dia, nak cover kerja Zin lagi. Zin tak kesian ke tengok dia?”

Razin diam. Abangnya, Dzul Fahmi merupakan seorang CEO di syarikat bapanya. Lebih tepat, bapa tirinya. Semasa dia baru berusia lapan tahun, ibunya berkahwin dengan Tan Sri Kamal. Ketika itu adik bongsunya Syazmira baru berusia enam tahun. Dia sayangkan mereka lebih dari segalanya. Lebih dari dirinya sendiri. Kesalahan masa lalu, masih menghantui dirinya. Maka, dia menebus dosanya dengan memberikan segalanya kepada mereka. Tanpa Tan Sri Kamal, pasti hidupnya tidak akan mewah seperti sekarang.

“Yelah Papa. But for now, Zin nak rehat. Please? I wanna get a life,” Razin masih berdegil.

Tan Sri Kamal angguk.

“Baiklah Zin. Kalau macam tu, Zin ambillah masa. Berehat. Tapi Papa harap, janganlah lebih daripada tiga bulan. Papa nak Zin sendiri yang settlekan our upcoming project. Papa tak boleh nak harapkan orang lain. Orang lain pun dah banyak kerja sendiri. So, Papa harapkan Razinlah. Boleh?”

“Terima kasih, Papa,” Razin tersenyum.

Bapanya memberikan kesempatan buatnya kali ini. Dia keluar dari bilik itu sambil tersenyum. Dia terus menuju ke keretanya. Enjin kereta Chevrolet Captiva dihidupkan dan dia meneruskan perjalanan ke kondominium miliknya. Tetapi, dia ingin singgah dahulu di pusat membeli-belah Sogo. Walletnya sudah terkoyak sana sini.

Setelah meletakkan keretanya di parking lot yang disediakan, dia terus berjalan memasuki pusat membeli belah itu. Dia ingin meninjau wallet di stokis Bonia terlebih dahulu. Dia berjalan sendirian. Deringan telefon bimbit dari dalam poket mematikan langkahnya. Melissa.

Hello,” kedengaran suara Melissa yang serak basah di hujung talian.

Hello. You ni.. baru bangun ke?” soal Razin. Dikerlingnya jam tangan di pergelangan tangan kirinya. Sudah hampir pukul sebelas pagi.

“Ha’ah. Baru je bangun. I penatlah.”

“Penat kenapa? Ni mesti sebab you balik lewat semalam. Right?”

“Semalam I sambut birthday dengan kawan-kawan I. Birthday Zaf.  Youlah, tak nak join.”

I rasa, I dah bagitau you. I tak suka celebrate apa-apa or jejakkan kaki I ke kelab. You should remember that. You drunk tak semalam?”

“Tak. I dah tak minumlah. I minum coke je. Semua tak minum. You janganlah risau. Dah lama I tinggalkan tu semua,” jawab Melissa.

“Great. Kalau I dapat tahu you balik ke perangai lama you balik, we’re done,” Razin berkata berbaur ugutan.

You ni.. janganlah main ugut-ugut. Gelabah I.”

If you tak buat tu semua, apa yang you nak takut?” Razin bertanya kehairanan.

Okay, okay. I janji, I tak mungkin minum lagi. You can believe in me.”

If so, bagus. Apa kata you bangun, mandi. Tolonglah mama you buat kerja rumah.”

Five minutes. You ada kat mana?” tanya Melissa.

I kat luar ni. Nak cari wallet. You tau kan, dah koyak sangat wallet I ni,” balas Razin.

“Laa.. kenapa tak tunggu I? Boleh I temankan.”

No, it’s okay. I boleh pergi sendiri. Okeylah. Nanti I call you. Take care.”

Talian terus dimatikan.



ADRIANA membelek-belek beg tangan yang dijual. Ada dua di tangannya yang menarik perhatian. Satu berwarna hijau dan satu lagi berwarna hitam. Adriana sukakan beg yang sederhana besar dan kalau boleh, dia mahu yang bertali panjang supaya dia boleh menjadikan beg itu sebagai sling bag. Dia memilih beg yang bersaiz sederhana besar bagi memudahkan dia menyumbat telefon bimbitnya, iPad dan barang-barang lain. Kedua-dua beg itu nampak cantik. Dia serba salah.

‘Kalau beli satu je, rugi. Kalau beli dua-dua, nanti membazir pulak,’ getusnya dalam hati. Akhirnya dia kalah. Dibelinya kedua-dua beg itu. Setelah membayar harga kasutnya, dia berjalan meninggalkan stokis itu. Dia sibuk membalas pesanan ringkas Adli dan tanpa disedari dia telah melanggar seorang lelaki. Beg kertas yang berisi beg baru dibeli tadi terjatuh. Habis terkeluar isinya. Adriana mengutip begnya yang bersepah di lantai.

“Awak ni.. kalau berjalan, boleh tak kalau awak tengok depan? Apa yang awak tengok sampai tak nampak saya yang besar ni?” marah lelaki itu angkuh.

“Maafkan saya encik. Saya tak perasan. Saya..” Adriana tidak sempat menghabiskan kata-kata apabila dia dapat menangkap seraut wajah di hadapannya. Wajah kepada orang yang dilanggar tadi. Dia kaget. Jantungnya mula berdegup kencang. Terasa hampir sahaja jantungnya gugur. Lelaki itu juga jelas kelihatan terkejut. Adriana cepat-cepat berpaling mahu meninggalkan lelaki itu.

“Adriana!” suara lelaki itu mematikan langkah Adriana.

Entah mengapa, dia mula terasa seperti ingin berlari. Walhal, selama ini dia menanti untuk bertemu dengan lelaki itu. Razin pula tidak tahu mengapa mulutnya memanggil nama Adriana. Adriana sudah tidak mahu menoleh. Dia berjalan pantas. Namun, tangan lelaki itu laju sahaja menangkap lengannya. Adriana berpusing ke arah lelaki itu.

“Let me go!” dia bersuara kasar sambil berusaha melepaskan pegangan tangannya.

Razin masih diam. Adriana sudah semakin cantik. Wajahnya yang putih bersih itu sama seperti dulu. Tiada cacat celanya. Renungan itu pun masih sama. Tiada yang berubah, Cuma riaknya sahaja yang berubah. Dia nampak lebih ceria, lebih cantik. Ditariknya tangan Adriana ke bahagian tepi escalator.

“Kenapa tak pernah cari Razin?” soal Razin dengan tangan yang masih menggenggam tangan Adriana.

You’re the one who’s broke your promises. You left me alone, with no words. Have you ever think about me? Have you ever find me? No, you didn’t,” balas Adriana. Ada getar dalam suaranya.

“Razin hampir gila, sebab Yana. Razin pernah datang Jepun, nak bincang masalah kita, tapi Razin tak jumpa Yana.”

Adriana diam. Setelah berbulan lamanya dia menunggu Razin yang hilang tanpa berita, dia berpindah ke rumah lain. Biarpun jauh dari universiti, dia tidak kisah. Kerusi taman yang ada di tepi jalan di hadapan rumah lamanya membuatkan dia teringatkan Razin. Taman bunga yang bersebelahan dengan kawasan rumahnya juga membawa dia kembali pada kenangan bersama Razin. Bahkan jalan yang dilalui ke kelas juga adalah jalan di mana dia selalu berjalan kaki dengan Razin.

“Yana.. janganlah senyap macam ni,” Razin mula diserang rasa bersalah. “Talk to me.”

“Apa lagi yang awak nak saya cakap?” panggilan ‘Razin’ dan ‘Yana’ sudah hilang, cuma digantikan dengan ‘saya’ dan ‘awak’. Sedikit sebanyak, Razin terasa dengan bahasa yang digunakan oleh Adriana.

“Razin.. Razin rindukan Yana,” terluah juga kata-kata itu dari bibirnya.

Adriana diam. Dia tidak tahu apakah yang harus dijawabnya. Dia benar-benar rindu akan Razin. Tetapi entah mengapa, bagai ada batu yang jadi pemisah antara dia dan Razin. Razin kembali mencapai tangannya dan dia membawa Adriana menaiki lif. Sepanjang berada di dalam lif, Adriana masih senyap.

Mereka duduk di food court yang paling hampir dengan air terjun buatan yang ada di situ. Wajah Adriana yang manis membuatkan dia lupa akan Melissa. Hatinya kembali menjadi milik Adriana. Cuma dia masih belum dapat meneka apa yang bermain di fikiran kekasihnya itu. Kekasih? Mungkin bekas kekasih. Mana nak campak Melissa?

“Hari tu Razin nampak perempuan. Sama macam Yana. Nampak kat Mid,” ujar Razin, mematikan kesepian yang baru tercipta.

“Oh.. awak dengan Melissa, kan?” tanya Adriana selamba.

“Yana nampak Razin? Kenapa tak tegur?”

Adriana merengus.

“Dahlah. Nak balik. I’m busy.” Adriana bangun. Dia ingin pulang. Tiba-tiba hatinya sakit. Sudahlah pergi tanpa pesan, berani pula dia berkata-kata begitu. Lupakah dia akan kata-kata cintanya terhadap Adriana? Siapa aku pada kau? Adriana jadi bengang.

“Yana.. we need to talk,” tahan Razin.

“Apa lagi awak nak saya cakap? Apa lagi? Awak tak ada hak nak halang saya. Awak siapa? Tahu tak, setiap hari, setiap saat saya tunggu awak. Saya percayakan awak. Saya tahu, awak pasti akan datang jumpa saya. Tapi saya ni bodoh. Saya tak tahu yang awak dah ada Melissa!”

Please, don’t be like that. Even though I used to hang with Melissa, my heart is always yours! Yana salahkan Razin, tapi kenapa Yana tak pernah salahkan diri sendiri?”

Pergaduhan di antara mereka mula tercetus. Orang ramai yang sedang makan dan minum di situ tidak dihiraukan. Dadanya mula berombak menahan marah. Dia terus berlari meninggalkan meja di mana dia dan Razin duduk. Razin cuma kaku. Air mata Adriana merembes keluar dari tubir matanya. Dia sedih.

Mengapa Razin menyalahkan dia? Salah dia? Apa salah dia? Mungkin dia bersalah, kerana terlalu sayang dan percayakan Razin. Adli.. rintih Adriana dalam hati. Di saat begini, pasti Adlilah orang pertama yang diingat. Adli sahaja yang faham akan dirinya, dan Adli juga yang membuatkan dia tenang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...