Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

04 Mac 2011

Kepahitan Itu Menjadikan Siapa Aku Kini..

Assalamualaikum and selamat malam semua...


Terima kasih kepada semua yang sudi singgah hutan rimba ni. Terima kasih juga pada yang selalu komen and bagi nasihat pada aku. Aku hargainya. Terima kasih banyak-banyak. Actually, malam ni aku malas nak cerita pasal office. Esok-esok pun aku boleh story. Kali ni aku nak bukak sejarah hidup aku yang selama ni aku tak pernah cerita kat blog ni. Alang-alang aku dah ceritakan serba sedikit kat entri aku tengah hari tadi, baik aku sambung terus. 


Untuk pengetahuan korang semua, aku dibesarkan kat sebuah kampung di sekitar Kuala Kangsar, Perak. Dari kecik sampai la umur aku 17 tahun. Masa mak aku ada lagi, hidup family aku takde la susah sangat. Abah pun still kuat lagi untuk buat kerja-kerja kampung. Tapi lepas mak aku meninggal, kehidupan kitorang agak susah sikit. Abah sorang je yang terpaksa bekerja. Walaupun abah ada anak angkat yang kadang-kadang ada hulur duit belanja, tapi bukannya tiap-tiap bulan pun dia bagi. Terpaksa la abah aku usahakan macam-macam untuk membesarkan kitorang adik-beradik. Masa mak aku meninggal tu, umur aku baru 8 tahun. Terlalu mentah lagi rasanya. Seawal usia 9 tahun, aku dah pandai masak sendiri. Abah yang ajar sebab abah nak kitorang belajar berdikari. 


Walaupun kehidupan kitorang agak susah masa tu, alhamdulillah Allah bagi kelebihan kepada aku and adik aku dalam bab belajar. Kitorang berdua selalu jadi pelajar terbaik and jadi contoh kat sekolah sampaikan ada beberapa orang yang nak ambik aku and adik aku jadi anak angkat. Tapi abah aku tak bagi. 


Masa aku masuk form 1, abah aku suruh aku masuk asrama. Ikutkan aku tak nak sebab tak biasa nak hidup sebumbung dengan orang lain. Tapi aku ikutkan jugak sebab tak nak susahkan abah aku. Adik aku pun sekolah rendah lagi. Kesian pulak kat abah nak kena ambik tau pasal aku and adik aku. Seminggu lepas daftar form 1, aku pun dapat masuk asrama dengan bantuan guru kanan hal ehwal murid merangkap warden asrama kat sekolah tu. Walaupun agak sukar nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan pada mulanya, tapi lama-kelamaan dah rasa biasa. Mujur duduk asrama tu yuran tak macam asrama biasa. So, takde la aku selalu nak mintak duit belanja daripada abah. Lagipun aku dapat biasiswa sepanjang aku sekolah kat situ.


Lepas PMR, aku dapat tawaran ke asrama penuh. Sape duduk Taiping, sure tau apa nama sekolah asrama penuh kat situ. Nama pendek sekolah tu, SERATAS. Agak berbelah bagi jugak masa aku dapat offer tu. Nak ke tak nak. Tapi bila tengok yuran yang agak mahal and tak nak bebankan abah, aku cakap aku tak nak. Lagipun aku nak sains tulen. Yang aku dapat sains kejuruteraan. Tak nak la aku. Entah macam mana, dalam tempoh seminggu je lagi nak kena mendaftar kat sekolah tu, tiba-tiba pulak muncul sedara abah yang aku tak pernah kenal datang rumah cakap nak tolong aku masuk sekolah tu. Banyak kali dia desak aku pergi daftar. Dia cakap, pasal duit jangan risau. Dia akan bayarkan and duit belanja bulan-bulan pun dia akan bank in kan. Tapi memandangkan aku dah nekad nak tolak je offer tu, dia terpaksa la terima keputusan aku tu.


So, aku pun terus belajar kat sekolah biasa sampai la aku habis SPM tahun 2006. Lepas SPM keluar, aku and kawan-kawan cuba la mohon Universiti. Malangnya, disebabkan ada kesilapan masa isi borang UPU (batch aku yang terakhir guna borang manual), aku and semua kawan-kawan sekelas tak dapat tawaran ke mana-mana universiti. Mujur ada peluang untuk rayuan. Ada kawan kata, dia boleh tolong buatkan rayuan untuk aku. Sekali dia tak buat la pulak. Memang aku frust gila-gila sebab tak dapat sambung belajar. Nasib baik tiba-tiba dapat tawaran form 6 kat SMK. Clifford. Terubat la sikit rasa kecewa tu. Tapi mungkin dah nasib aku kot, aku terpaksa lupakan niat untuk sambung belajar memandangkan masa tu abah aku sakit and aku memang takde duit untuk bayar yuran. Anak angkat abah kata nak masukkan duit kat akaun abah, tapi sampai dah nak dekat tarikh daftar tu pun still dia tak masukkan. Aku terpaksa bagitau kawan lain, yang aku tak dapat join dorang teruskan study.


Tapi agak mengejutkan bila esoknya, beberapa orang kawan sekelas aku datang ke rumah cari aku. Dorang paksa aku belajar balik. Dorang bagi aku pinjam duit yuran la. Dorang plan nak ambik aku pagi-pagi la. Untuk makluman korang, aku memang tak reti bawak motor and kebetulan pulak, motor abah aku rosak masa tu. So, tak dapat la abah aku nak hantar aku pergi sekolah pagi-pagi. Akhirnya, dengan bantuan dorang aku berjaya jugak mendaftar kat sekolah tu. 

Tapi tak lama pun aku sekolah. Seminggu lepas tu, anak angkat abah datang melawat kat kampung. Dia ajak kitorang duduk dengan family dia kat Selangor. Konon nak jaga abah. Aku memang tak setuju. Tapi macam-macam dorang pujuk. Suruh aku sambung form 6 kat sana la. Memandangkan abah aku dah setuju, aku pun ikut jela. Adik aku je tak ikut sebab dia nak habiskan SPM kat sekolah lama. Aku pulak memang dah dapat agak perangai anak angkat abah tu, so aku terima offer kolej swasta yang kebetulan aku baru dapat. Terus stop form 6. Tujuan aku terima offer tu sebab aku nak jauh dari anak angkat abah tu. Aku memang nak dekat dengan abah aku. Tapi aku tak tahan dengan perangai anak angkat abah tu.


Tak lama lepas aku masuk kolej, adik aku pulak setuju tukar sekolah kat Selangor. Tanah kitorang kat kampung, anak angkat abah suruh jual je kat orang yang sewa rumah kitorang masa tu. Aku dah cakap kat abah, kalau boleh jangan jual. Kot-kot satu hari nanti nak balik Perak. Tapi entah macam mana, jual jugak tanah tu. Malangnya, kitorang masih jugak tak dapat satu sen pun duit jualan tanah tu lepas lebih kurang empat bulan family yang duduk rumah kitorang tu cakap nak beli tanah tu. Nak tak nak kitorang terpaksa call tanya. Jawapannya sangat-sangat mengecewakan. Family tu kata, dorang dah bank in separuh daripada harga jualan. Bila kitorang check, memang takde sebarang transaksi melibatkan jumlah yang dorang cakapkan tu. Anak angkat abah aku tu pulak kata dorang bagi nombor akaun abah aku. Tapi aku sampai sekarang masih lagi ragu-ragu. Betul ke dorang bagi akaun abah? Entah-entah dorang yang dah ambik duit tu. Huhu. Andaian semata-mata. Sape tau kan?


Sepanjang aku kat kolej, hati aku selalu tak tenteram. Adik aku selalu sms bagitau apa yang jadi. Dia ada jugak bagitau aku, yang anak angkat abah tu cuba racun fikiran abah. Cakap yang aku mintak belajar kat KL sebab nak jauh dari dorang and nak buat benda-benda tak elok. Aku tension sangat-sangat masa tu. Sebab tu aku jarang sangat balik rumah walaupun rasa rindu gila nak jumpa family. Kawan-kawan kolej yang rapat dengan aku je faham macam mana aku rasa masa tu. Aku sampai terfikir nak buat benda-benda tak elok and bunuh diri. Astaghfirullahalazim.. Sempit betul fikiran aku masa tu.


Sampai la ke kemuncak masalah kitorang dengan anak angkat abah tu, kitorang terpaksa balik Perak semula. Abah memang makan hati betul dengan layanan and sikap family anak angkat abah tu. Aku memang kesian kat abah. Sampai hati dia buat abah yang dah jaga dia dari kecik macam tu sekali. Paling aku tak boleh terima, rupa-rupanya awal-awal lagi dia dah burukkan aku and family aku kat kampung dia kat Selangor and kat kampung aku kat Perak tu. Adik aku cakap, orang kampung kata family kitorang penipu and kejam. Dah la dah terima duit tanah, lepas tu nak pulak rumah tu balik. Adik aku pulak ada orang kampung kata bohsia and konon pernah "main". Sangat kurang ajar tuduhan dorang tu. Secara jujurnya, masa ni aku dah tak tau nak buat apa. Orang kampung semua sokong family yang duduk rumah kitorang tanpa bayar sewa and tak bayar duit beli tanah tu. 


Sudahnya aku terpaksa ambik keputusan berhenti belajar. Aku nekad nak cari kerja. Nak tolong family. Mujur masih ada lagi yang sudi percaya pada kitorang masa tu. Tapi bukan sedara sendiri. Ada satu family tu sanggup ambik adik aku jadi anak angkat. Nak tolong adik aku sampai habis belajar. Kitorang terpaksa tumpang sekejap rumah family angkat adik aku sebab orang yang beli tanah kitorang tapi tak bayar sesen pun tu tak nak keluar dari rumah. Dia racun orang kampung dengan mengatakan dia ada bukti pembayaran tu. Orang kampung pulak percaya kat dorang. 


Masa tumpang rumah family angkat adik aku tu, dorang ada cakap nak tolong aku cari kerja. Aku cakap ok je masa dorang kata ada kilang nak pakai pekerja kat area Ipoh. Aku try mintak and dapat la jawatan yang lebih tinggi sikit sebab dorang kata rugi result SPM aku ok. Memang bersyukur sangat. Tapi aku terpaksa cakap tak nak kerja lepas dengar cadangan ayah angkat adik aku. Dia cadangkan aku hantar abang and abah aku ke rumah kebajikan sementara aku kerja tu. Konon dah senang nanti ambik la balik. Aku tak nak. Sebab tu aku berhenti kerja tu and nak ikut abah balik Selangor memandangkan kitorang tak dapat rumah kitorang balik. Mujur kawan abah kat Selangor ada rumah kosong. Dia bagi duduk situ. Tapi aku tak ikut balik sebab ada satu family yang baik hati kat kampung tu kata nak tolong aku. Abah aku bagi aku duduk dengan orang. So, aku stay.


Aku duduk dengan family ni lama jugak. Dalam lima bulan. Aku tolong dorang berniaga kat kantin sekolah. Family ni memang baik. Malangnya, ada jugak yang tak suka tengok family tu baik dengan aku. Senyap-senyap je dorang cucuk-cucuk family angkat aku ni. Macam-macam dorang kata. Konon aku nak jadi bini muda ayah angkat aku tu pulak. Kat sekolah yang aku tolong berniaga kat kantin tu pun, tempias hasutan and umpat keji tu still ada di kalangan cikgu-cikgu yang mengajar kat situ. Aku memang sedih cikgu-cikgu tu percaya apa orang kata memandangkan kebanyakan cikgu yang mengajar kat situ pernah mengajar aku satu masa dulu. Sikap dorang tu membuatkan rasa hormat aku pada dorang sebagai cikgu yang pernah bagi aku ilmu hilang macam tu je. Tapi takde la aku kurang ajar. Aku diamkan je. Semua aku pendamkan dalam hati.


Kebetulan kat sekolah tu aku baik dengan sorang tukang kebun tu. Aku baik dengan dia sebab aku kesiankan dia je. Dia tak sempurna macam kita semua. Tak salah rasanya kalau aku layan dia baik-baik. Tapi tu pun menimbulkan fitnah. Orang kata aku dengan dia bercinta. Orang suruh family angkat tengok-tengok sikit aku ni. Takut buat pape. Sedih ok. Aku tak sejahil tu sampai nak buat benda-benda yang tak elok tu. Aku terpaksa elakkan diri dari bersembang dengan tukang kebun tu sebab dah tak nak dengar umpat keji orang kampung. Terdengar jugak orang kampung kata aku berlagak tak nak kerja kilang. Sakit betul hati aku. Aku diam je sebab tak nak malukan sesiapa. Biarla aku je tau kenapa aku tak nak kerja. Daripada aku kerja dapat gaji best tapi hantar abah and abang aku ke rumah kebajikan, rela lagi aku kerja menoreh getah je. Aku bukan anak yang kejam. Sampai hati betul dorang buat macam-macam cerita pasal aku.


Aku memang dah tension sangat-sangat masa tu. Aku nekad nak keluar dari kampung tu. Aku bagi reason nak lawat abah kat Selangor. Aku tak marah langsung family angkat aku tu. Tapi aku langsung tak jejak kaki ke rumah dorang dah lepas aku keluar sebab aku tak nak jadi punca family dorang pulak orang kampung cemuh. Cukup la semua tu. Dah banyak kali dorang pertahankan aku daripada difitnah macam-macam. Aku berterima kasih sangat-sangat kat dorang sebab pernah pertahankan aku daripada orang kampung yang menuduh tanpa usul periksa.

Lepas aku jumpa abah aku, aku pergi rumah kawan baik aku kat Kuala Kenas. Family dia ni memang baik. Tersangat baik. Dorang nak carikan kerja untuk aku. Tak lama pun aku duduk rumah kawan aku ni. Sekejap je. Masa aku duduk rumah dia ni, bapak sedara sebelah mak aku ada datang cari aku kat rumah tu. Aku tak mengenali dia ni secara rapat. Dia kata ada sepupu aku duduk KL. Boleh aku duduk dengan sepupu aku tu. Tapi aku rasa was-was sangat dengan apa dia cakap. Lain macam je. Macam ada udang di sebalik batu. Datang pulak dengan sorang lelaki yang aku tak kenal tapi mengaku sepupu aku. Tak ke pelik tu. Lepas bincang dengan kawan and family dia, aku tak setuju nak ikut bapak sedara aku tu. Tiba-tiba bapak sedara aku tu melenting and terus keluar dari rumah tu. Takut aku. Tapi aku dapat rasakan dia memang ada niat tak baik masa tu.


Tak lama lepas tu, kawan sekampung dengan aku ajak aku kerja kat Lumut. Aku pulak dah tak nak susahkan sesiapa, aku pun ikut la kawan aku ni ke Lumut. Family dia ni pun baik. Mak dia suruh aku panggil dia dengan panggilan Mak. Tapi aku tak biasa. Susah nak panggil. Tak tau kenapa. Dalam pada aku kerja kat Lumut tu, aku buat jugak permohonan online kat SPA. And selebihnya aku dah pernah cerita kat entri-entri sebelum ni.


Lepas je abah aku meninggal, dua bulan abang aku dijaga oleh anak sedara sebelah abah. Aku tak pernah kenal dorang. Banyak sedara mara sebelah abah aku tak pernah kenal. Abah tak pernah kenalkan. Tak tau kenapa. Dua bulan lepas dorang jaga abang aku, aku dipaksa ambik abang aku semula. Mungkin ada sebab kenapa dorang buat macam tu. Aku tak boleh nak salahkan dorang. Aku pun faham situasi dorang. Tapi aku memang tertekan masa tu. Aku tak cukup duit nak sewa rumah sendiri. Aku tak tau aku boleh ke tak nak uruskan family sorang-sorang. Kawan-kawan serumah pulak pada mulanya kata takpe bawak abang aku duduk rumah sewa kitorang buat sementara sampai aku dapat rumah sewa sendiri. 


Aku takde pilihan lain. Aku terpaksa jugak bawak balik abang aku ke rumah sewa dengan kawan-kawan tu. Sehari je aku bawak abang aku dah ada kawan yang buat hal. Aku dah la tension. Kawan pulak tarik muka and tak pedulikan aku. Malam tu jugak aku cari rumah sewa. Yang ni aku pernah cerita kat entri kawan. Dah la masa tu aku busy dengan urusan PTK kat pejabat aku. Kena selalu outstation.Ada pulak masalah family and kawan. Memang boleh buat aku gila. Semua ni jadi pada tahun 2009. Tahun yang paling malang dalam hidup aku. 


Aku mula terfikir nak bunuh diri lagi sekali. Lemah betul iman aku masa tu. Aku diamkan hal ni sorang-sorang. Aku memang tak tau nak ceritakan pada siapa semua masalah tu. Sampai satu masa tu, aku terbukak jugak cerita ni kat Kak Salina. EO aku yang sekarang ni dah tukar ke JAWI. Jujurnya, aku memang dah tertekan gila. Tapi still aku boleh berlagak macam takde apa-apa masalah. Tapi tak lama tu, aku agak pelik masa aku jaga exam kat mana entah, dah lupa, semua yang pergi sekali dengan aku tu baik semacam dengan aku. Rupa-rupanya dorang dah tau masalah aku. Kak Salina kata dia cerita kat dorang sebab nak tau pendapat dorang kot-kot ada cadangan nak tolong aku.


Aku dengar je tu, aku tiba-tiba rasa macam.. Tak tau macam mana nak terangkan. Sedih? Sebak? Mungkin.. Mulanya aku nak marah jugak bila tau orang lain dah tau life aku. Aku tak nak orang tau sebab aku tak nak orang terlalu simpati or kesian kat aku. Aku boleh berpura-pura aku kuat and macam takde apa-apa masalah selagi aku simpan je. Tapi kalau orang dah tau and dorang tujukkan rasa simpati tu, aku jadi lemah. Buat aku rasa nak menangis je. Sebab tu aku diamkan je. Tapi akhirnya semua orang tau jugak. Macam-macam reaksi and ayat yang aku dengar. Antaranya :

" Tak sangka awak nampak ceria memanjang tapi rupa-rupanya awak ada banyak masalah."

" Kuat jugak awak ni.. Kalau akak jadi awak, akak tak tau dah nak buat apa."

" Macam mana awak boleh bertahan sampai sekarang? Kalau saya, dah lama dah mengalah."

Terima kasih kepada semua yang anggap aku kuat semangat. Tapi jangan ingat aku sekuat yang disangka. Aku still menangis setiap malam memikirkan macam mana nak settlekan hal family and kawan-kawan. Memang payah aku nak bangun tiap pagi memikirkan yang masalah dalam hidup aku masih lagi tak selesai. And akhirnya aku pindah jugak ke rumah sewa sendiri. Sedih dengan sikap beberapa orang kat rumah sewa lama tu. Tapi takpe.. Aku maafkan salah dorang sebab dorang pun dah cerita perkara sebenar sehari sebelum aku keluar dari rumah tu. Tak baik berdendam walaupun hati aku memang sangat-sangat terluka dengan perbuatan dorang.


Mujur lepas tu, aku dah mampu untuk uruskan family sendiri. Aku dah boleh bajet gaji untuk adik aku and belanja rumah. Dengan sokongan and bantuan kawan-kawan kolej and beberapa orang kawan rapat, aku berjaya bangkit semula. Walaupun semua tu umpama mimpi ngeri dalam hidup aku, sekurang-kurangnya semua yang terjadi tu berjaya melahirkan siapa aku sekarang ni. Aku dah jadi lebih berani and yakin dalam hidup. 


Memang betul orang cakap, setiap ujian and dugaan yang Allah bagi ada hikmahnya. And aku selalu dengar orang cakap. "Allah takkan uji hambaNya dengan ujian yang lebih daripada kemampuan hambaNya sendiri". Bila dengar ayat ni, aku sedar yang semua yang aku hadapi selama ni adalah ujian Allah pada aku. Dan aku sangat-sangat bersyukur dapat lalui semua tu dengan izin Dia. Terima kasih Allah kerana menjadikan aku lebih kuat dari dulu. 


Aku selalu jugak dengar, ada hikmahnya kalau banyak bersabar ni. Dan memang terbukti kata-kata tu betul. Akhirnya terbukti jugak kat orang kampung yang kitorang bukan penipu. Orang yang kata nak beli tanah and kononnya dah bayar separuh tu mengaku yang sebenarnya dorang memang tak pernah bayar. Family tu akhirnya bawak diri ke KL. Siapa yang tukang sebar fitnah yang anak angkat abah reka tu pun akhirnya kitorang dapat kenal pasti sape gerangannya. Tapi kitorang tak salahkan or ambik tindakan kat dia. Just harap dia bertaubat la daripada terus sebarkan benda bukan-bukan pasal family aku. Tapi terkilan jugak la sebab orang yang sebarkan semua cerita tak betul tu adalah orang yang paling rapat dengan family aku and yang paling abah percaya.


Nota Cik Rimau : Ini adalah kisah benar dalam hidup Cik Rimau. Kenangan pahit dalam hidup Cik Rimau. Tapi alhamdulillah Cik Rimau dapat teruskan hidup sampai ke harini dengan bantuanNya.  Cik Rimau berterima kasih pada semua yang dah banyak tolong and bagi sokongan kat Cik Rimau. Tanpa sokongan korang semua, tak mungkin Cik Rimau dapat lepas semua ujian tu. Walaupun semua ni dah lama berlalu, tapi kenangan ni masih melekat kat ingatan Cik Rimau and akan kekal sampai bila-bila kerana semua ni la yang menjadikan siapa Cik Rimau sekarang. Macam yang Cik Rimau katakan pada entri siang tadi, Cik Rimau tak berniat untuk dapatkan simpati sesiapa pun. Cik Rimau hanya meluahkan. And sekarang ni Cik Rimau rasa sangat-sangat lega dapat meluahkan semua kepahitan yang pernah Cik Rimau hadapi. Maaf andai mendatangkan perasaan kurang senang kepada sesiapa. :-)

13 ulasan:

Illiana Hidayah berkata...

keep stronger~
Allah itu ada untuk hambaNYA~

Cik Rimau berkata...

yup... tq.. :-)

zida berkata...

wah. zida rasa cik rimau bleh buat novel. tapi zida harap cik rimau terus kuat semangat dan bersabar. dalam hidup ni memang macam macam boleh jadi. semua tu memang ujian daripada ALLAH yang nak menguji hambanya.

:)

xcyber berkata...

kuatkan semangat..
jgn mudah mengalah

M.N.SYUKRI berkata...

begitu mencabar perjalanan hidup awk..tahniah awk berjaya melaluinya..

muslim berkata...

sedih bila baca kisah ni...klu dibukukan..mesti best..keep stronger..cik rimau mmg ada bkat tulis novel...tulis novel nnti ye

Cik Rimau berkata...

Zida : tq.. novel?? xlaku kot.. huhu

xcyber : insyaAllah.. tq yer..

M.N. Syukri : terima kasih.. alhamdulillah dgn izinNya n support drpd kwan2..

muslim : kenangan lame.. saje nak share kat sni.. dibukukan? xlaku kot.. cik rimau xberbakat pon tulis novel.. :-)

aLieF si Muncung ManiS berkata...

cik rimau,,tuhan maha penyayang dan bijaksana..setiap yg tuhan beri kat kita ni,ada hikmahnya...yang penting kita sabar...bak kata pepatah..bersusah-susah dahulu,,bersenang2 kemudian..dan hadapi semua ni dgn senyuman k..biarkan fitnah yg dilempar ke arah kita..sesungguhnya dosa org yg mmbuat ftnah lebih besar dari mmbunuh..dan jgn sesekali bunuh diri k.itu tindakan yg tak sepatutnya..berdoa semoga Allah permudahkan segala2 nya..k

Suhami Ahmad berkata...

Cik Rimau, berat dugaan Cik Rimau. InsyaAllah, Allah akan balas dengan kesabaran yang Cik Rimau tempoh. Tapi atok nak ingatkan, jangan fikir nak bunuh diri. Tujuan kita hidup kat dunia ni bukan untuk keseronokan duniawi shj, tapi untuk kemanisan di sana. Bunuh diri, nanti Cik Rimau tak kan selama-lamanya merasa kemanisan kt sana. Ingat tu k

Cik Rimau berkata...

alief : tq.. cik rimau tau.. tq atas nasihat alief..

atok : ye atok... rimau tau.. tp itu dulu tok.. mase tu cik rimau xtau nak buat ape.. time kasih atas nasihat tok.. :-)

Muhammad Burn berkata...

Waa, panjangnya. hebat betul menaip... sy pun asal kk jugak...

Cik Rimau berkata...

Muhammad Burn : hahaha.. suke merepek.. panjang la jadinya.. kk area mane?

Fifiedao berkata...

u're so lucky akk.. Allah pilih akk..utk dberi ujian sebegitu perit dan sukar dgn sejuta hikmah dsebaliknya..tak mcm fiza yg slalu lalai dan leka tntg dunia.dr dugaan tu, akak sentiasa mengingatinya. Allah sentiasa berada di sisimu akk..dan Allah hantar ramai orang baik bersama2 akk..Kuatkan semangat akk hingga ke akhir hayatmu akk.. :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...