Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

24 Ogos 2014

Kau Irama Di Jiwaku [16]

LIMA jejaka itu bersiap-siap untuk turun bersarapan selepas mandi. Mereka masih lagi memakai pakaian milik Adrian. Mujurlah mereka tiada latihan buat beberapa hari ini. Baju mereka dibasuh oleh pembantu di rumah itu.

“Jom turun. Makan!” ajak Adrian.

Mereka berjalan turun ke tingkat bawah. Ahli keluarga Adrian yang lain sudah pun berada di meja makan. Mereka duduk di meja itu.

“Makan banyak sikit. Lepas makan tengah hari baru balik rumah,” tegur Datin Maznah.

“In shaa Allah mak cik,” balas Adam.

“Adli, nak makan apa?” soal Adriana kepada Adli yang duduk di sebelahnya.

“Apa-apa pun boleh.”

Adriana menyendukkan nasi lemak dan sambal sotong ke pinggan Adli.

“Aku tahu kau suka ni. Adam, Danny, Alif, Rayyan, Yana tak sampai nak sendukkan,” gurau Adriana. Mereka tersenyum. Adli mula makan.

“Sedap nasi lemak dengan sambal sotong mak cik ni,” puji Adli.

“Bukan mak cik yang masak. Yana yang masak,” tukas Datin Maznah.

Adli membulatkan biji matanya menghadap Adriana. Adriana tunjuk riak bangga.

“Kenapa? Tak percaya?” Adriana meniru gaya bercakap seperti iklan di dalam televisyen satu ketika dahulu. Ruang makan itu dipenuhi dengan suara tawa penghuni rumah itu dan tetamu-tetamunya.



ADRIANA duduk di ruang rehat rumahnya. Surat khabar yang berada di atas meja diambil da dibukanya. Satu demi satu helaian surat khabar itu diselak.

“Yanaaa!”

Adriana terjerit kecil. Dia terkejut. Diurutnya dada berulang kali.


“Terkejut beruk aku!” Adriana menutup surat khabar di tangan dan dia duduk di kerusi bertentangan dengan Adriana. Matanya membulat tanpa sedar.

Adli ketawa terbahak-bahak. Reaksi Adriana membuatkan dia ketawa. Entah mengapa, apa sahaja yang terkeluar di bibir Adriana sentiasa menggembirakan hatinya.

“Gelak-gelak apa?” soal Adriana bengang.

“Okay, okay. Aku tak gelak,” jawab Adli setelah tawanya reda.

“Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau aku mati terkejut tadi, aku jadi hantu, aku cekik-cekik kau,” Adriana menjuih-juihkan bibir. Marahnya masih bersisa.

“Alaa.. sorrylah. Aku ingatkan kau tak terkejut,” Adli mula diserang rasa bersalah.

“Tahu takut. Aku tak marahlah. Saja je buat-buat marah.”

“Aku ingatkan kau betul-betul marah.”

Adriana menggeleng.

“Eh, Adli. Hujung bulan ni kawan aku masa aku belajar kat Korea tu nak bertunang. Kau free?”

“Kawan kau? Lelaki ke perempuan?”

“Dua-dua tu kawan aku. Kawan rapat aku dari sini, masa kat Korea lagi.”

“Korea? Wahhhh! Aku tak tahu lagilah. Nanti aku tanya Adam. Kitorang tak ada manager. Susah sikit. Kitorang kena confirmkan sendiri kalau ada show.”

“Yeke.. suruhlah Syahmi jadi manager korang,” usul Adriana.

“Kitorang memang dah pakat nak ambil dia. Tapi, sekarang nak kena tunggu dia habis SPM dulu. Tak naklah kacau dia. Sementara dia tunggu nak sambung belajar, bolehlah kerja dengan kitorang. At least adalah duit poket. Tak payah mintak duit kat mak aku dengan Hasif,” jawab Adli.

“Untung Syahmi ada abang macam kau. Concern dengan dia. Baguslah.”

“Kau pun untung Yana. Adrian baik. Dulu, dia tak suka architecture. Tapi dia cari jugak minat tu sampai dapat. Sekarang, semua orang suka dia.”

“Dengan orang lain, dia baiklah. Dengan aku, tak habis-habis nak cari gaduh,” rungut Adriana.

“So, Syahmi dah pilih ke dia nak further study dalam bidang apa?’

“Dia nak ambil medic, macam aku jugak. Tapi, dia minat jugak nak ambil engineering macam kau. Dia tak minat dalam komputer. Electric engineering dia okey kot. Major kau dulu, elektrik ke?”

“Tak adalah. Major, electronic. Disebabkan aku aku ambil kos kejuruteraan komputer, so elektronik dengan komputerlah yang jadi main subject dalam every semester. Macam kaulah. Kan? Tapi aku belajar elektrik jugak. Wiring, buat litar and so on. Banyak part dalam bidang tu,” jawab Adriana.

Adli mengangguk faham.

“So, kau bolehlah bukak komputer? Kalau komputer aku rosak, boleh aku hantar kat kau kan? Kalau sistem ada problem, aku boleh hantar kat kau jugak la eh?"

“Boleh, Adli. Nak aku repair otak kau pun boleh.”

Seriously? Kalau macam tu, tolonglah repair kepala aku. Sekarang!”

Adli duduk di sebelah Adriana. Kepalanya dihalakan ke arah Adriana.

“Kau ni gilalah! Pergi masuk Tanjung Rambutan,” Adriana tertawa melihat sikap Adli yang gila-gila itu.

“Kau yang cakap kau pandai repair kepala orang. Cepatlah, Yana.”

Tangan Adriana diletakkan ke kepalanya. Adriana bingkas bangun. Dia berlari menjauhi Adli. Adli ikut bangun.

“Mana mau pigi, cik adik manis?” Laju dia mengejar Adriana. Adriana menjerit-jerit, bimbang dapat ditangkap Adli. Mereka berlari sehingga ke kawasan taman.

“Dahlah, aku tak pakai slipper ni!” jerit Adriana.

Adli tidak peduli. Dia tetap mengejar Adriana.

“Secocok betul budak berdua tu, kan?” ujar Datuk Abdul Aziz . Rupanya sudah lama mereka memerhatikan Adli dan Adriana.

“Secocok tu, memanglah. Tapi saya tengok kan bang, Yana macam tak nak je dengan Adli,” balas isterinya.

“Itu kata mulut dia. Hati dia. Saya rasa dia sukakan Adli. Mungkin dia je yang tak sedar. Esok-esok jangan Adli dah dikebas orang, baru dia sedar.”

Mereka terus memerhati tingkah laku Adli dan Adriana secara diam-diam.



ADLI menatap siling rumahnya. Suara Syahmi yang asyik memanggil-manggil namanya langsung tidak dihiraukan. Suara Syahmi kedengaran semakin jauh dan semakin sayup. Kenangan lalu mula datang bertamu, biar pun tidak diundang.

Adli sudah lewat ke sekolah. Hari itu merupakan hari peperiksaannya yang pertama. Peperiksaan sebelum cuti penggal pertama. Dia yang baru bertukar ke sekolah itu beberapa bulan lepas, berjalan pantas. Rumahnya tidaklah terlalu jauh dari sekolah, tetapi apabila tayar basikal kesayangannya pancit, jarak yang dekat terasa jauh. Langkah dihayun semakin laju. Dia tidak mahi lewat sampai ke sekolah, apatah lagi hari itu ada peperiksaan. Sedang dia berusaha untuk cepat sampai, ada sebuah Toyota Camry berhenti betul-betul di sebelahnya. Tingkap kereta itu dibuka separuh di bahagian pemandu.

“Assalamualaikum, dik. Adik ni nak pergi sekolah, kan? Sekolah yang mana satu?” tegur pemandu kereta itu ramah. Di kawasan itu memang banyak sekolah menengah.

“Sekolah dekat taman ni, pak cik,” balas Adli, selepas menjawab salam lelaki yang berusia dalam lingkungan empat puluhan itu.

“Kalau macam tu, naiklah sekali. Hari ni, ada exam kan? Kebetulan pak cik pun nak hantar anak majikan pak cik ke sekolah tu jugak. Naiklah,” pelawa lelaki itu lagi.

“Tak apalah pak cik. Saya boleh jalan kaki je,” tolak Adli sopan.

“Nanti lambat pulak sampai ke sekolah tu. Marilah naik.”

Pintu kereta di bahagian belakang pemandu dibuka oleh seseorang yang duduk di bahagian belakang juga. Adli akhirnya akur. Dia memboloskan diri ke dalam perut kereta itu. Disebelahnya, ada seorang budak perempuan yang lebih muda daripadanya. Mungkin budak itu sebaya dengannya atau muda setahun daripadanya. Sampai sahaja di pintu pagar hadapan sekolah, kereta itu berhenti. Mereka turun, dan sempatlah Adli mengucapkan terima kasih. Budak perempuan itu berjalan tanpa menoleh ke belakang. Adli ikut berjalan ke kelasnya.

“Macam mana paper tadi? Boleh jawab?” soal rakan sekelasnya, Khusairi. Mereka sudah habis dengan kertas peperiksaan mereka. Mereka berjalan ke kantin sekolah.

“Bolehlah tahan,” jawab Adli tersengih.

“Boleh tahan kau kata? Gila susah. Nak tertidur aku time jawab tadi,” celah Syaiful di sebelah Adli.

“Ha’ah. Aku pun rasa susah,” tambah Khusairi.

“Korang yang panic kot. Gelabah. Sebab tu korang rasa susah. Nanti exam lagi, korang try relaks,” ujar Adli memberi nasihat.

Mereka mengangguk, sambil berjalan ke kantin. Tiba-tiba kelihatan budak perempuan yang menumpangkan kereta berjalan ke arah mereka.

“Puas aku cari kau. Nanti petang aku balik pukul dua suku. Kalau kau awal, kau tunggulah dekat mana-mana. Pukul dua suku, tunggu depan pagar. Bapak aku pesan, suruh bawak kau balik sekali,” sapa gadis itu bersahaja dan dia terus berlalu ke kelas.

“Eh.. tu anak Datuk Aziz. Kau kenal dia ke?” tanya Syaiful kehairanan.

“Yeke? Aku tak kenal dia. Pagi tadi, masa aku nak pergi sekolah, tayar basikal aku pancit. Masa aku tengah jalan, driver dia kot, ajak aku tumpang. Mula-mula segan jugak, tapi, accept jela. Rezeki jangan ditolak,” Adli tergelak. Anak Datuk rupanya, desis hatinya. Rakan-rakannya mula bercerita tentang siapa Adriana, ibu bapanya dan keluarganya. Pendek kata, orang di situ semua kenal dengan keluarga Datuk Abdul Aziz. Sejak hari itu, Adli dan Adriana mula berkawan rapat.

“Hoiii! Aku cakap dengan kau!” Sergahan Syahmi sudah cukup mengejutkan Adli. Kenangan yang tadinya mula bertapak, sudah hilang berterbangan.

“Aku lempang jugak budak ni karang,” marah Adli.

Ketawa Syahmi terburai.

“Itulah kau, aku panggil kau, kau tak dengar pun. Rasakan!” Syahmi terus mengejek abangnya.

Adli bangun. Laju sahaja dia menuju ke katil adiknya. Terus dismack down Syahmi. Kini, dia pula yang ketawa.

“Lepasss!” jerit Syahmi bengang.

“Kau nak buat lagi ke tak?” kini lengan Syahmi pula yang menjadi mangsanya. Lengan Syahmi ditarik ke belakang.

“Sakitlah, gila!” marah Syahmi.

“Apa dia? Nak buat lagi?”

“Tak, tak. Aku tak buat dah,” jawab Syahmi.

“Apa dia? Aku tak dengar. Cakap kuat sikit,” lengan Syahmi ditarik sedikit kuat. Syahmi menjerit.

“Cepatlah, Mi!”

“Aku tak buat dah!” seru Syahmi separuh menjerit.

Adli melepaskan pegangan tangannya pada lengan Syahmi. Dia ketawa kemenangan. Syahmi bangun perlahan-lahan. Adli menoleh laju.

“Haaaa! Nak serang hendap aku!”

Adli cepat-cepat ingin menangkap Syahmi. Tetapi Syahmi lebih pantas. Dia melepaskan diri dari bilik itu. Gurauan antara dua adik itu terus menemani hari yang sudah pun petang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...