Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

24 Ogos 2014

Kau Irama Di Jiwaku [19]


HARI itu adalah hari yang dijanjikan. Mereka sudah bersiap-siap untuk menghadiri majlis pertunangan Darius dan Laila. Adriana mengajak Hanis untuk tidur rumahnya, tidak perlulah dia berpatah balik menjemput Hanis. Adriana teruja. Inilah kali pertama rakan yang sebaya dengannya mengadakan majlis bertunang mahupun berkahwin. Darius dan Laila menetapkan tarikh hari itu untuk majlis pertunangan mereka. Dan lagi lima bulan, mereka akan bernikah. Adriana kelihatan ceria.

Walaupun begitu, dia berharap agar tidak bertemu dengan wajah-wajah yang kalau boleh, dia memang langsung tidak mahu lihat. Mereka yang telah menghantar duka di saat dia mula gembira, yang membuatkan dia fobia untuk menerima seorang lelaki sekali lagi. Memandangkan majlis pertunangan Laila dan Darius berlangsung jam tiga petang, Adriana sekeluarga bersiap selepas solat Zohor. Rumah Laila terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

“Yana, cepatlah!” jerit Adrian dari bawah. Nasib baiklah pintu biliknya dibuka. Kalau tidak, jangan haraplah dia dengar jeritan Adrian.

“Kejaplah!” jerit Adriana, membalas kembali jeritan abangnya.

Hanis sudah pun berada di bawah. Sudah siap terlebih dahulu. Beg tangan yang baru dibelinya, Mulberry berwarna hijau yang diperbuat daripada kulit disangkutkan ke bahu kanan. Telefon bimbit dan iPadnya dimasukkan ke dalam beg. Dia berkira-kira apa yang tertinggal. Dia memetik jari. Hadiah dan kek! Cepat-cepat diambil kotak yang berbalut kemas di atas meja komputernya dan dia berlari-lari anak turun ke tingkat bawah.

“Cepatlah, Yana,” gesa abangnya lagi.

Adriana mencampakkan hadiah buat Laila dan Darius kepada abangnya. Kakinya dihayunkan ke dapur. Sekotak kek yang bertulis ‘selamat bertunang’ diambil dari atas kabinet dapur. Adriana memang suka memasak, tetapi tidak semua orang tahu akan minatnya yang itu.

“Dah. Jomlah,” Adriana mengajak abangnya. Hanis sudah pun menunggu di dalam kereta.

Adrian yang memandu Mercedes Benz Hybrid bapanya. Pak Majid cuti hari itu. Yang tinggal di rumah cumalah pembantu rumah. Kereta Adli nampaknya sudah lama terparkir di seberang jalan di hadapan rumah Datuk Abdul Aziz. Kedua-dua buah kereta itu memulakan perjalanan. Adrianalah yang menjadi pemandu arah. Dia sendiri pun tidak pasti, namun dia meminta bantuan Laila apabila dia tidak tahu simpang mana yang perlu dimasuki. Akhirnya, mereka sampai juga di kediaman Laila. Boleh tahan juga besar rumah Laila. Rumah berkembar dua tingkat. Sudah banyak kereta yang memenuhi perkarangan rumah Laila. Mungkin sanak saudara dan rakan-rakan terdekat Laila dan Darius.

Mereka keluar dari kereta. Adli dan rakan-rakannya mengikut dari belakang manakalaAdriana berjalan di hadapan sekali. Beberapa buah khemah didirikan di halaman rumah yang agak luas itu. Kelihatan Darius yang segak berbaju Melayu warna ungu duduk di luar rumah. Adriana memperkenalkan keluarganya dan rakan-rakannya kepada Darius. Menyedarkan kehadiran The Result di majlis itu, ramai yang mengambil gambar kandid mereka, memandangkan mereka tidak dapat bergambar dengan The Result. Sudah pasti Darius gembira bertemu dengan mereka. Sejak di Jepun lagi Darius menjadi peminat lima anak muda itu. Adriana masuk ke dalam rumah. Dihulurnya hadiah dan kek kepada ibu Laila.

“Mak cik. Yana nak kenalkan family Yana dengan kawan-kawan Yana pada mak cik,” Adriana memperkenalkan ahli keluarganya kepada keluarga Laila.

“Ehh! Ni bukan ke The Result?” sampuk adik Laila, Amirul. Dia kelihatan begitu gembira melihat mereka berlima. Adli dan rakan-rakan tersenyum.

“Ha’ah. The Result ni,” jawab Adriana. Amirul segera bersalaman dengan lima jejaka itu.

“Mana Laila, mak cik?” tanya Adriana sopan.

“Laila ada kat dalam. Tengah siap-siap agaknya,” ujar ibu Laila, Puan Zaitun. “Masuklah,” pelawanya lagi. Datuk Abdul Aziz, Adrian dan anggota kumpulan penyanyi popular itu duduk di ruang tamu, berbual dengan bapa Laila. Adriana, Datin Maznah dan Hanis masuk ke bilik yang ditunjukkan Puan Zaitun.

“Laila!” Adriana memeluk Laila. Laila bersalaman dengan Datin Maznah dan Hanis.

“Nasib baik sampai jugak, kan?” seloroh Laila.

Adriana tergelak.

“Mak cik duduk la dekat atas katil tu, tak apa,” ujar Laila melihatkan Hanis dan Datin Maznah hanya berdiri.

“Lawa bilik Laila ni. Laila tempah ke buat sendiri?” soal Datin Maznah, setelah dia duduk di katil yang berhias cantik itu.

“Yang nii, kitorang satu keluarga yang buat. Pelamin tu je tempah orang buatkan. Bertunang, buat simple je,” balas Laila sopan.

Simple tapi cantik,” Datin Maznah tersenyum melihat Laila yang masih belum mengenakan solekan. “Nanti Yana bertunang, mak cik nak buat macam pelamin Laila tu.”

“Siapa pulak kata Yana nak bertunang? Yana nak kahwin teruslah Ibu,” sampuk Adriana tersengih. “Apasal kau tak siap lagi ni? Dah ramai orang kat luar tu,” tokok Adriana.

“Aku tengah tunggu kakak yang mekapkan aku tu. Tak sampai-sampai lagi,” jawab Laila. Timbul kerisauan di wajahnya.

“Laila, dah siap ke belum?” jenguk Puan Zaitun di muka pintu.

“Belum lagilah, mak. Akak tu belum datang lagi,” tutur Laila bimbang.

“Tak apalah. Biar Yana yang tolong,” Adriana menawarkan diri. Puan Zaitun menarik nafas lega. Dia keluar dari bilik itu, dan ibu Adriana mengikut dari belakang.

“Aikk? Apasal aku tak tau kau terror bab solekkan orang?” tanya Hanis hairan.

“Kau tak pernah tanya,” usik Adriana.

“Betul, Hanis. Yana ni memang pandai solekkan orang. Kiranya dia ada sentuhan magis la,” tambah Laila. Laila tersenyum.

Adriana mencapai bedak asas dan concealer. Dia memulakan dengan bedak asas. Dia menyolek wajah Laila dengan berhati-hati. Betul, bagaikan ada magis, wajah Laila berubah menjadi semakin cantik, berseri-seri.

“Okay, dah boleh bukak mata,” ujar Adriana setelah dia siap mendandan Laila.

Laila membuka mata. Dia nampaknya terkejut dengan perubahan yang berlaku pada dirinya itu.

”Jomlah. Nanti lama pulak orang kat luar tu tunggu.”

Adriana dan Hanis menjadi pengapit Laila. Mereka membawa Laila keluar. Ramai yang memuji-muji baju Laila, seri di wajahnya dan tidak ketinggalan, ada yang memuji-muji solekan kemas yang disolek Adriana. Majlis itu berjalan dengan lancar. Cincin sudah disarungkan ke jari manis Laila, menandakan dia sudah sah menjadi tunangan Darius.

“Tahniah, Laila,” Danial menghulurkan tangannya setelah sesi bergambar selesai. Laila terpempan. Digosoknya mata beberapa kali.

“Ehhh! Janganlah gosok mata tu, Laila. Comot nanti,” Adriana menahan Laila daripada terus menggosok matanya.

“Aku mimpi ke ni? Kenapa ada The Result?” soal Laila, masih belum percaya.

“Kitorang ni kawan Yana. Yana tak bagitau ke?” sampuk Adam setelah bersalaman dengan Laila.

“Yana.. Adli ni ke yang kau maksudkan dulu? Adli tu Lee? Lee The Result? Yang kau cerita tu?” Laila membulatkan biji matanya.

“Aah, kawan baik aku tu! Saja nak buat surprise,” ujar Adriana. Cepat-cepat dipotong kata-kata Laila. Laila mengerutkan kening. Adriana membalas dengan mengecilkan matanya sedikit.

“Ohh.. yeke? Inilah kawan baik kau tu, eh? Bestnya dapat kawan baik dengan artis famous macam The Result,” Laila cuba berlagak selamba. Menutup kata-kata yang hampir tergelincir dari bibirnya.

Tetamu sudah pun keluar untuk menikmati hidangan yang tersedia di luar rumah. Sengaja Encik Hafsham dan Puan Zaitun mengadakan majlis makan kecil-kecilan. Sekadar untuk mengumumkan pertunangan Laila dan Darius. Kesemua mereka keluar dari rumah, masing-masing ingin makan di luar. Tetamu yang hadir sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan yang baru bertunang itu.

“Laila! Darius! Sorry lambat!” suara perempuan yang sedikit nyaring membuatkan mereka berhenti berbual.

Jantung Adriana mula berdegup kencang. Seperti mahu pecah dadanya saat itu.

“Adli.. Razin..” Adriana mendongak, mencari wajah Adli. Adli mengangguk sambil mengukir sebuah senyuman buat Adriana.

Ini rupanya Razin. Razin yang berani memperkotak-katikkan Adriana aku. Siapa pulak perempuan seksi ni? Orang datang kenduri, pakai la baju kurung, kebaya ke. Paling tidak, pakai la baju yang sopan-sopan. Ni dah macam nak ke night club. Mesti girlfriend dia ni. Gerutu Adli dalam hati. Siaplah kau Razin!

Setelah bersalaman dengan Darius dan Laila, mata Melissa beralih pula ke arah Adriana. Dijelingnya wajah manis di hadapannya. Adriana buat-buat tak nampak.

“Ehhh! You all ni, The Result. Kannn? Nama I, Melissa. Yang ni, my future fiance, Razin Asyraf Tan Sri Kamal,” perkenal Melissa. Sengaja ditekan perkataan ‘fiance’ dan ‘Tan Sri’.

Adam, Danial, Alif dan Rayyan seolah-olah dapat menangkap apa yang terjadi. Mereka menyambut huluran tangan Melissa dan Razin sambil tersenyum.

Jelas terlihat wajah Razin yang berubah di saat Melissa memperkenalkan dia sebagai bakal tunangnya. Wajah Adriana ditatap tanpa ada rasa jemu. Adriana langsung tidak mengalihkan pandangan kepada Razin.

‘Oh.. ini ke Melissa?’ gumam Adli dalam hati.

You all kenal Laila?” soal Melissa, sedikit manja. “Mestilah kenal, kan? Laila kan anak orang berada. Bukan semua orang boleh berkawan dengan artis. Nak-nak yang famous macam you all. Sesetengah orang, kawan dengan anak orang berada sebab nak tumpang glamour. Yelah, dapat tempias sikit-sikit dah cukup. Desperatelah katakan,” Melissa seolah-olah ingin memulakan pergaduhan dengan Adriana.

Adriana diam. Malas mahu melayan perangai gila meroyan Melissa.

“Dahlah, Melissa,” tegur Razin. Bimbang Adriana terasa dengan kata-kata kekasihnya itu.

Actually, kitorang datang dengan Yana. Kitorang kawan dengan Yana. Kawan baik dia. Dia yang ajak kitorang datang sini,” Rayyan mula membidas Melissa. Dia dapat menghidu apa yang berlaku sebentar tadi. Tetapi, lelaki itu? Mengapa dia asyik memandang Adriana dari tadi?

Melissa mencebik. Adriana mendongak sekali lagi. Kening sebelah kirinya dijungkitkan. Adli tersenyum nakal. Adriana memeluk lengan Adli, sambil tersenyum buat-buat.

In case you didn’t know who is this, let me introduce her to you guys.” Adli menolak tangan Adriana.

Adriana kaget. ‘Apa pulak Adli nak buat ni?’ dia bermonolog sendirian. Melissa tersenyum mengejek.

This is my girlfriend, my future fiancee, my future wife, my mom’s future daughter in law, my children’s future mom and my future bidadari di syurga,” Adli memeluk bahu Adriana. Erat. Adriana memandang wajah Adli yang sedang tersenyum bangga. Rambut Adli agak panjang hampir menyentuh bahu menutup sedikit wajahnya, diterbangkan angin.

“Sayang, rambut ni. Yana dah suruh ikat, right?” Adriana menolak rambut Adli ke belakang. Matanya dibulatkan sedikit, giginya diketap geram. Setelah selesai dengan rambut Adli, dia tersenyum-senyum di hadapan mereka.

“Nama kekasih saya ni, Adriana Izdihar binti Datuk Abdul Aziz,” kini dia pula yang menunjuk-nunjuk. Perkataan ‘Datuk’ itu sengaja dikuatkan. Bibirnya masih menguntum senyum. Hanis, Darius, Laila dan yang lain menahan tawa. Kelakar melihatkan reaksi Adli dan Adriana. Adli membetul-betulkan rambut Adriana. Melissa menjeling mereka. Inilah kali pertama dia dan Razin mendengar nama penuh bapa Adriana, lengkap dengan pangkatnya sekali. Anak orang kaya rupanya, desis Melissa cemburu.

“Rambut Yana ni pun, ikatlah. Kan dah tutup muka yang lawa ni,” Adli mula melebih-lebih.

Adriana rasa meluat dengan lakonan Adli yang dirasakan over. Dipijaknya kaki Adli dengan kasut tumit tingginya. Adli mengerang kesakitan. Cepat-cepat dikawal suaranya, bimbang didengari Razin dan Melissa.

“Yana, Abah ada hal. Yana nak balik pukul berapa?” kehadiran Adrian mematikan perbualan mereka.

Mujurlah Adli sudah menjatuhkan tangannya semula. Kalau tidak, pasti berbagai soalan yang terkeluar dari mulut Adrian. Melissa menelan air liur. Kacaknya mamat ni! Siapa dia? Bukan main lagi cubit-cubit pipi Adriana. Tapi, macam pernah tengok. Razin juga kelihatan hairan. Adriana menampar lengan abangnya.

This is my brother. Adrian Haikal,” Adriana menjelaskan perkara sebenar. Riak wajah Razin dan Melissa kembali tenang. Cuma Melissa yang tidak putus-putus memandang wajah Adrian. Adrian menalakan pandangan ke arah Adriana.

“Kawan Yana ni kenapa?” bisik Adrian perlahan di telinga Adriana.

“Dia memang macam ni. Pantang tengok lelaki handsome,” Adriana juga berbisik.

Adrian mengangguk, dia terasa mahu ketawa. Orang macam ni pun ada jugak? Mekap macam opera, baju pulak tak cukup kain. Dia ingat dia lawa kot, pakai macam tu. Adrian rasa meluat. Tapi, kenapa mamat ni pandang-pandang adik aku? Adrian pelik dengan kelakuan lelaki itu. Balik karang, nak kena siasat ni!

“Okeylah. Kitorang nak balik ni Darius, Laila,” Adli yang mewakilkan mereka untuk pulang. Mereka saling bersalaman. Laila dan Darius menyatakan perasaan gembira mereka dengan kehadiran The Result. “Melissa, Mazin, kitorang balik dulu.”

Ketawa mereka yang lain pecah, kecuali Razin dan Melissa. Masing-masing tidak dapat menahan rasa kelakar yang laju diproses melalui otak. Adli sengaja menukar nama Razin kepada Mazin. Seolah-olah Razin bukan seseorang yang penting untuk diingati.

“Bukan Mazin la. Mazin tu model. Razin,” ujar Adriana setelah tawanya reda. Adli pura-pura mengangguk.

Sorry. Saya ni memang bermasalah nak ingat nama orang,” Adli tersenyum.

Razin pula? Dia cuma mampu mengukir senyum tawar. Air liur yang ditelan terasa pahit dan kesat, seperti menelan kertas pasir yang bercampur dengan ubat.

Keluarga Adriana dan anggota kumpulan The Result meninggalkan kawasan rumah Laila, memandangkan Datuk Abdul Aziz perlu menghadiri doa selamat di rumah kawannya. Anak kepada kawannya juga baru pulang dari luar negara.



SEJAK pulang dari rumah Laila, Razin diam sahaja. Melissa di sebelah juga diam. Terbayang-bayang wajah Adrian yang kacak.

You ni, kenapa diam je dari tadi?”

Razin tersentak. Dia kembali ke dunia nyata.

“Takde apa. I tengok Laila dengan Darius nak kahwin, I pun terfikir. Bilalah I nak kahwin?” gumam Razin berbohong.

For now, I harap you boleh faham. I muda lagi. I tak nak kahwin seawal ni. I tak puas enjoy lagi. Nanti kalau dah kahwin, habislah I
,” Melissa menjawab tanpa dipinta.

Razin menggeleng. Apa gunanya bercinta bagai nak rak, alih-alih tak mahu berkahwin? Sudah hampir dua tahun dia menjalin hubungan dengan Melissa, setelah dia meninggalkan Adriana. Awalnya, dia tidak mahu menjadi milik Melissa. Tetapi, disebabkan rasa marahnya terhadap Adriana, diterima juga Melissa yang menyakitkan hati. Lama-kelamaan, dia sudah terbiasa dengan sikap Melissa. Tetapi, kehadiran Adriana dalam hidupnya kembali membuatkan dia bimbang. Dia tidak tahu sama ada dia akan terus bersama Melissa atau pun hatinya kembali kepada Adriana. Memang selama ini pun hatinya milik Adriana, tetapi keegoan mengatasi segalanya. Baginya, Adriana yang bersalah. Mengapa dia pula yang perlu mencari Adriana? Razin mengeluh. Melissa hanyut dalam dunianya sendiri.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...