Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Disember 2011

Selamat Datang 2012

Assalamualaikum and selamat malam..


Sedar tak sedar,kita dah pun sampai ke penghujung tahun 2011. Dalam masa beberapa jam je lagi, tahun 2011 akan melabuhkan tirainya. Bermulalah satu lagi tahun yang baru, tahun 2012. And aku sangat-sangat pasti,malam ni aku tak dapat tidur lena. Kenapa? Of course la sebab sambutan tahun baru ni. Jiran sekitar rumah aku ni jenis yang suka main mercun untuk raikan apa jenis sambutan termasuk la untuk sambut tahun baru. Tak aman la jawabnya malam ni. Adehhh...


Kalau intai dari tingkap tengah malam nanti, confirm nampak ni. Rupa cantik, tapi bunyi menyakitkan telinga and hati. :p  *Gambar dari Google.

Memandangkan tahun baru dah nak tiba, sure ramai yang berkongsi apa azam tahun baru yang nak dicapai. Kalau tengok kat facebook pon, rata-rata banyak yang buat status berkaitan azam tahun baru. Biasa la tu kan? Aku pulak? Errr.. Malas la nak cakap. Bukan tak nak cakap sebab takde azam. Saja tak nak share. Kah kah kah. Boleh bagi alasan gitu?  :p


Tahun ni tak banyak benda best yang jadi dalam hidup aku. Biasa-biasa je. Banyak habiskan masa dengan kerja. Sampai bulan depan pun aku mungkin busy lagi dengan kerja. Bulan ni je dah berapa kali kena balik malam. Kerja, kerja dan kerja. Penatnya.. 


So, sempena tahun baru yang bakal membuatkan aku bertambah tua (nak masuk 23 dah weiiii!!!), aku hope tahun depan aku ada banyak masa untuk rehat. HAHAHA. Jangan salah faham. Ini bukan azam tahun baru aku yer. Ini harapan semata-mata. :-) Hope tak payah nak balik malam dah. Nak tambah lagi boleh? Nak kawin! Haha. Ok. Yang last sekali tu tipu. Belum ada dalam perancangan. Hehe.



Nota Cik Rimau : Ok la. Nak hilangkan kebosanan. Jom tengok Idola Kecil 4 Final. Nak Hairul menang boleh tak?? Hehe.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...