Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Januari 2018

TAKUT KAHWIN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Lama sangat aku tak muncul kan. Sangat-sangat busy. Banyak sangat kerja kat pejabat. Even hari Sabtu pun aku datang siapkan kerja ok. Dah la tak boleh claim ot. Tapi demi memastikan kerja siap, datang jugak siapkan dengan hati yang berbelah bagi. Kenapa berbelah bagi? Yela, Sabtu hari berehat kot. Boleh layan hindustan. Hehehe :-p

Oh btw, harini saja nak luahkan something yang dah lama sangat bermain kat fikiran aku. Yeah.. Pasal kahwin. Tahun ni umur aku 29 tahun dah. Tipu la kalau aku cakap aku takde perasaan nak ada suami, nak ada anak macam kawan-kawan sebaya aku yang lain. Tapi entah la. Ada masa aku macam lagi rela membujang sampai ke tua. Kenapa?

Ok camni. Yup aku memang dah ada calon bakal suami. Dia pun memang dah sedia faham keadaan keluarga aku macam mana. Dia tau keadaan abang aku macam mana. Dia sendiri pun pernah jumpa abang aku masa raya tahun lepas. Setakat ni memang la dia ok. 

Yang membuatkan aku risau, macam mana kalau lepas kahwin nanti? Boleh ke dia sebumbung dengan abang aku? Aku sendiri ni pun kadang-kadang naik angin bila abang aku sepahkan rumah apa semua. Tu aku sendiri sebagai adik kandung kepada abang aku. Kalau orang yang takde hubungan darah dengan abang aku pulak nanti macam mana? Huhu.

Itu pasal abang aku. Ini pasal diri aku sendiri pulak. Well, aku kan dah terbiasa urus semuanya sendiri. Dah terbiasa duduk berdua je dengan abang aku. Dah terbiasa buat apa pun tanpa perlu keizinan sesiapa. Aku takut nanti aku rasa terkongkong, rasa tak bebas. Hahahaha. 

Ni pun tengah usaha menghilangkan semua perasaan pelik-pelik ni. Risau nanti kahwin rosak rumahtangga aku. Pengaruh banyak sangat baca luahan kat page Kisah Rumah Tangga (KRT) la ni kot. Kah kah kah. Tak semenggah perangai kan hari-hari dok layan page KRT tu. Hehe



P/S : Mohon semua sahabat alam maya doakan bakal suami Cik Rimau nanti baik orangnya, rajin tolong kat rumah, boleh terima abang Cik Rimau.. Hehe. Terima kasih semua.. :-)

01 Januari 2018

SELAMAT DATANG 2018

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua...



Hai hai hai sahabat alam maya semua. Dah 2018 dah weh. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru. Macam tak percaya pulak kan. Huhu.

Ok. Takde nak bebel apa sangat pun. Sekadar nak wish, Selamat Tahun Baru. Sempena dah masuk tahun baru ni, semoga semangat kerja aku bertambah la harapnya. Hahaha. Btw, tolong doakan eh aku dapat bertukar keluar dari jabatan ni. Saja nak dekat sikit dengan rumah and nak dapat pengalaman kat tempat lain. Hehehe.

So, setakat ni jela ye. Jumpa lagi di entri yang seterusnya. Kih kih kih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...