Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

21 Julai 2015

Cerita Raya Aku...

Assalamualaikum w.b.t.. 

Salam sejahtera.. Salam lebaran kepada semua yang masih lagi sudi mengikuti blog buruk aku ni. (Kalau ada la.. Hahaha).. And tak lupa jugak kepada anda-anda yang google cari something tapi tersesat kat blog ni. Hehehe..


So, macam mana raya korang? Mesti best kan? Mesti happening... Dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga yang tinggal di serata pelusuk dunia and yang biasanya dapat jumpa time raya je. Dapat sama-sama gotong-royong memasak rendang, bakar lemang, rebus ketupat, pasang langsir, kemas rumah. Sama-sama pasang panjut keliling rumah, main mercun, bunga api. Perghhhhh... Bayangkan je pun dah cukup menggambarkan betapa meriahnya raya korang. Macam dalam lirik lagu Azlina Aziz - Indahnya Beraya di Desa. Hehehe..

"Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri

Bergembira...

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya"

Aku? Hurm.. Macam biasa la. Saban tahun kebosanan. Serious bosan gila. Sebab tu la aku paling tak suka kalau tibanya hari raya. Bukan bermaksud aku tak bersyukur dengan tibanya hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berjaya mengharungi dugaan berpuasa. Bab tu aku ok la. Tapi bab nak beraya macam orang lain tu aku kurang suka sikit la.. Sebabnya.. Hurmmm.. Eiii.. Lagi mau tanya ke.. Huhu.. Well.. Sebab utamanya : aku dah takde mak, abah and adik. Aku ada abang aku je. Huwaaaaa.. (Poyo je kan)

"Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira

Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir

Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain

Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri"

 ~ Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri ~

Lagu ni la yang paling kena dengan situasi aku bila raya. Hehe. Sedih wooo kalau tiba hari raya. Tengok kawan-kawan share gambar raya bersama family dorang, meriah je. Aku ni hanya mampu tekan button like jela. Hahaha. Nak share gambar sendiri yang happening macam kawan-kawan lain memang tak la kan. Nak korek celah mana.  Berdua je kot dengan abang aku. Nak bergambar pun kureng feel. Kih kih kih..

Btw, untuk raya tahun ni, aku tak beli / tempah pun baju raya. Kebetulan sebelum ni aku ada tempah baju kurung kat kawan. And kebetulan jugak, baju-baju tu siap masa awal Ramadhan haritu. Disebabkan malas nak fikir banyak, baju tu jela aku jadikan baju raya. Hahaha. Untuk abang aku pulak, aku just belikan dia baju ala-ala Raihan tu je and beberapa helai t-shirt. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku tak belikan dia baju Melayu? Sebabnya, dulu setiap kali raya memang aku akan belikan dia sepasang. Tapi biasanya, hanya baju je muncul. Seluar selalu hilang. Bila ditanya, katanya tak tau hilang mana. Tapi bila aku kemas bilik dia, confirm akan terjumpa la seluar tu disorok kat bawah katil la, bawah tilam la.. See? Betapa menyampahnya dia kat seluar baju Melayu tu.. Huhu.

Pasal kuih pulak, aku just beli 3 jenis kuih je. And 3 jenis kerepek. Huhu. Sikit gila kan? Hurmm.. Nak beli banyak pun, bukan ada orang datang beraya kat rumah aku. Setakat aku and abang aku je makan. Cukup la tu. Lagipun kitorang bukannya gila sangat kat kuih-kuih ni. Kih kih kih. Kerepek tu confirm habis la. Kuih tu, kadang-kadang sampai berminggu-minggu pun belum tentu habis. Hahaha. 

Actually, kalau korang nak tau, aku memang tak pandai masak rendang. Biasanya, arwah adik aku yang akan masakkan rendang and kuah kacang time raya. Aku tau makan je. Tapi tiba-tiba tahun ni datang kerajinan dalam diri aku untuk belajar buat rendang sendiri. Dengan menggunakan resepi yang Kak Ayu (senior kerja) bagi and bantuan Pak Google, berjaya jugak aku siapkan rendang aku. Sedap lagi tu. Wakaka. (Masuk bakul angkat sendiri namanya ni..) Tak sangka first time buat menjadi.. Abang aku pun cakap sedap aku masak.. Lalala~~~

Ok. Dah termengarut ke lain pulak dah. 

Berbalik pada feeling aku menyambut hari raya. Sejak pemergian abah, mak and adik, aku tak pernah rasa best nak sambut raya. Takde mood. Macam takde makna je nak sambut raya beria-ia macam orang lain. Aku beli kuih, baju apa semua tu sekadar nak nak tunjukkan aku okey sambut raya berdua je. Nak bagi abang aku rasa happy sambut raya. Tapi hakikatnya.. Dalam hati ni rasa kosong sangat. Huhu..

Gambar hiasan je kidnap dari google...
Aku pernah rasa meriahnya raya satu masa dulu. Masa aku kecik dulu. Merasa la busy tolong arwah mak buat kuih, kacau dodol.. Ikut arwah abah cari buluh kat kebun belakang rumah, belajar macam mana nak bakar lemang. Rebus ketupat kat luar rumah masa malam raya. Tolong mak tukar langsir baru, sarung kusyen baru. Pasang pelita sekeliling rumah. Main mercun and bunga api dengan sepupu depan rumah. Memang terasa meriahnya. Lagi-lagi kalau family anak angkat arwah abah aku datang beraya and bermalam kat rumah. Ada sekali tu, kebetulan family kakak angkat aku datang sekali dengan family cucu saudara abah aku. Memang penuh rumah. Merasa la tidur beramai-ramai kat ruang tamu. Tapi itu dulu la.. Semuanya tinggal kenangan jela sekarang ni.. 

Kali terakhir aku beraya kat kampung, masa tu tahun 2013. Itu merupakan kali terakhir aku jejakkan kaki kat Perak and dapat beraya beramai-ramai dengan kawan-kawan sekelas and kawan satu dorm kat asrama masa sekolah dulu. Aku tak pasti la aku pernah cerita kat blog ni atau pun tak. Tapi untuk makluman korang yang tak tau, aku ada family angkat kat kampung. Actually, family kawan sekelas aku sejak dari sekolah rendah, Sartila namanya. Mak dia la yang layan kitorang adik beradik macam anak sendiri. Siap bahasakan diri dia Mak lagi kat kitorang. Tapi sampai sekarang aku rasa bersalah kat mak Sartila ni sebab lidah aku kelu sikit nak panggil mak dia dengan panggilan Mak. Entahlah.. Mungkin rasa janggal untuk aku panggil mak orang lain dengan panggilan Mak. Haihhhh.. Teruk kan aku ni? Huhu.

Layanan family Sartila kat kitorang memang ok. Nenek dia pun baik dengan aku. Masa ambik gambar ramai-ramai masa raya pun, kitorang tetap dijemput join sekali. Walaupun kitorang ni bukan ahli keluarga sebenar dorang. Tak dinafikan, best tu memang la best. Tapi entahla. Jauh kat sudut hati aku mengatakan yang kebahagiaan tu bukan milik aku. Aku tetap rasa terasing. Mungkin sebab dorang bukan keluarga kandung aku. Atau mungkin jugak aku rasa kitorang ni menyibuk je tumpang kebahagiaan dorang. Hehehe..

Apa pun, itulah kali terakhir kitorang rasa kemeriahan beraya. Sejak abang aku ada masalah berjalan (kaki dia jadi lemah, jalan tak stabil, tak boleh jalan jauh sangat, tak larat angkat barang berat sikit), aku takde dah balik beraya kat Perak. Memang raya berdua je kat KL ni. Memang raya rasa tak best. Jiran sekeliling aku pun semua pakat tutup pintu walaupun dorang ada kat rumah. Biasanya dorang bukak pintu pun bila ada saudara-mara or kawan-kawan dorang datang beraya. So, memang takdela aku nak berjalan ke rumah jiran. Memerap je kat rumah tengok tv. Itu jela rutin kitorang setiap kali raya. Sedih kan.. Hahahaha.

Aku selalu ditanya soalan, "tak sedih ke raya berdua je?" And macam biasa, jawapan cliche aku pulak "nak sedih buat apa. Dah biasa dah.." Well.. After korang baca entri aku ni dari awal, korang sendiri boleh agak, jawapan tu setakat nak menyedapkan hati je and nak menutup perasaan sebenar aku. Hik hik hik. Takde niat nak jadi penipu. Cuma tak nak nanti kawan-kawan tunjuk simpati melampau pulak kat aku kalau cakap benda sebenar. Kan tak best gitu.. Baik la aku tunjuk kental sikit. Baru la sesuai dengan nama Cik Rimau kan? Hehehehe...

And ada jugak yang tanya kat aku, saudara aku mana? Takkan langsung takde kot. Of course ada. And ramai sangat. Adik beradik arwah mak aku je ada lebih kurang 7 orang (tak sure. hehe). Setiap sorang ada anak ramai jugak. Kalau dikumpulkan semua sekali, boleh dikatakan family besar jugak la. Anak arwah mak saudara yang tinggal depan rumah aku tu pun dah 10 orang. 9 daripada 10 orang tu dah kahwin and dah beranak pinak. Bayangkan betapa ramainya saudara mara aku. 

Tapi malangnya.. Kitorang ni macam terpinggir. Takde pun antara dorang yang betul-betul nak ambik tau pasal kitorang. Even masa arwah adik aku meninggal dulu pun, takde sorang pun saudara aku yang muncul. Bukan la dorang langsung tak pernah contact aku. Ada la beberapa kali dorang mesej aku. Tapi tu pun sebab dorang mintak aku balik Perak untuk uruskan hal berkaitan tanah yang ada nama arwah mak aku. Ada jugak yang mesej aku sebab nak duduk kat rumah aku and ada jugak yang nak beli tanah aku tu. Itu jela antara sebab dorang mesej aku. Hurmmm..

Masa aku balik beraya kat kampung dulu, ada jugak la yang mesej ajak beraya kat rumah dorang. Tapi kitorang tak pergi pun. Bukannya kitorang tak suka dorang. Cuma kitorang ni takde kenderaan nak pergi ke rumah dorang. Nak jalan kaki jauh gila kot dari rumah mak angkat aku. Kebetulan masa raya tu, anak Sartila kena gatal-gatal. Asyik meragam je. Aku taknak la sesakkan kepala dia mintak hantar ke rumah sepupu aku pulak. Tapi tak sangka, itu jadi reason untuk dorang bertindak tak datang menziarah masa arwah adik aku meninggal. Kelakar kan..

Btw, itu cerita lain. Bab beraya ni, aku tak boleh nak salahkan dorang sepenuhnya. Sebab aku sendiri pun jenis pasif. Orang tak mesej, aku pun senyap. Mungkin sebab aku membesar tanpa mak, skill aku dalam bersosial memang zero. Aku tak pandai nak memulakan kata kalau nak bersembang. Tak pandai nak ambik hati orang. Contohnya aku pergi rumah orang. Niat kat hati konon nak ringan tulang la nak masak ke apa ke. Tapi mulut aku selalu terkunci. Tunggu orang ajak, baru nak buat. Kira kalau nak bawak aku untuk jadi calon menantu, confirm awal-awal dah kena reject. Huhu. 

Semalam aku terperasan salah sorang dari sepupu aku upload gambar raya family dorang kat facebook. Ramai gila kot ahli keluarga dorang yang berkumpul tahun ni. Kalau la aku dapat join, kan best. Huhu. Entah la korang.. Tak tau la bila lagi aku dapat merasa kemeriahan beraya ni. Hurrmmmmm.. 

So, disebabkan tak nak terlampau memikirkan betapa tak meriahnya raya aku, betapa kosong and sunyinya aku rasa, makanya tahun ni aku ambik cuti raya sehari je. Hehe. Ok what masuk kerja awal. Boleh la siapkan kerja sementara office tak ramai orang. :p

Ok la. Terlampau panjang la pulak entri aku malam ni. Cukup-cukuplah ni. Letih weh. So, di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya kat korang semua. Pandu kereta hati-hati. Ingat orang-orang yang tersayang. Pastikan selamat pergi and selamat balik. And jangan lupa jaga kesihatan. Jangan dok syok sangat beraya sampai demam pulak. Hehehe. 



Nota Cik Rimau : Sekian bebelan Cik Rimau malam ni. TQ pada yang sudi meluangkan masa baca entri panjang terlampau ni. Hahahaha. Tak baca pun takpe. Ni sekadar nak luahkan perasaan je pun. Al maklum la kan. Cik Rimau ni bukan jenis yang suka tunjukkan / cakap secara direct apa yang Cik Rimau rasa. Blog ni jela tempat Cik Rimau nak sampaikan apa yang terbuku kat hati. Dah makin berumur ni, dah naik malas pulak nak main pendam je apa-apa kat hati. Takde faedah pun weh. Hahahaha. Good night you all.. :-)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...