Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

23 Mac 2015

Hadirnya Cinta Terindah 11

PAGI itu Zara bangun seperti biasa. Zara mengerling jam yang terletak elok di dinding. Baru pukul lapan pagi. Hari cuti begini dia hanya akan duduk di rumah sahaja. Usai sahaja bersolat Subuh tadi, Zara terus merebahkan dirinya ke katil.


Zara menyeluk bawah bantal kepalanya, mencari sesuatu. Tiada. Tangannya mula bergerak ke meja sisi. Juga tiada. Ah, sudah! Zara bingkas duduk dan mencari-cari telefon bimbitnya. Akhirnya dia mengalah. Pasti ada orang yang telah mengambil telefon bimbitnya.


Zara bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air. Dia ingin mandi, agar badannya terasa segar.

Selesai mandi, Zara mengenakan sehelai seluar dockers paras bawah lutut warna hitam dengan sehelai t-shirt longgar berwarna merah jambu.


Sambil menuruni anak tangga, bibir Zara sibuk bernyanyi-nyanyi sehingga dia terlupa akan hal kehilangan telefon bimbitnya.


Good morning!” sapa Zara ceria.


Kelihatan bapanya, Encik Jamaluddin sedang duduk di ruang tamu, membaca akhbar. Jelas kedengaran di telinga Zara bunyi sudip dan kuali saling berlaga. Pasti itu ibu dan kakaknya. Melihatkan Encik Jamaluddin sedang khusyuk membaca akhbar, Zara bergerak ke dapur, mencari ibu dan kakaknya.


“Mama! Masak apa?” sergah Zara ceria.


Puan Saidah menjeling anak manjanya itu. Suka benar dia menyergah orang sebegitu. Mujurlah Puan Saidah tidak menghidapi penyakit jantung.


“Masak mee goreng,” balas Rasya, cuba mencelah.


Zara mencebik mendengar jawapan kakaknya. Nampaknya Rasya juga sibuk. Sibuk makan di meja.



“Mama, anak bongsu Mama ni dah ada boyfriend,” ujar Rasya sambil mengunyah biskut Oreo.


Kata-kata Rasya membuatkan Zara menelan air liur. Biar betul?


"Ya? Siapa?”


Rasya bergerak ke ruang tamu setelah sekeping Oreo selamat masuk ke dalam mulutnya. Zara hanya mendiamkan diri.


“Mama! Dengar ni, eh?”


Zara dan Puan Saidah segera berpaling. Jadi, memang benarlah Rasya ada mengambil telefon bimbit itu. Tidak! Bagaimana sekiranya Rasya tahu itu adalah pesanan daripada Imran? Pasti Rasya akan bersedih semula.


“Akak, janganlah. Tu privacy Zara,” ujar Zara sambil mendekati Rasya.


Rasya buat-buat tidak peduli.


Even if I’m trying for thousandth times to forget you, I still can’t. I miss you. Dekat sana dah hari Sabtu right? Here, still Friday. But the times are also the same. Sleep well!


Puan Saidah tersenyum mendengar Rasya membaca pesanan itu dengan kuat.


“Baik Adik cakap cepat, siapa ni?” gesa Rasya.


Zara diam. Telefon bimbitnya segera dirampas. Janganlah Rasya tahu, janganlah hatinya terluka lagi.

Rasya hanya tersengih. Nampaknya Zara sudah ada yang punya! Bibirnya menguntum senyum tanpa mengetahui siapakah penghantar pesanan itu.



ZARA melangkah berhati-hati agar tidak melanggar orang lain. Biasalah, hari-hari begini pasti ramai orang di pusat membeli-belah ini. Hari ini Durrani akan pulang ke rumah, jadi Zara dan bapanya, Encik Jamaluddin yang akan membeli barangan dapur. Puan Saidah mengemas bilik anak daranya itu, manakala Rasya keluar sebentar kerana ada hal yang perlu diselesaikan.

“Zara, Papa nak cari ayam dengan ikan kejap. Zara tunggu sini, ya?”

Zara segera mengangguk sebelum bapanya berjalan mendekati bahagian seafood dan bahan basah.

Seperti biasa, Carrefour Mid Valley menjadi pilihan mereka sekeluarga untuk membeli-belah barangan dapur memandangkan mereka sudah terbiasa ke situ.

Zara mendekati bahagian buah-buahan sambil menolak troli yang sudah terisi dengan pelbagai jenis makanan, minuman dan barang-barang dapur. Satu persatu jenis buah diperhatikan sebelum dia mendekati bakul yang berisi ciku. Bagus! Sudah lama dia tidak makan ciku, jadi dia tidak teragak-agak untuk membungkus buah ciku itu.

Selesai ditimbang, plastik berisi buah ciku itu diletakkan ke dalam troli. Kelihatan Encik Jamaluddin sedang memilih ketam. Biasalah, Durrani memang peminat tegar ketam. Ada sahaja Durrani di rumah, pasti akan adanya ketam. Durrani dan ketam bagaikan sahabat sejati!

Baru sahaja Zara ingin menolak troli menuju ke arah bapanya, kakinya bagaikan digam pada lantai. Alamak! Debaran di dadanya semakin kencang apabila lelaki yang tadinya berada sejauh lebih kurang sepuluh meter itu kian mendekat. Zara menepuk dahi apabila tiada ruang untuk dia melarikan diri.

“Hai!”

Zara berpura-pura tersenyum. Ini Feana, bukannya Zara.

“Buat apa dekat sini?” soal Zarif.

Zara hanya tersenyum kecil.

Zarif meneliti pakaian gadis yang berada di hadapannya, Feana. Gadis itu hanya mengenakan sehelai kemeja putih yang dipadankan dengan skirt maxi warna ungu gelap. Rambutnya yang lurus dibiarkan bebas. Tiada langsung solekan yang melekat di wajah mulus itu. Senyumannya sudah cukup menyerikan wajahnya.

Shopping barang dapur. With my dad,” balas Zara.

Dalam hati, dia berdoa agar Zarif segera pergi. Dia tidak mahu berlama-lama dengan Zarif. Kalau rahsianya terbongkar, habislah dia. Kalaulah Zarif tahu Feana yang cantik di hadapannya ini adalah Zara Sofea yang tidak pandai bergaya dan digelar Clown itu merupakan orang yang sama.. apa agaknya akan dilakukan Zarif?

I pun. Tapi I temankan my mom,” ujar Zarif, sambil menunjukkan ke arah seorang wanita yang sudah agak berusia, namun masih cantik bergaya.

Zara hanya mengangguk.

I ingatkan, I takkan jumpa you lagi. Tak sangka boleh jumpa lagi,” kata Zarif lagi.

Zara melukis senyum palsu. Memanglah, Zarif oii! Dah namanya pun kita duduk dalam satu area, Kuala Lumpur. Potensi nak jumpa tu tinggi.

“Kenapa? Fikir apa?” soal Zarif kehairanan. Pelik pula dia melihat Feana yang sedang termenung.

“Oh, tak ada apa-apa. Eh, my dad panggil,” bohong Zara. Dia segera mahu Zarif berlalu dari situ.

“Oh. Kalau macam tu, can I get your number?”

“Haa?”

Zarif tersenyum apabila melihat muka cuak Feana. Apa kenanya dia ni? Mintak phone number pun boleh gelabah semacam ke?

“Bagi yours. Then, I’ll contact you,” ujar Zara laju.

Okay, I’ll be waiting. Call, jangan tak call,” balas Zarif sambil menghulurkan sekeping kad kepada Feana.

Zara menyambut huluran kad itu dan terus berlalu. Kenapalah agaknya si Zarif tu? Pantang jumpa aku, getus Zara dalam hati. Dengan berhati-hati, troli ditolaknya mendekati Encik Jamaluddin.



“HAI!”

Sapaan seseorang membuatkan Imran menoleh ke sebelah kirinya. Berdiri seorang gadis lengkap berjubah putih paras lutut. Ada stethoscope yang tergantung di bahunya. Rambutnya berwarna hitam dan di hujungnya berwarna merah gelap. Bibirnya berwarna merah, sepadan dengan skirtnya. Tertera nama Marian Mokhtar pada kad pelajar yang dipakainya. Orang Melayu agaknya.

“Ya?”

Maria tersenyum.

“Bercakap pun. I ingatkan ada emas dalam mulut you,” ujar Maria, memerli Imran dalam nada lembut.

Imran turut tersenyum.

Malaysian?” soal Imran kepada Maria.

“Yup. Sama macam you,” balas Maria ceria. Nampaknya penerimaan Imran agak positif, tidak seperti yang disangkanya.

Imran hanya mengangguk. Tidak tahu apa yang harus dicakapkan kepada Maria. Maria masih lagi tersenyum manis.

I selalu nampak you. Kita ni satu fakulti, tau. Tapi youlah. Tak nampak pun I,” ujar Maria setelah beberapa minit mereka senyap.

Imran tersengih.

Sorry. Maybe I fokus sangat masa dalam kelas. I datang sini pun, nak belajar je.”


Maria mengangguk-anggukkan kepalanya. Dari jauh, Imran nampak kacak. Tidak disangkanya Imran lebih kacak daripada dekat. Tergugat naluri kewanitaannya apabila melihat senyuman Imran.

“So, nama I, Nur Marian binti Mokhtar. Pelik, right? Actually, my dad letak nama I Nur Marianna. Tapi, orang dekat pejabat pendaftaran tu salah dengar. Sebab tu nama I pelik sikit, bukan nama macam orang Melayu. And I knew you. Imran Haiqal bin Musa, right?”

Cerita panjang lebar Maria yang diakhiri dengan menyebut nama penuh Imran membuatkan Imran menjungkit kening. Macam mana dia tahu? Rasanya Imran sangat low profile di universiti ini.

You tak payahlah nak terkejut sangat. You tu best student. Of course nama you jadi sebutan even though you tu low profile.”

Semakin terkejut Imran jadinya.

How did you know apa yang I rasa right now? Are you a fortune teller?”

Tawa Maria pecah mendengar gurauan Imran. Senang rasanya dapat berdampingan dengan lelaki ini. Handsome guys are not always boring, fikir Maria.



ZARIF termenung di katilnya. Mana Feana? Telefon bimbitnya dibelek berkali-kali. Kata Feana, dia akan menghubungi Zarif. Tetapi mana?

Zarif meletakkan kembali telefon bimbitnya ke meja sisi yang terdapat di sebelah kanan katil bujangnya itu. Adakah dia sahaja yang teruja untuk mengenali Feana? Ya, mungkin juga. Tadi pun Feana ingin melarikan diri daripadanya. Zarif menarik nafas panjang. Feana, oh Feana!

“Zarif! Mari makan,” teguran ibunya di muka pintu membuatkan Zarif kembali sedar dari lamunannya.

“Okey, Ma!”

Zarif segera bangun apabila Puan Seri Aisyah sudah pun bergerak untuk turun ke tingkat bawah. Zarif berlari-lari anak, cuba menyaingi langkah ibunya.

Hadirnya Cinta Terindah 10

SUDAH sebulan sejak pemergian Imran ke luar negara. Zara menatap skrin telefon bimbitnya. Sudah sebulan juga Imran langsung tidak menghubunginya. Lelaki itu diam tanpa sebarang berita. Entah mengapa, ada satu perasaan yang sukar ditafsirkan menyusup ke dalam hati Zara. Tanpa dipinta, tanpa dipaksa.

“Hai!”

Zara segera menyimpan telefon bimbitnya ke dalam begnya. Kenal benar dia dengan pemilik suara itu. Tidak habis-habis lelaki itu cuba mendekatinya walaupun kehadirannya bagaikan halimunan. Tidakkah dia tahu apa ertinya jemu?

Zarif meletakkan buku yang dipegangnya ke meja. Dia tersenyum kecil melihat wajah cemberut Zara.

“Awak ni.. cuba senyum bila sambut saya. Ada ke buat muka macam tu.”

Zara berpura-pura tidak mendengar, sebaliknya hanya diam dan merenung permukaan meja yang berwarna putih itu. Seperti biasa, kewujudan Zarif bagaikan tidak disedari.

Zarif masih lagi tersenyum. Zara, Zara.. takkanlah lelaki handsome macam aku ni datang dekat sebelah dia pun dia boleh tak sedar?

“Sampai bilalah awak nak buat-buat tak nampak je dekat saya ni? Kesian saya. Malu tau, awak ignore saya macam ni,” ujar Zarif lagi.

“Kalau malu, tak payahlah tegur-tegur saya. Saya pun tak berminat nak layan awak,” balas Zara selamba. Pedas dan berapi.

Tetapi, Zarif bukannya jenis yang suka mengalah. Dia hanya ingin mendekati Zara. Bukan kerana dia meminati Zara. Cuma.. dia ingin mengenali Zara. Dan yang paling penting, dia sukakan sesuatu yang misteri.

“Bercakap jugak awak dengan saya, ya? Saya ingatkan sampai habis belajar nanti awak ignore saya,” ujar Zarif senang. Sepedas mana pun tembakan yang keluar daripada mulut Zara, dia tidak akan mengaku kalah.

Just.. stop disturbing me. Banyak lagi orang yang awak boleh kacau.”

Zarif ketawa mendengar kata-kata Zara. Zara membulatkan sedikit biji matanya.

What are you laughing at? I’m not a clown. And I think nothing’s funny,” ujar Zara sedikit bengang.

“Okey, okey. Sorry. Awak tahu tak, no one boleh sekat hak kemanusiaan orang lain. Contohnya, awak. Awak tengah sekat kebebasan saya and hak kemanusiaan saya untuk cari kawan. Look, saya cuma nak berkawan dengan awak. Niat saya baik,” balas Zarif tenang.

Look, I have no interest to be your friend,” balas Zara sombong. Sengaja dia menggunakan perkataan ‘look’ itu demi menunjukkan dia juga serius dengan apa yang diperkatakannya.

“Hmm.. I’m guessing.. do you have any friends? How many of them?”

Zara merengus geram.

“Suka hati sayalah saya ada kawan atau tak. Yang awak sibuk sangat tu, kenapa?”

Zarif menggelengkan kepalanya.

“Apa salahnya awak jadi kawan saya? Saya jadi kawan awak. You’re mysterious. Sebab tu saya nak kawan dengan awak.”

Zara hanya diam. Malas dia melayan mamat psiko macam Zarif. Kalau Zarif rapat dengannya, bukankah potensi untuk rahsianya terbongkar akan lebih tinggi? Lagi pula dia pernah menipu Zarif. Kerana terlalu terkejut dengan kehadiran Zarif, dia memperkenalkan dirinya sebagai Feana. Nasib baik bukan Fiona, keluh Zara dalam hati. Jika dia ditempat Zarif, pasti dia akan marah. Yalah. Kerana dia sudah ditipu.



IMRAN duduk berteleku si sejadah. Sempat juga dia membaca Surah Al-Mulk setelah dia selesai menunaikan solat Isyak.

“Im!”

Sapaan daripada Nizam itu membuatkan Imran menoleh. Kelihatan Nizam baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Katanya dia ingin menunaikan solat Maghrib dan Isyak di masjid. Memandangkan Imran sudah penat dek kerana kuliah yang panjang, dia hanya bersolat di rumah sahaja.

Sorry. Aku ingatkan kau dah habis,” ujar Nizam. Dia duduk di katilnya.

“Memang dah habis pun. Kenapa?” soal Imran.

Imran melipat sejadah yang digunakan sebelum menyangkut sejadah itu pada tempat yang disediakan. Dia duduk di katilnya yang menghadap katil Nizam.

“Tu haaa.. senior ajak makan. Diorang dah siap masak.”

Imran menganggukkan kepalanya. Sejak hari pertama dia duduk di rumah sewa yang berdekatan dengan universitinya, semua pelajar di rumah itu suka memasak. Biasalah, mereka semua bukan anak orang berada, seperti Imran. Demi menjimatkan duit poket dan biasiswa yang diperuntukkan, mereka lebih suka memasak sendiri.

“Kau ni kenapa asyik termenung je? Sejak hari pertama lagi dah menung sorang-sorang. Kau fikir apa?”

Imran tersengih mendengar soalan Nizam.

“Tak adalah. Teringat rumah dekat Malaysia,” bohong Imran. Memang dia merindui keluarganya dan rumahnya di Kuala Lumpur. Namun, Zara Sofea selalu menemani mimpi malamnya. Adakah Zara juga merinduinya seperti mana Imran merinduinya?

“Eleh.. umur kita ni dah boleh jadi bapak budak, tau. Takkanlah rindu rumah. Rindu dekat marka kot?”

Kali ini, Imran ketawa besar. Adakah Nizam punya kuasa psikik atau dia adalah tukang tilik? Mungkin juga sikap Imran sendiri yang menjawab persoalan yang disimpan Nizam. Sudah ramai pelajar yang meminatinya. Tidak kira orang Malaysia, orang Asia, mahupun orang barat. Tetapi, tiada seorang pun dilayan. Disebabkan itu, Nizam muncul dengan satu kesimpulan. Hati Imran sudah dimiliki.

“Sudahlah kau. Jangan nak merepek,” ujar Imran setelah tawanya reda.

Nizam hanya menjungkit kening.

“Dahlah. Jom makan!”

Imran bangun dan mendahului Nizam setelah mengajak Nizam makan. Lagi lama dia bercakap dengan Nizam, lagi banyak rahsia yang dapat dibongkar Nizam. Nizam bukan sahaja memiliki baby face, malah perangainya ada kala menyamai remaja belasan tahun. Tetapi Nizam sahajalah teman rapat Imran sejak sebulan yang lalu.

Nizam bangun dan berjalan menuju ke pintu. Dalam hati, dia dapat mengagak apa yang tesirat dalam hati Imran. Nak tipu konon!



“ZARA!”

Kaki Zara yang sedang mengatur langkah ke perhentian bas terhenti apabila namanya dipanggil. Hampir pengsan Zara apabila melihat siapa gerangan yang memanggil namanya. Hari ini dalam sejarah!

Zara kembali meneruskan langkah sebelum dia mendengar bunyi hon yang kuat dan berulang-ulang. Memang mencabar kesabaran!

“Hey! Berhentilah!” panggil makhluk yang tidak cukup seksi itu lagi.

Bunyi hon yang memekakkan telinga membuatkan pelajar-pelajar di sekitar mereka menoleh-noleh ke arah mereka. Dalam keterpaksaan, Zara mematikan langkah.

What do you want?” bentaknya kasar.

“Nak hantar kau balik.”

Zara tersenyum sinis. Boleh percaya ke? Manalah tahu kalau-kalau dia akan diapa-apakan. Wajah lelaki itu langsung tidak dihiraukan.

Get in!” arah lelaki itu lagi.

“Zara! Jom balik!”

Kedua-dua mereka berpaling apabila sebuah Mercedes SLR silver berhenti di belakang BMW Coupe milik Ryan.

Zara berfikir sejenak. Haruskah dia balik dengan Zarif? Atau dengan Ryan? Atau pun.. balik sendiri? Bunyi hon daripada kereta Ryan membuatkan Zara tersentak. Tanpa berfikir panjang, Zara mendekati Mercedes Zarif sebelum membolos masuk ke dalam kereta.

Melihatkan kereta Zarif yang baru melepasi keretanya, Ryan menghentak stering keretanya. Zarif sengaja mencari fasal! Ryan terdiam. Mengapa dia beria-ia mahu menghantar Zara balik? Dan mengapa dia perlu marah melihat Zara pulang dengan Zarif? Ah, sudah!

Segera Ryan menekal pedal minyak sebelum menunggalkan kawasan Kolej STAR.



“THANKS, dah hantar saya balik,” ujar Zara setelah kereta Zarif berhenti betul-betul di hadapan pagar rumahnya.

No thanks. Saya ikhlas,” ucap Zarif dalam senyuman.

Zara malas mahu berbasa-basi. Segera tali pinggang keledarnya dibuka.

Friends?

Zara tidak menjawab soalan Zarif. Dia keluar daripada kereta Zarif tanpa pamitan.

Zarif tersenyum sendiri sebelum keretanya meluncur meninggalkan perkarangan rumah Zara.



PESANAN yang diterima daripada nombor yang tidak dikenali dibacanya.

Even if I’m trying for thousandth times to forget you, I still can’t. I miss you. Dekat sana dah hari Sabtu right? Here, still Friday. But the times are also the same. Sleep well.’

Tanpa disedari, ada senyum yang tersungging di bibir Zara. Ada satu perasaan yang sukar ditafsirkan hadir buat kali pertamanya dalam hidup Zara. Ingin menangis, ingin menjerit kegembiraan, dan rasa berdebar-debar mula dirasainya.

Setelah sebulan Imran sunyi tanpa sebarang berita, akhirnya dia menghubungi Zara. Walaupun ianya cuma satu pesanan ringkas, ia sudah cukup membahagiakan. Akhirnya Zara terlelap dengan telefon bimbit di tangan.

Hadirnya Cinta Terindah 9

“IM, kenapa nak pergi tak beritahu Sya? Im diam je, kenapa?”

Pertanyaan daripada Rasya itu membuatkan Imran terdiam. Jam di pergelangan tangan ditenung buat beberapa saat. Dalam masa empat jam lagi, dia akan berlepas ke Philadelphia untuk menyambung pelajarannya ke University of Pennsylvania School of Medicine. Dan baru hari ini dia mengajak Rasya untuk bertemu.

I have no courage to see you,” balas Imran lemah. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling.

Rasya mengerutkan dahi.

What do you mean? You have no courage? Courage untuk apa? Untuk tinggalkan Sya dekat sini while Im jauh dari Sya, ya? I knew it, Im,” balas Rasya dalam senyuman.

Imran semakin tidak keruan. Bagaimana dia harus berterus-terang dengan Rasya? Adakah Rasya akan menerima apa yang bakal diperkatakannya?

“Bukan, Sya. Sebab lain,” ujar Imran perlahan, tetapi masih mampu ditangkap dek pendengaran Rasya.

“Sebab apa?” soalnya tidak sabar. Dari riak muka Imran, jelas menunjukkan dia ada masalah. Jantung Rasya berdebar kencang. Pasti akan ada sesuatu yang tidak kena.

“Sya.. Im mintak maaf. Im bukan lelaki yang baik untuk Sya,” ujar Imran lambat-lambat. Walaupun dia ingin sekali meluahkan apa yang terbuku di hatinya, dia tidak mahu melukakan perasaan Rasya.

“Im.. are you kidding me? You’re a good guy. A great guy. The greatest,” balas Rasya sambil ketawa perlahan. Namun, jantungnya berdegup semakin kencang.

No, no. I’m not a good guy. Apa lagi terbaik. Kalau Im baik, Im takkan ada perasaan pada perempuan lain.”

Akhirnya, terluah juga apa yang ingin disampaikan kepada Rasya.

Rasya terdiam. Dia melarikan tangannya ke bawah meja dan diletakkan ke paha. Saat ini, seolah-olah semangatnya sudah hilang. Jari jemari di kedua-dua belah tangannya ditautkan, demi mencari sebuah kekuatan. Ada air jernih yang sudah bertakung di kelopak matanya.

“Sya, Im mintak maaf. I have no choice. Im tak nak lukakan hati Sya, tapi kalau lagi lama Im simpan benda ni, nanti Sya lagi sedih. Im tahu Im kejam. Tapi Im tak sanggup lagi, Sya. Im tak nak Sya sedih. Maafkan Im, Sya,” jelas Imran. Sesak juga dadanya apabila mengucapkan satu demi satu perkataan kepada Rasya. Dia tahu, Rasya pasti sedih. Kasihan Rasya. Tetapi, apa lagi jalan lain yang dia ada? Tiada. Hanya ini saja.

“Siapa dia?”

“Hah?” soalan Rasya membuatkan Imran terkejut.

“Siapa yang dah dapat kalahkan Sya tu?” soal Rasya sambil mengukir senyum. Air matanya mengalir perlahan.

Melihatkan air mata Rasya yang sudah pun membasahi pipinya, Imran semakin serba salah.

“Sya..” panggilnya perlahan.

No, jangan panggil Sya macam tu. Macam mana Sya nak lepaskan Im kalau Im still panggil Sya macam tu?” soal Rasya ketawa sambil mengesat air matanya dengan belakang tapak tangan.

Kekok benar bunyi tawa Rasya. Tidak seperti selalunya.

“Sya, maafkan Im. Im tak nak Sya sedih. Kalau Sya nak pukul Im, pukullah. At least Sya lega. I have no choice. Ini je caranya. Tak kira siapa pun perempuan yang ada dalam hati Im ni, Sya tetap salah seorang perempuan terbaik yang pernah Im kenal. Sya je yang pernah sayang Im sepenuh hati,” ujar Imran.

Mendengarkan kata-kata Imran, Rasya semakin sedih.

“Kalau Sya je yang pernah sayang Im sepenuh hati, kenapa Im nak berpisah dengan Sya?”

“Sebab.. dia.. dia cinta pertama Im,” balas Imran tersekat-sekat.

Rasya tersenyum tawar. Selama ini, Imran melayannya dengan baik bukan atas dasar cinta. sangkanya, Imran mencintai dirinya. Tetapi tidak. Kenangan-kenangan lalu mula mengusik kotak memorinya. Ya, Imran memang baik. Tidak kira dengan siapa sekali pun. Adakah selamanya ini dia bertepuk sebelah tangan? Jadi, Imran menerimanya kerana terpaksa?

“Sya..”

Rasya mengangkat kepalanya. Dia berdiri. Tangan kanannya dihulurkan kepada Imran. Bibirnya mengukir senyum demi menutup kekecewaan yang melanda.

Imran ikut bangun. Senyum terpaksa Rasya dipandang sepi. Akhirnya dia menyambut huluran tangan Rasya.

Let’s be friends. Sya rasa, Sya akan lupakan Im dalam masa empat tahun ni. Selamat berjaya, Im,” ujar Rasya tenang. Pegangan tangannya pada Imran dilepaskan.

Imran hanya melihat Rasya yang sudah pun mengatur langkah tanpa sebarang kata. Jauh di sudut hati, dia menyesal kerana telah membuat Rasya kecewa. Tetapi hanya itu sahaja caranya supaya Rasya tidak akan semakin terluka. Dia juga tidak sanggup berdepan dengan Zara lagi. Jika dia masih bersama Rasya, tidakkah dia akan selalu bertemu Zara? Walaupun dia seorang lelaki, cinta yang terlalu kuat mampu membunuhnya dalam diam.



BUNYI pintu bilik yang dihempas kuat mengganggu pembacaan Zara. Dia berpaling melihat ke katil kakaknya. Rasya sudah pun berlari dan menyembamkan mukanya ke katil. Kedengaran bunyi esakan daripada Rasya. Mengapa?

“Akak..” panggil Zara. Novel yang berada di tangan ditutup lalu dia bangun mendekati katil Rasya.

Rasya tidak menjawab. Sebaliknya hanya terus menangis. Tadi bukan main gembira lagi Rasya ketika hendak keluar berjumpa dengan Imran. Sekarang, lain pula jadinya. Agaknya apa yang Abang Imran cakap pada Kak Rasya? Zara mula beteka-teki.

“Zara.. Abang Im, Zara,” ujar Rasya dalam sedunya. Dia sudah pun duduk menghadap adiknya yang satu itu. Matanya merah dan bengkak akibat terlalu lama menangis.

Take a deep breath, Akak. Lepas tu cerita pada Zara,” ujar Zara, cuba menenangkan Rasya.

“Kami.. kami dah putus,” ujar Rasya.

Semasa dia ingin pulang sewaktu berjumpa dengan Imran tadi, sedaya upaya dia mencuba agar tidak menangis. Keluar sahaja daripada restoran tadi, air matanya terhambur keluar dek kerana terlalu sedih.

Zara menarik nafas panjang. Akhirnya Imran mengambil keputusan itu. Mengapa Imran melakukan ini semua? Kasihan Rasya.

“Dahlah, Kak. Akak jangan sedih, Zara yakin, Allah save the best for you,” ujar Zara sambil memeluk kakaknya. Dalam hati, dia begitu marah dengan Imran. Adakah semuanya kerana dia? Jika benar, tiada sebab untuk dia menerima Imran. Ya, lelaki itu yang telah menyakiti hati kakaknya. Zara mula bertekad. Dalam masa empat tahun akan datang, dia akan memadamkan kenangan yang pernah dilalui bersama Imran.



“ARE you okay?” soal Imran kepada seorang gadis yang lengkap berpakaian sekolah. Dia menangis teresak-esak. Imran menyentuh bahu gadis itu, tetapi tangannya ditepis kasar. Imran menggosok tangannya yang terasa sakit.

“Adik, saya tanya ni. Kenapa duduk menangis kat sini?” soal Imran kepada gadis itu lagi. Keadaan di ruang laluan di hospital itu nampaknya agak lengang. Waktu-waktu begini memang bukan masa melawat. Yang lebih menghairankan Imran, jam sebegini sepatutnya gadis ini berada di sekolah. Rambutnya yang perang kusut masai ditocang dua manakala cermin mata tebalnya melindungi hampir separuh daripada wajahnya.

Imran melutut di hadapan gadis itu bagi memastikan dia tidak apa-apa. Nampaknya tangan gadis itu luka. Lengan bajunya merah dibasahi darah sehingga ke siku. Masih ada serpihan-serpihan kaca kecil yang melekat pada lengan baju yang sudah terkoyak-koyak itu.

Nurse!” jerit Imran kepada jururawat yang baru melepasi mereka.

“Ya, doktor?” soal jururawat itu kembali. Dia menekup mulutnya apabila melihat tangan gadis itu mengalirkan darah merah yang pekat.

“Bawak dia ke bilik rawatan, sediakan apa yang patut untuk saya rawat dia. Lepas tu call parents dia. Sekejap lagi saya datang,” ujar Imran sebelum bangun.

Imran meraup wajah seraya beristighfar. Kenangan empat tahun lalu itu adalah kali pertama dia berjumpa dengan Zara. Menurutnya, dia dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya waktu itu. Tidakkah melampau jika mereka membuli orang sehingga begitu? Sehingga menyebabkan kecederaan?

Sewaktu dia berjumpa dengan Zara itu, dia hanyalah seorang doktor pelatih. Dia bertemu dengan Zara buat beberapa kali tanpa menyedari dia sudah tertarik dengan gadis itu. Dan, yang paling ironi apabila membantu Rasya yang mengalami kemalangan setahun kemudian tanpa mengetahu Rasya adalah kakak Zara. Dia terkejut apabila mengetahui Zara yang dijumpainya bukan Zara yang sekarang. Pada waktu itu, disangkanya Zara mempunyai dwi personaliti. Rupanya tidak. Dia sengaja berkelakuan pelik.

Sejak itu, perasaannya yang hampir terkubur setahun yang lalu kembali mekar. Tetapi Rasya yang salah sangka menganggap kebaikannya adalah kerana dia menyukai Rasya. Sehingga kini, dia hanya menyukai Zara sahaja, bukan orang lain.

Kapal terbang yang dinaiki Imran semakin tinggi membelah awan. Ya Allah, lindungilah cintaku kepada dia. Jika dia bukan untukku, izinkan aku melupakan dia, jauhkanlah hati kami. Amin, doa Imran dalam hati.

22 Mac 2015

Hadirnya Cinta Terindah 8

ANGIN yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membangkit rasa tenang dalam jiwanya yang sedang berkocak hebat. Entah mengapa, kata-kata Imran semalam benar-benar mengganggu logik akalnya. Bagaimana dia sanggup merampas kebahagiaan Rasya yang merupakan darah dagingnya?

Waktu itu Zara sedang berjalan pulang ke rumah apabila sebuah Mitsubishi Lancer GTS berwarna merah berhenti di sebelahnya.

“Zara, Abang nak cakap dengan Zara,” ujar lelaki yang berada di dalam kereta itu apabila cermin keretanya diturunkan.

“Abang nak cakap apa? Cakaplah. Zara dengar,” ujar Zara sambil memberhentikan langkah.

“Tapi Abang tak boleh nak cakap dekat sini. Get in.”

Zara menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Seperti biasa, pakaiannya ala ‘nerd’ membaluti tubuhnya. Sehelai kemeja longgar warna merah jambu digandingkan dengan sepasang jeans hijau. Betul-betul seperti traffic light.

“It won’t take long. Masuklah,” panggil Imran lagi.

Akhirnya Zara mengalah. Dia memboloskan diri ke dalam Lancer milik Imran tanpa sebarang kata. Kereta Imran meluncur ke arah sebuah taman tasik yang terletak tidak jauh daripada rumah Zara.

Tiba sahaja di sana, Zara yang terlebih dahulu keluar daripada kereta Imran dan berjalan mendahului Imran. Imran hanya mengikut daripada belakang.

“Abang nak ke Philadelphia. Abang dapat sambung dalam bidang ortopedik,” ujar Imran memulakan bicara. Mereka berdiri menghadap tasik yang terhampar di hadapan mereka.

Zara terdiam seketika.

“Kak Rasya dah tahu?” soal Zara bersahaja.

“Belum. Lepas family Abang, Zara la orang pertama yang tahu. It took me four years before I can finish my study.

Sebenarnya, khabar ini baru diterima oleh Imran dua hari yang lalu. Sewaktu dia pulang kerja lewat malam seperti kebiasaannya, ibunya sudah terlebih dahulu menunggu untuk memberitahu akan berita baik itu kepada anaknya. Sejak di bangku sekolah lagi Imran sudah berhasrat ingin menyambung pengajian dia di universiti itu. Ya, University of Pennsylvania School of Medicine. Sepatutnya dia gembira apabila mendengar perkhabaran itu, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Berat rasa hatinya untuk meninggalkan bumi Malaysia dan juga keluarganya. Dia juga tidak mahu berjauhan dengan Zara.

“Dulu Abang pernah cakap dengan Zara, Abang nak sambung study dekat sana. Why not? Cubalah. Bukan itu salah satu universiti ortopedik terbaik di dunia ke? You taught me to chase my dreams. So, sekarang chance Abang untuk jadikan impian Abang kenyataan,” ujar Zara memberikan pendapat. Sedikit pun wajah Imran tidak dipandangnya.

Imran terdiam. Biarpun beribu kali dia menyatakan hasratnya kepada Zara, sekalipun tidak akan terkesan di hatinya. Kenapa Zara tak pernah nak faham perasaan Abang? Soalan yang satu itu kembali mengganggu di benak Imran.

I don’t want to be parted from you,” ucap Imran jujur.

Zara menarik nafas panjang. Walaupun riak wajahnya sedikit pun tidak menunjukkan apa-apa riak, namun jantungnya berdebar-debar mendengar jawapan tulus yang keluar daripada mulut Irfan. Jangan Zara. Abang Imran untuk Kak Rasya.

“Semua ni untuk masa depan Abang. Tak ada kena mengena dengan Zara. Abang tak sepatutnya cakap macam ni dengan Zara. Abang patut cerita pada Kak Rasya, bukan Zara.”

Kali ini, Imran pula yang terasa nafasnya agak sesak. Apa yang harus diucapkan kepada gadis ini?

“Zara, Abang mintak Zara tolong faham Abang untuk kali ni je. Kenapa Zara tak pernah nak bagi Abang peluang untuk tunjukkan yang Zara penting untuk Abang?”

Zara berpura-pura tidak mendengar. Segera langkahnya diatur laju meninggalkan kawasan tasik itu.

“Zara!”

Lengan Zara dipaut erat oleh Imran bagi menghentikan langkah gadis itu. Seperti biasa, wajah itu tidak menunjukkan sebarang riak. Tegang dan tidak beremosi.

Zara menarik kasar tangannya daripada pegangan Imran.

“Abang suruh Zara faham Abang, tapi Abang tak pernah faham Zara. Abang tu bakal suami Kak Rasya, bakal abang ipar Zara! Tapi kenapa Abang asyik nak kacau Zara? Zara tak ada perasaan pada Abang. Sikit pun tak ada! Jadi, baik Abang berhenti sebelum Zara semakin benci pada Abang,” marah Zara.

Kata-kata Zara membuatkan Imran kelu. Riak wajahnya juga berubah keruh. Saat ini, seolah-olah air mata lelakinya bakal jatuh. Selama dia hidup di dunia ini, inilah kali pertama hatinya dimiliki. Dan cinta pertamanya menolak dia tanpa pertimbangan. Tetapi bukan itu yang membuatkan dia sedih. Tetapi kebencian Zara terhadapnya.

“Zara bencikan Abang?”

Zara segera berlari meninggalkan Imran yang kaku seperti patung cendana. Dia berlari melintasi jalan raya yang tidak begitu sesak itu. Baru sahaja dia tiba di tengah jalan, kedengaran hon yang kuat dari kenderaan yang berada tidak jauh daripadanya. Dalam situasi panik seperti sekarang, dia hanya mampu berdiri. Semakin lama, bunyi hon yang seolah-olah tidak mahu berhenti itu semakin mendekat.

“Zaraaaaa!”

Zara memejamkan matanya apabila terasa tubuhnya dirempuh sesuatu. Dalam hati, dia berdoa agar tiada apa yang berlaku kepada dirinya. Zara kembali membuka matanya apabila dia merasakan dirinya sudah bebas. Sepasang anak matanya menangkap wajah lembut Imran yang masih memegang bahunya.

Perlahan-lahan, Imran melepaskan pegangannya. Cuma Zara sahaja yang masih erat menggenggam baju kemejanya.

Zara kembali tersedar lalu menjauhi Imran. Imran terus berlalu tanpa sebarang kata tanpa menunggu apa-apa yang bakal diucapkan oleh Zara. Sungguh, hatinya begitu sakit ketika ini. Jika berjauhan dengannya adalah kehendak Zara, tidak mungkin keinginan Zara ditolak. Tanpa disedari, air matanya mengalir juga mengenangkan kata-kata Zara sebentar tadi.

Zara menggigit bibir apabila melihat langkah Imran yang semakin menjauh. Genggaman tangan kanannya dibuka. Sebiji butang terletak elok di atas telapak tangannya. Butang baju milik Imran.

Kenangan itu diusir pergi apabila Zara menyedari dia sudah hampir menangis. Selama ini dia tidak pernah sedar akan kewujudan Imran di sampingnya. Dia tidak tahu betapa pentingnya Imran buat dirinya kerana dia asyik mengejar Azeem Taufiq. Ya, itu semua salahnya. Jika dia menerima perasaan Imran terhadapnya, bukankah itu akan membuatkan Rasya merana? Menolak Imran membuatkan dia dan Imran terluka, seperti yang dialaminya sekarang.

Butang baju berwarna merah jambu milik Imran direnungnya. Lama. Adakah selepas ini tiada lagi Imran buatnya? Mungkin juga senyuman yang selalu dihadiahkan oleh Imran kepadanya akan pudar. Zara menggenggam erat butang baju Imran. Maafkan Zara, Abang, bisiknya dalam hati.



“ZARIF, nanti kau nak kerja dengan Uncle Khalid la ya?”

Zarif tersengih mendengar soalan Aqilah. Bahunya dijungkitkan.

Aqilah mencebik melihat Zarif yang sedang berjalan beriringan dengannya. Sudah bertahun-tahun dia mengenali jejaka yang bernama Zarif ini. Zarif adalah lelaki yang baik, kacak dan mengambil berat akan orang di sekelilingnya, tidak seperti mana-mana lelaki yang dikenalinya. Sejak di bangku sekolah lagi dia sudah mengenali Zarif. Zarif masih seperti dulu, langsung tidak berubah.

“Kau tengok-tengok aku ni apa hal?” soal Zarif sambil menoleh ke arah Aqilah.

Aqilah tersengih.

“Eh.. Ma.. mana adalah. Mana ada aku tengok kau. Perasan,” ujar Aqilah sedikit cuak.

Zarif tersenyum. Seperti biasa, Aqilah nampak cantik dengan seluar denim hitam yang dipadankan dengan sehelai blazer ungu dan berselendang warna hampir sama dengan blazernya. Aqilah selalu manis dan sopan dalam apa jua yang dipakainya. Mungkin kerana dia adalah satu-satunya sahabat Zarif yang bertudung.

“Kau tak nak kahwin ke, Qila? Aku teringin nak tengok kau naik pelamin,” ujar Zarif tiba-tiba.

Aqilah membulatkan biji matanya sedikit.

“Hmm.. nak kahwin macam mana. Orang yang aku suka tu belum tentu suka dekat aku,” balas Aqilah sambil tersenyum senang.

Zarif memakukan langkah. Wajahnya berubah serius. Aqilah yang sedang tersenyum juga turut beriak serius. Cemburukah dia?

Really? Siapa? Kenalkanlah pada aku!” ujar Zarif teruja. Kini, senyumnya semakin lebar daripada tadi.

Aqilah tunduk buat beberapa saat sebelum memandang ke arah Zarif.

“Nanti dululah. Aku pun belum pasti lagi. Hmm.. kau tu? Dah ada yang berkenan ke?”

Zarif mengukir senyum. Bayangan Feana mula menjelma.

Love at the first sight. Itu je yang aku boleh beritahu,” balas Zarif selamba.

Aqilah terdiam. Adakah hati Zarif sudah dimiliki? Tetapi, oleh siapa? Sedikit demi sedikit, Aqilah mula berjauh hati. Aku harap, aku orang tu, Zarif. Aqilah kembali mengukir senyum ceria apaabila Zarif merenung ke arahnya.



“MACAM mana Im? Nak pergi ke?”

Imran memanggung kepala, merenung bapanya.

“Entahlah, Pa,” balas Imran pendek.

“Pergilah, Im. Dah lama Im nak sambung belajar ke sana. Kos ortopedik pulak tu. Rugi kalau tak pergi,” sampuk Datin Marlia.

Imran tersenyum tawar. Berat hatinya untuk ke sana. Dia tidak mahu berjauhan dengan keluarganya.. dan juga si cantik manis Nur Zara Sofea.

“Kalau Im takut Zara tu kena ambil dek orang, biar Papa dengan Mama hantar rombongan,” ujar Dato’ Musa, seolah-olah memahami apa yang dirasai oleh anak terunanya itu.

Kata-kata Zara kembali menyapa gegendang telinganya. Bibirnya masih mengukir senyum tawar.

“Im rasa, Im nak pergi sana. Fasal Zara atau Rasya, biar Im sendiri yang selesaikan. Papa dengan Mama janganlah risau.”

Akhirnya, Imran memberi kata putus. Mungkin pemergiannya akan membuatkan Zara bahagia. Jadi, dia akan pergi. Mungkin sekembalinya dia ke sini, Zara sudah bertemu dengan insan yang tercipta untuknya. Walau apa pun yang terjadi, cinta dan kasihnya hanya buat Zara seorang, tekad Imran dalam hati.

Hadirnya Cinta Terindah 7

ZARA duduk berteleku di mejanya. Tiba-tiba sahaja pensyarah Programmingnya, Encik Rahimi ingin membuat kuiz secara mengejut. Kesemua pelajar yang menghadiri kelasnya mati kutu. Sempat juga mereka menelaah sebelum masuknya Encik Rahimi. Ada juga yang mencipta nota kecil yang dipanggil ‘toyol’ di kalangan mereka. Apabila tiada yang melihat, nota itu akan dikeluarkan. Kalau nota dan soalan kena, memang mereka bernasib baik. Jika tidak, mereka akan bertukar-tukar giliran untuk menyalin jawapan daripada nota itu.

Mereka semua kenal dengan pensyarah yang bernama Encik Rahimi itu. Tidak pernah kertas soalan yang diberikan kepada pelajar-pelajarnya mengandungi soalan yang mudah. Walaupun kuiz, pelajar-pelajarnya harus berhempas pulas menjawab soalan-soalan yang diberikan. Dalam menanda kertas jawapan juga, tiada belas kasihan untuk mereka.

Zara hanya memerhatikan pasangan yang sedang duduk di hadapannya. Afrina dan Danish. Sejak di semester satu lagi, Afrina dan Danish sudah bercinta. Satu kolej tahu akan hal itu. Beruntung Afrina kerana memiliki lelaki sebaik Danish. Zara mula merasa rendah diri. Sebagai seorang remaja yang normal, dia juga mengharapkan agar dia dapat merasai saat cinta monyet. Tetapi, sekali pun dia tidak pernah merasakannya.

Bunyi bising dari pintu masuk di sebelah kiri dan kanan belakang dewan mengganggu menungan Zara. Tetapi dia langsung tidak ambil peduli. Dia hanya leka merenung jari jemarinya sendiri. Zara tidak menelaah buku mahupun menyediakan nota. Dia sudah pun mengulangkaji modul Programming itu malam semalam. Zara tidak akan mengulangkaji apabila masa singkat sebelum ujian atau pun peperiksaan dijalankan. Itu sudah menjadi prinsipnya.

Ketukan pada mejanya membuatkan Zara mendongak. Terukir senyuman di bibir lelaki yang sedang berdiri melepasi mejanya. Sebuah kerusi yang sebaris dengan Zara didudukinya bersama dengan seorang teman. Tanpa sedar, Zara turut membalas senyuman itu.

Ya Allah. Zara, kau dekat kolej. Kalau dekat kolej, kau kena jadi Zara yang sombong, fikir Zara dalam hati. Segera senyumannya dimatikan. Matanya juga merenung ke arah lain.

“Assalamualaikum, selamat sejahtera pelajar semua,” suara Encik Rahimi membuatkan seluruh dewan kuliah itu sunyi sepi.

“Sekarang ni, saya gabungkan dua kelas sebab lecturer senior awak ni, Encik Adnan tak ada dekat sini, dia ada hal, jadi saya akan jalankan kuiz untuk dua kelas sekali,” jelas Encik Adnan.

Pelajar-pelajar semester dua yang kehairanan mula mengangguk tanda faham. Cuma Zara sahaja yang kaku seperti patung cendana. Hanya matanya sahaja berkelip menunggu kertas soalan diedarkan. Encik Rahimi menghulurkan kertas soalan kepada pelajar-pelajar yang duduk di barisan paling depan untuk mengedarkan kertas-kertas soalan itu kebelakang. Setelah semua pelajar mendapat kertas soalan masing-masing, kuiz yang dijalankan selama setengah jam bermula.



“RIMASLAH! Hari tu cakap tak nak kacau saya lagi, kan? Lupa ke?” marah Zara sambil memeluk modul Baikpulihnya. Jalannya diatur laju, menuju ke kafe.

Zarif tersenyum mendengar rungutan Zara. Ya, dia masih ingat. Dia pernah menuturkan ayat itu kepada Zara. Tetapi sengaja ingatan itu diusir jauh-jauh. Manalah tahu kalau-kalau dia mampu mendekati Zara. Mungkin hatinya lebih suci daripada mana-mana manusia yang pernah dikenali Zarif.

“Saya tak ingat pun. Bila masa saya cakap macam tu?” soal Zarif, cuba menyembunyikan senyum.

Zara mencebik.

“Kesian. Muda-muda lagi dah menghidap alzheimer,” sindir Zara.

Melambak tawa Zarif mendengar rungutan dan kutukan terhadap dirinya. Pedas juga lidah Zara ni!

That’s why I wanted to be your friend sejak first time saya nampak awak dalam kelas saya. I need you to remind me when did I said that I don’t want to bother you,” ujar Zarif.

Zara mematikan langkah. Keningnya hampir bertaut mendengar gurauan Zarif. Semua orang ingin menjauhi Zara, tetapi tidak lelaki ini. Mengapa ya? Matanya merenung ke arah lelaki yang sudah beberapa langkah di hadapannya. Kedua-dua belah tangannya menyeluk poket seluar.

Zara kembali ke alam nyata apabila merasakan ada sesuatu yang menyentuh dahi di antara sepasang kening miliknya. Rupanya Zarif meletakkan pen pada dahinya. Segera pen itu ditepisnya. Matanya membulat merenung ke arah Zarif.

“Janganlah marah. Saya nak elak daripada kening awak tu bersambung. Pelik sangat ke saya ni?” tanya Zarif. Ada ketawa yang mengakhiri kata-katanya.

Zara terus berjalan meninggalkan Zarif. Zarif pula mengejar Zara, menyaingi langkah panjang gadis itu. Malas Zara hendak melayan Zarif. Macam orang tak cukup umur pun ada!

Dari jauh kelihatan Azeem sedang berjalan dari arah bertentangan. Degupan jantung yang dulunya milik lelaki yang sedang berjalan menghampirinya itu, kini tidak lagi seperti dulu. Jantung Zara berdegup dengan normal, tidak lagi berdegup kencang seperti selalunya. Jarak mereka semakin dekat, dekat dan dekat. Tanpa diduga, Zara terus berjalan melepasi lelaki itu. Tidak seperti selalunya. Biasanya Zara akan berhenti apabila melihat lelaki itu. Tetapi, tidak lagi kini. Dalam diam, Zara lega kerana dia sudah berjaya mengawal perasaannya.



AZEEM memakukan langkahnya. Tubuhnya juga dipusingkan menghadap dua orang insan yang baru sahaja lalu di sebelahnya. Terukir senyuman di bibir si lelaki apabila melihat ke arah si gadis. Dan si gadis pula seperti biasa, masih dingin membeku.

Azeem mengeluh. Sejak peristiwa itu, Zara langsung tidak mahu menegurnya. Malah, bertentang mata pun langsung tidak. Ingin sekali dia ingin bertegur sapa dengan Zara. Tetapi, sebagai seorang lelaki, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tahu, pasti Zara akan menegurnya semula. Tetapi mungkin bukan sekarang. Biarlah hati Zara sejuk dahulu.

“Awak!”

Azeem merenung wajah insan yang berada di hadapannya. Dahulu, gadis ini yang dimahukannya. Sehingga sanggup dia membuat persembahan secara langsung untuk memenangi hati Sabrina. Namun, hari ini dia merasakan kekosongan dalam hatinya. Adakah dia sudah jemu dengan Sabrina?

“Awak, kenapa?”

Azeem tersenyum mendengar soalan Sabrina. Segera dia berjalan mendekati Sabrina. Tetapi, fikirannya masih terarah pada Zara.



RYAN tersenyum mengejek melihat Zarif yang tidak henti-henti mendekati Zara. Walaupun dihalau sepuluh kali, lelaki itu masih berkeras untuk mendekatinya.

“Ryan, kau apahal senyum sorang-sorang? Gila ke?” pertanyaan Nazril itu membuatkan senyum Ryan pudar.

“Saja. Kenapa? Tak boleh?” soal Ryan kembali.

Nazril menggeleng-gelengkan kepala. Sudahlah Ryan. Jika benar suka, janganlah disakitkan hati Zara. Apa yang membuatkan dia ingin mengganggu hidup Zara? Sepatutnya, kalau dah suka, Ryan sebagai lelaki haruslah mempertahankan Zara. Bukannya menyakitkan hati Zara.

“Yang kau pulak menung ni kenapa?”

Nazril menjungkit kening ke arah Ryan. Malas dia mahu berdebat dengan Ryan. Karang kalau Ryan tahu apa yang sedang difikirkannya, masak. Buku Matematik Kejuruteraannya kembali ditatap, bagi mengelakkan Ryan terus bertanya.

Hadirnya Cinta Terindah 6

SUDAH berkali-kali Zarif menukar kedudukan. Mengiring ke kanan, ke kiri, menelentang, meniarap.. semua sudah dicuba. Namun, dia masih belum mampu terlelap. Bayangan wajah gadis yang melanggarnya petang tadi masih terbayang-bayang di layar fikirannya. Wajah gadis itu, suaranya, senyumnya serta pandangannya. Ah, menggetarkan jiwa dan raga Zarif.

Miss!”

Zarif menarik lengan gadis itu. Apabila pandangannya bertaut dengan renungan itu, Zarif melepaskan pegangannya. Subhanallah, cantiknya dia. Hanya itu sahaja yang mampu difikirkan Zarif ketika itu.

Gadis itu merenung Zarif dengan pandangan yang pelik. Macam kenal, detik hati kecil Zarif.

Have we ever meet before?” soal Zarif. Dia seakan-akan kenal dengan gadis di hadapannya ini.

“Tak pernah. A.. awak.. salah orang kot,” tergagap-gagap gadis itu menjawab pertanyaannya.

Zarif ternganga. Orang Melayu? Ataupun orang British yang belajar Bahasa Melayu? Rambut gadis itu perang gelap. Anak matanya berwarna coklat terang yang menampakkan garisan-garisan yang ada dalam kornea matanya.

“Orang Melayu?”

Akhirnya soalan itu tercampak keluar daripada bibirnya.

Gadis itu mengangguk.

Mixed,” balasnya acuh tak acuh.

Zarif masih lagi kaku. Gadis itu menjeling Zarif.

“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu,” ujarnya.

Baru sahaja dia ingin melangkah, Zarif memanggilnya semula.

“Beg awak,” ujarnya sambil menghulurkan beg gadis itu. Gadis itu seolah-olah menarik nafas lega. Beg itu bertukar tangan semula.

“Siapa nama awak?” tanya Zarif.

“Err.. err.. Fea. Feana.”

Selesai sahaja gadis itu menjawab pertanyaan Zarif, Aqilah muncul kembali. Apabila Zarif menoleh ke arah gadis itu tadi, kelibatnya sudah menghilang dalam celahan lautan manusia yang memenuhi ruang dalam pusat membeli-belah itu.

“Feana.. Feana..” sudah berkali-kali nama itu meluncur keluar daripada bibir Zarif.

Zarif berkalih sekali lagi. Ya, dia yakin benar bahawa dia kenal dengan gadis yang memberitahu namanya adalah Feana itu. Tetapi dia tidak pasti di mana mahupun bila dia ada bertemu dengan gadis itu.

Zarif akhirnya mengaku kalah. Dia sudah tidak mahu memikirkan soal gadis yang bernama Feana itu. Maklum sajalah, bilakah dia akan bertemu dengan Feana lagi? Jadi, lebih baik dia melupakan gadis itu. Matanya ditutup rapat. Beberapa minit kemudian, Zarif akhirnya terlelap.



ZARA menarik nafas panjang. Pelbagai persoalan muncul di benaknya ketika ini. Adakah Zarif sedar bahawa Feana yang sebenarnya adalah Zara Sofea? Bagaimana dia harus beriaksi apabila dia bertembung dengan Zarif di kolej? Ah! Masalah, masalah.

Menurut renungan dan gayanya tadi, Zarif seakan-akan tidak perasan bahawa Feana adalah Zara Sofea. Jika Zarif tahu bagaimana sebenarnya Zara di luar kolej, pasti segalanya akan terbongkar. Pasti buat kesekian kalinya, Zara akan menjadi perhatian umum.

Secara jujurnya, bukanlah niat Zara untuk menipu semua orang di sekelilingnya dengan mengenakan pakaian-pakaian pelik serta bersikap aneh. Tetapi, dia selesa dengan menjadi Clown ataupun Hannah Mentadak yang tidak punya ramai kawan. Niatnya ke kolej hanya untuk belajar, bukan untuk menarik perhatian orang. Namun, dia sudah pun menarik perhatian orang sekarang disebabkan dirinya yang sekarang ini. Tapi apakan daya. Dia sudah terbiasa menjadi bahan ejekan semua orang.

Getaran daripada telefon bimbitnya membuatkan Zara terkejut. Dadanya diurut beberapa kali sebelum dia mencapai telefon bimbitnya. Nampaknya ada pesanan ringkas yang masuk. Logo yang berbentuk peti surat disentuh menggunakan ibu jari. Pesanan daripada nombor yang tidak disimpan, tetapi dia tahu siapakah pemilik nombor itu.

‘Zara, sleeping already? Just got the chance to text you. There are so many patients today. I know it’s already late to wish you a goodnight. But still, goodnight sweetheart. I can’t sleep without wishing you a goodnight. Sleep well. Miss you.

Zara menarik nafas panjang. Imran. Setiap malam pasti dia akan mendapat pesanan daripada Imran. Cuma inilah kali pertama Imran memanggilnya sweetheart. Zara menoleh ke katil kakaknya. Rasya sudah lama terlelap. Mungkin sekarang dia sedang dibuai mimpi indah. Rasa kasihan mula timbul terhadap kakaknya itu. Kalaulah Rasya tahu apa yang sedang berlaku di belakangnya sekarang ini.. tetapi dia tidak sanggup memberitahu Rasya tentang semua ini. Dia bimbang Rasya akan mengamuk dan yang paling penting lagi, dia tidak mahu Rasya terluka. Mungkin juga Rasya akan menuduhnya dia menggoda Imran walaupun dia tahu sebenarnya Zara langsung tiada perasaan terhadap Imran.

Semua ini harus dihentikan. Zara menekan butang reply.

‘Mulai hari ni, jangan contact Zara lagi. Zara tak sanggup dipanggil perampas kebahagiaan orang. Especially orang tu kakak Zara sendiri.’

Zara menyimpan kembali telefon bimbitnya semula setelah pesanannya dihantar. Dia tahu, pasti Imran akan terasa hati dengan kata-katanya, tetapi dia tidak mahu Rasya yang berjauh hati nanti.

Sekali lagi, telefon bimbitnya bergetar. Imran lagi.

Don’t stop my feeling towards you. Bila tiba masanya, Abang sendiri akan berhenti. That’s my fault bila hati Abang dah berubah pada Zara. I won’t let Rasya scolds you once she knew the truth. Believe in me. Mom and dad kirim salam pada Zara. Now, go to sleep. Goodnight. Assalamualaikum.’

Zara mengeluh buat kesekian kalinya. Pesanan Imran dibaca berulang kali. Bagaimana dia hanya akan membiarkan Imran menaruh hati dan harapan terhadapnya walaupun di hatinya tidak sedikit pun menyayangi Imran? Dia hanya menghormati Imran kerana Rasya. Itu sahaja.

Zara merebahkan kepala ke bantal. Telefon bimbitnya disimpan di bawah bantal. Dalam hati, dia berdoa agar dia akan dipertemukan dengan insan yang memang ditakdirkan untuknya tanpa ada hati yang disakiti. Itu doanya setiap hari.



IMRAN menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya. Kepalanya disandarkan ke sofa.

“Im, tak tidur lagi?” soal ibunya, Datin Marlia. Dia mengambil tempat di hadapan anak bujangnya.

Imran menggeleng.

“Belum, Ma. Mama kenapa belum tidur lagi? Dah lewat dah ni.”

Datin Marlia tersenyum mendengar soalan anaknya itu. Di kalangan empat orang anaknya, hanya Imran sahaja yang selalu mengambil berat akan kesihatan dia dan suaminya. Dua orang anak mereka, Marissa dan Zafrul sudah pun mendirikan rumah tangga. Anak bongsu mereka pula, Julia masih belajar di sekolah menengah. Imran merupakan anak ketiga mereka. Usianya pula sudah menjangkau dua puluh tujuh tahun, namun masih belum berumahtangga. Risau pula Datin Marlia melihat Imran. Bimbang anaknya itu akan menjadi bujang terlajak.

“Mama haus tadi. Turun nak cari air. Im mesej dengan siapa tu? Zara?” tanya Datin Marlia kembali. Bibirnya merekah dengan senyuman.

Imran tersenyum tawar. Itulah Mama, Papa, Kak Rissa, Zafrul dan Julia. Pantang ternampak dia mengeluarkan telefon bimbit, pasti disangka dia sedang menghubungi Zara. Sebenarnya, keluarga Imran lebih sukakan Zara berbanding dengan Rasya. Walaupun Zara agak pendiam jika dibandingkan dengan Rasya, tetapi Zara bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Zara jugalah yang selalu membantu Datin Marlia di dapur apabila dia dan Rasya berkunjung ke rumah mewah itu. Rasya pula lebih suka duduk melayan Imran di ruang tamu.

Bukannya Datin Marlia tidak berkenan dengan Rasya, tetapi ada kekurangan pada Rasya yang dirasakannya. Dia sendiri tidak tahu apakah kekurangan itu. Entah mengapa, Zara yang menarik minat Datin Marlia sekeluarga.

“Ya, Ma. Wish goodnight je dekat dia,” balas Imran.

Datin Marlia semakin lebar menguntum senyum.

“Dekat Zara je? Kakaknya?”

Imran terdiam. Rasya? Tadi Rasya ada menghubunginya semasa di hospital. Disebabkan Imran sedang sibuk bekerja, dia tidak dapat menjawab panggilan Rasya. Mengapa pula dia tidak menghantar pesanan itu kepada Rasya? Mengapa Zara selalu sahaja menjadi insan pertama yang terlintas dalam hatinya? Walhal kekasihnya adalah Rasya, bukannya Zara.

Imran tersenyum sumbing.

“Im.. kalau Im dah tak sukakan Rasya, Im beritahulah dia. Jangan mainkan hati dan perasaan orang. Kalau Im dah sayangkan Zara, Im berterus-teranglah dengan Rasya. Mama tak nak Im yang dipersalahkan. Satu hal pulak kalau si Rasya tu marahkan Zara,” ujar Datin Marlia.

Bagaimana dia harus berterus-terang dengan Rasya? Pasti Rasya akan memarahi Zara. Dia kenal benar dengan Rasya. Rasya selalu cemburu apabila mendapati dia berkawan dengan mana-mana perempuan walaupun rasa cemburunya sudah berkurangan.

“InsyaAllah, Ma. Im pun tak nak Rasya marahkan Zara,” jawab Imran.

“Baguslah kalau macam tu. Sekarang Mama nak tidur dulu. Im pun tidurlah. Esok nak kerja, kan? Lagi satu, tolong sampaikan salam Mama dengan Papa pada Zara. Papa dah pesan pada Mama, tapi Mama asyik lupa je call Zara,” ujar Datin Marlia.

“Selamat malam, Ma,” ucap Imran setelah mencium tangan ibunya.

Imran kembali bersandar pada sofa. Pesanan ringkas yang masuk ke dalam inbox lekas-lekas dibuka. Senyumnya kembali terukir apabila nama yang tertera di skrin itu adalah nama Zara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...