Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Julai 2014

Kau Irama Di Jiwaku [14]

ADRIANA berjalan sendirian. Tidak tahu kemana hendak dituju. Nampaknya tidak ramai orang pada waktu begini. Adriana terus berjalan dan berjalan. Entah mengapa, Adriana terasa ingin berjalan-jalan di Mid Valley Megamall. Sendiri pun tidak mengapa. Adriana lebih selesa berjalan tanpa orang lain di sisi. Adriana akan membeli apa sahaja yang diinginkan tanpa sebarang persiapan awal. Apa yang terlintas di fikiran, itulah yang akan dibeli. Dia tidak suka membazir, biar pun dia berasal dari keluarga berada.

Pada awalnya Adriana ingin membeli hadiah pertunangan buat Laila dan Darius, tapi hasrat itu dibatalkan serta-merta. Dia akan mengajak Hanis membeli hadiah itu. Adriana menghayun langkah perlahan. Jam baru menunjukkan jam sebelas pagi. Kenapalah orang tak ramai? Soalnya kepada diri sendiri. Adriana menepuk dahi.

No wonderlah tak ramai orang, hari Rabu rupanya,” Adriana berkata-kata sendiri.

Room store menarik perhatiannya. Dia masuk ke kedai yang menjual barangan bilik itu. Ada lampu tidur, lampu meja, hiasan dalaman bilik tidur dan pelbagai kelengkapan untuk bilik tidur. Adriana menghampiri kawasan yang dipenuhi jam loceng. Comel-comel belaka, namun dia tidak mahu membeli sebarang jam meja. Dia lebih suka menggunakan telefon bimbitnya sebagai jam locengnya. Sebaliknya Adriana ingin membeli jam tangan. Adriana terus berjalan. Dia naik dan turun escalator.

Akhirnya dia sampai semula ke ground floor. Adriana berjalan ke North Court. Dia melewati kawasan cawangan kedai yang menjual pakaian sukan, Royal Sporting House. Adriana berhenti. Dia masuk ke dalam kedai itu kerana teringatkan anak saudara Adli, Haziq.

Gadis yang menjaga pintu hadapan tersenyum manis. Adriana turut membalas senyumannya.

“Ya cik. Ada apa-apa yang cik perlukan?” soal gadis itu sopan.

“Saya nak cari kasut. Kasut untuk budak lelaki dalam umur lima tahun.”

“Cik tahu tak saiz kaki dia?”

Adriana mengeluh. Sesungguhnya dia tidak tahu.

“Tak apalah. Saya pilih kasut lain pulak,” tutur Adriana dalam senyuman.

Dia berjalan ke arah rak-rak dinding yang mempamerkan kasut-kasut berjenama Vans. Tiba-tiba ingatannya terarah kepada Adli. ‘Baik aku beli untuk Adli, since dia suka sneakers,’ Adriana berbisik di dalam hati. Satu-persatu model dari jenama itu dibeleknya. Kasut jenis half cab berwarna coklat menarik perhatiannya. Sudah tentu dia tahu saiz kasut Adli.

“Dik, saya nak model ni. Emm.. saiz UK 9,” ujar Adriana berpuas hati. “Dik! Boleh balut tak? Saya nak kotak lain. Tak nak kotak asal tu. Boleh tak?” soal Adriana ketika gadis itu berpaling untuk mengambil kasut yang diminta Adriana.

“Boleh. Cik pilihlah pembalut,” jawab gadis itu lembut.

Adriana mengangguk seraya berjalan ke kaunter pembayaran. Dipilihnya pembalut berwarna hitam berbelang-belang biru dan pink. Gadis tadi keluar dan menunjukkan kasut yang diminta Adriana dan membalutnya. Selesai membayar harga kasut itu, Adriana keluar dari kedai. Dia ingin pulang segera.

Sudah ramai yang memenuhi pusat membeli-belah itu. Ketika ingin melangkah keluar, dia teringatkan stokid jenama Esprit yang ada di South Court. Pantas dia berjalan menuju je sana.

Dia masuk ke dalam lot bangunan itu yang menjual barangan berjenama Esprit. Ingin mencari jam tangan. Tiba-tiba dia terpana. Lelaki itu! Adriana kaku. Matanya mula digenangi air jernih. Bermimpikah aku?

“Razin..” antara sedar dan tidak, Adriana menyebut nama lelaki yang amat dirindui. Dia diserang rasa sedih yang tidak bertepi. Kesal, rindu, benci, sayang, semua bercampur menjadi satu. Razin berada di kedai yang bertentangan dengan kedai yang dimasuki Adriana, stor Quicksilver. Dia ingin menghampiri Razin, namun niatnya terbantut apabila melihat seorang wanita memaut mesra lengan Razin. Manja sungguh gelagat wanita itu. Dagunya diletakkan di bahu Razin sambil membantu Razin memilih baju. Melissa!

Adriana terasa dirinya seolah-olah terbang di awangan. Mujurlah dia sempat mengimbangi tubuhnya. Jika tidak, pasti dia akan jatuh di situ juga. Dengan hati yang perit, Adriana keluar dari pusat membeli-belah itu. Hatinya remuk-redam apabila teringatkan kemesraan Razin dengan wanita itu. Di dalam kereta, air matanya mengalir juga. Ditenangkan hati dengan beristighfar, dan dia berasa sedikit tenang. Keretanya dipandu menuju ke tasik di mana dia dan Adli pernah duduk melihat matahari terbenam.



ADRIANA IZDIHAR keluar dari kereta. Plastik yang berisi kasut untuk Adli turut dibawa keluar. Adriana duduk di kerusi taman itu yang menghadap ke arah tasik. Air matanya tumpah lagi. Apakah salahnya hingga Razin sanggup mempermainkan hati dan perasaannya? Adriana pernah menolak pinangan salah seorang rakan bapanya ketika dia berada di Jepun, gara-gara akan perasaan kasihnya terhadap Razin. Tapi kini, apa yang dia terima? Air mata menjadi penemannya di kala duka disebabkan Razin. Hancur luluh hatinya disebabkan Razin. Mengapa Razin kelihatan begitu mesra dengan Melissa? Razin ada di sini, mengapa dia tidak pernah mencari Adriana? Adriana bingung. Tepukan lembut di bahunya membuatkan Adriana tersentak. Segera air matanya diseka dengan tisu di tangan. Dia berpaling.

“Yana, are you okay?” Adli sudah pun duduk di sebelahnya.

“Eh.. Adli. Kau buat apa kat sini?” soal Adriana kembali.

“Aku dengan band mates aku duduk lepak-lepak ambil angin. Kau kenapa?” Adli membalas pertanyaan Adriana dengan pertanyaan juga. Adli duduk bersebelahan dengan Adriana.

Adriana menggeleng.

“Tak ada apa-apa. Kenapa kau duduk sini? Nanti paparazi nampak, habislah reputasi kau,” ujar Adriana risau.

“Aku ternampak kereta kau kat sini, mesti kau pun ada kat sini. Aku nampak kau kat sini, aku datanglah. Aku dah biasa dengan paparazi. Lantak diorang. Kenapa kau nampak sedih?”

“Entahlah Adli. Aku pun tak tahu.”

“Kalau kau tak kisah, ceritalah pada aku. Aku sudi dengar,” Adli ingin tahu.

“Nak tahu?”

Adli angguk.

“Dulu, masa aku kat Korea, aku sorang-sorang je. Aku takde kawan. Aku taktau nak kawan dengan siapa. Mostly yang kat sana tak nak pun bercakap dengan aku. Pernah satu hari tu, ada budak perempuan ni. Nama dia Melissa. Dia ejek-ejek aku sebab aku anak orang miskin kata dia. Kau tah aku macam mana. Takkan aku nak menyusahkan Abah dengan Ibu aku nak beli barang-barang branded tu semua.”

Adli masih tekun mendengar. Sesekali dia mengangguk.

Adriana menyambung, “dia kutuk-kutuk aku. Dia suruh aku beli perfume yang dia jual. Aku tak nak beli. Aku rasa tak perlu. Sebab tu dia cakap macam-macam depan student Malaysia. Aku bengang, aku balaslah balik. Dia nak lempang aku pulak. Tiba-tiba ada sorang mamat ni. Dia tahan Melissa dari lempang muka aku. Sejak tu aku ada kawan-kawan lain. But, that guy. Nama dia Razin..” Adriana berjeda. Nafasnya dihembus perlahan.

“Razin? Siapa dia?” tanya Adli.

“Since first love aku tak jadi, aku tutup pintu hati aku. Dia masuk dalam hati aku, slowly. Mula-mula, aku tak rasa nak terima dia. Aku sakit hati dengan perangai dia. Dia selalu kacau aku. Mana aku pergi, mesti dia ada. Sikit pun dia tak pernah mengeluh dengan layanan aku. Buruk ke, baik ke, still dia nak kejar aku. Lama-lama aku tertarik dengan cara dia layan aku. Dia baik, cute, honest..” Adriana mula terasa sebak.

“So, mana dia?”

“After aku mula in a relationship dengan dia, dia semakin baik dengan aku. Masa cuti musim panas, dia balik Malaysia. Masa tu, dia dah sampai semester akhir. Dia cakap, tunggu dia balik. Tapi, lepas habis je cuti aku still tak nampak dia. Aku tunggu, tunggu. Tapi dia takde. Aku call, tak dapat. Aku tanya kawan-kawan dia, diorang tak tau. Lastly, aku tanya kedutaan kita. Rupanya, dia dah quit. Tak cakap apa-apa pun dengan aku.” Adriana menggigit bibir, cuba menghalau perasaan sedih yang kian bertandang.

Adli diam. Hatinya terguris mendengarkan rahsia Adriana. Begini rupanya rasa apabila orang yang disayangi telah dimiliki oleh lelaki lain.

Adriana tidak mahu menceritakan kisah yang berlaku di Mid Valley tadi. Biarlah dia sendiri yang tahu.

“Kenapa dia buat macam tu, Yana?”

“Entahlah Adli. Aku sayangkan dia. Aku tak rasa aku buat salah pada dia. Aku tahu, dia mesti ada sebab kenapa dia pergi macam tu je,” tokok Adriana lagi.

Adli tunduk. Di saat begini pun Adriana masih mampu membela lelaki yang bernama Razin itu walaupun Razin telah meninggalkannya sendirian.

“Thanks Adli Syafiq. Sebab kau ada masa untuk aku,” Adriana tersenyum memandang Adli.

“Sekarang aku dah lega.” Adriana masih menatap wajah Adli yang masih termangu-mangu.

Adli turut tersenyum. Ada keluhan yang terlepas dari bibirnya.

“Eh, Adli!” Adriana tersenyum gembira. Adli berpaling. Adriana menghulurkan beg kertas yang berada di sebelahnya. Adli menyambut pemberian Adriana.

“Apa ni?” soal Adli gelabah.

“Bukalah. Jangan risau. Bukannya ada buaya pun dalam tu. Nervous semacam je aku tengok,”

Adriana ketawa kecil.

Adli mengeluarkan kotak yang berbalut kemas dari dalam beg tersebut. Dibukanya pembalut itu dengan cermat. Sudah lama dia tidak menerima hadiah daripada Adriana. Kotak yang telah dibuka pembalutnya dibuka. Terdapat sepasang kasut jenama Vans berwarna coklat di dalamnya.

“Aku tak tahulah kalau kau tak suka. Aku tiba-tiba teringatkan kau masa aku jalan-jalan tadi. Kalau kau tak suka, sorry.”

“Aku sukalah. Aku memang suka sneakers. Half cab ke, high cut ke, it doesn’t matter,” Adli tergelak suka. “Nak try, boleh?” soal Adli teruja.

“Laa.. dah jadi kasut kau! Cubalah,” Adriana masih ketawa. Lucu melihat gelagat Adli yang seperti kanak-kanak.

Adli membuka sneakersnya yang sedia dipakai. Disarungkan pula sneakers baru itu. Memang betul saiz yang dipilih Adriana. Adli berjalan-jalan di hadapan kerusi yang mereka duduk. Kasut yang dipakai sebelumnya dimasukkan ke dalam kotak. Dia kini memakai kasut barunya. Adriana ketawa senang melihat Adli suka akan hadiah yang diberikan olehnya.

“Jom Yana, duduk dengan kawan-kawan aku,” Adli mencapai beg kertas tadi. Tangan kirinya menggenggam tangan Adriana dan mereka berjalan ke arah empat orang jejaka yang sedang sibuk berbual riang.



RAZIN merebahkan diri ke sofa panjang yang berada di ruang tamu rumahnya. Matanya tertancap ke arah siling. Sesekali, keningnya dikerutkan. Peristiwa yang baru sahaja berlalu beberapa jam tadi membuatkan dia bingung. Benarkah gadis yang berlari keluar dari pusat membeli-belah itu tadi Adriana? Ataukah itu cuma perasaannya sahaja? Peristiwa itu bermain semula di benaknya.

“Yang, you nak beli baju apa? You kan dah banyak baju,” ujar Melissa manja. Tangannya leka menari di helaian baju yang tergantung kemas.

“I nak beli colared t-shirt. Rasa macam dah takde t-shirt berkolar,” jawab Razin. Dia juga sibuk mencari baju yang berkenan di hati.

“Kalau macam tu, pilihlah yang mana-mana. Pilih baju, macam nak pilih isteri,” balas Melissa.

T-shirt merah gelap dan hitam disuakan kepada Razin. Razin menyambut baju-baju daripada tangan Melissa. Lengan Razin dipaut manja.

Melissa meletakkan dagunya ke bahu Razin, “Macam mana? Okey tak?”

Razin senyum.

“You’re always understanding me.. very well. Better than I knew myself. Jom bayar,” Razin menarik tangan Melissa agar Melissa mengikuti langkahnya.

Kelibat seorang gadis yang berlari kecil diperhatikan dari dalam kedai. Gadis itu seperti seseorang yang dikenali.

“Yana..” nama itu terluncur juga dari bibirnya. Setelah lebih dari setahun dia balik ke Malaysia tanpa menamatkan pengajian, itulah pertama kalinya dia menyebut nama gadis yang dulunya menemani mimpi-mimpi malamnya.

“Hey, kenapa?” tanya Melissa.

Razin menggeleng. Tangan Melissa ditarik dan dibawanya Melissa ke kaunter.

Bayangan itu berhenti di situ sahaja. Razin termenung. Adriana, Adriana, Adriana.. dia langsung tidak terfikir bahawa dia akan bertemu lagi dengan gadis periang itu. Wajah yang cantik itu sentiasa terukir senyuman yang membuatkan dia kelihatan manis. Dengan ketinggian 167 sentimeter, rasanya dia berada dalam kategori perempuan yang sederhana tinggi, bagi wanita Asia. Bukanlah rupa yang membuatkan dia jatuh cinta pada Adriana, tapi sebenarnya sikap Adriana yang menarik perhatiannya. Semakin dia kenal dengan Adriana, semakin mendalam rasa sayangnya terhadap Adriana.

Kepulangannya ke tanah air mungkin menyebabkan Adriana bersedih. Dia tahu akan hakikat itu, tapi entah mengapa, Melissa pula yang berjaya mematikan perasaannya terhadap Adriana. Sewaktu dia bercuti, Adriana dan keluarganya menghabiskan cuti di UK. Dan Melissalah yang selalu mengajaknya keluar. Hingga dia kian tersepit dan melepaskan kenangannya bersama Adriana. Dia memilih untuk bersama Melissa. Berbeza dengan Adriana, sikap Melissa sukar untuk difahami. Ada kalanya dia baik, bersabar dan ada ketikanya, dia menjadi cemburu tanpa usul periksa. Namun begitu, dia masih boleh bertahan dengan Melissa. Kini, rasa yang dulunya pernah hinggap, kembali mengusik tangkai hatinya. Dia terlelap dalam kenangan bersama Adriana.

Kau Irama Di Jiwaku [13]

Adrian menyelak surat khabar sehelai demi sehelai. Ada berita yang menarik perhatiannya. Adriana yang berada di sebelah disiku.

“Aduh!” Adriana yang sedang menongkat dagu terkejut apabila tangannya disiku.

“Kuat sangat ke?” tanya Adrian.

“Tak adalah. Haaa... kenapa?”

“Bacalah berita ni,” Adrian meletakkan surat khabar di atas meja, di antara dia dan Adriana. Adriana membaca tajuk kecil akhbar itu.

“Vokalis Kepada Kumpulan The Result Dikesan Keluar Bersama Dengan Teman Wanita.” Adriana mengangguk. Bacaannya diteruskan dengan suara yang sederhana kuat. “Vokalis yang bernama Muhammad Adli Syafiq bin Kamaruzzaman itu yang lebih mesra dengan panggilan Lee kelihatan keluar makan bersama kekasihnya. Menurut sumber itu, teman wanitanya adalah seorang anak kepada ahli perniagaan yang masyhur di Malaysia.”

Adriana melihat gambar-gambar yang berada di bawah artikel itu. Macam kenal je, hatinya mula bersuara.

“Whattttt?!!” jeritan Adriana kedengaran nyaring sekali. Dia benar-benar terkejut.

Ibu dan bapanya cuma diam. Mungkin mereka sudah membaca berita itu terlebih dahulu. Beberapa keping gambar itu miliknya dan Adli! Semalam mereka keluar untuk makan. Itulah, cari pasal lagi. Keluarlah dengan artis. Adriana melihat ke arah ibu dan bapanya. Datuk Abdul Aziz dan Datin Maznah makan tanpa sebarang tanda tanya. Adrian meneruskan pembacaannya.

Adriana menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Muncungnya sudah hampir panjang sedepa. Dia mencapai gelas susunya dan mula meneguk susu itu. Mangkuk yang sudah berisi bijirin dengan buah-buahan ditarik rapat kepadanya. Dituangnya pula susu rendah lemak ke dalam mangkuk bijirinnya. Adriana menyudu bijirin campuran itu ke bibir. Kepalanya diketuk-ketuk perlahan.

‘Bodohnya aku. Abah dengan Ibu tak marah pun.’ Adriana mendongak melihat wajah kedua orang tuanya yang tidak beriak sedikit pun. Ketukan kuat di kepala membuatkan dia tersentak.

“Yana ni kenapa?” soal Adrian kehairanan. Pelik betul perangai adiknya yang satu itu. Boleh pulak ketuk kepala sendiri.

“Abah, Ibu, dah baca ke paper hari ni?” Adriana tidak menghiraukan soalan abangnya. Ibu bapanya menghentikan suapan masing-masing. Matanya tertancap ke wajah mereka silih berganti.

“Berita fasal apa?” tanya Datuk Abdul Aziz.

“Berita fasal Yana dengan Adli la.. Yana mintak..”

“Ohh.. itu. Dah baca,” jawab Datin Maznah tanpa menunggu anak gadisnya menghabiskan kata-kata.

“Aikkkk? Abah dengan Ibu tak marah ke?” tanya Adriana lurus.

“Nak marah buat apa? Esok-esok, Adli tu jugak yang jadi menantu Abah,” jawab Datuk Abdul Aziz. Isterinya tersenyum.

“Menantu? Eee.. kenapa Yana? Dengan Adli? Tak naklah. Kawan je,” balas Adriana sambil mengunyah bijirin kegemaran.

“Hari ni kawan. Esok-esok, siapa yang tahu?” usik Datin Maznah. “Lagipun Ibu tengok, Yana dengan Adli sesuai sangat. Sama cantik, sama padan. Perangai pun dekat nak sama.”

“Eh.. cereal apa ni, Bu? Sedap sangat ni, Yana rasa macam tak pernah makan je jenis ni,” Adriana mula menukar topik. Ibunya tersenyum.

“Laa.. yang hari-hari Yana makan tu la, Koko Krunch. Apa pulak tak pernah makan?”

“Lainnya rasa. Lagi sedap,” Adriana menjawab bersahaja.

“Yelah, sedaplah. Pagi-pagi lagi dah breakfast ‘dengan’ Lee,” celah Adrian.

Dia cepat-cepat bangun apabila melihat genggaman tangan Adriana sudah hampir ke wajahnya. Bibirnya masih mengukir senyuman mengejek. Adriana merengus geram.

“Yana, jangan marah-marah. Nanti kalau muka dah jadi macam king kong, Lee pun dah tak nak. Jenuh la nak cari yang baru,” laung Adrian dari muka pintu.

“King kong tak king konglah. You’re gonna die in my hands!”

Adriana bangun dan mengejar abangnya. Adrian yang perasan akan Adriana di belakangnya berlari masuk ke dalam kereta. Dia cuma memakai selipar. Dia yang tidak sempat memakai kasut menjinjing kasut dan memakai kasutnya di dalam kereta. Adrian duduk di sebelah Datuk Abdul Aziz. Cepat-cepat pemandu mereka, Pak Cik Majid memandu kereta keluar dari kawasan pagar banglo Datuk Abdul Aziz. Adrian sempat menjelirkan lidah ke arah Adriana. Adriana membentak geram.



KHALIF RAYYAN mencampakkan kayu drumnya kasar. Sesak dadanya memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Katil bujangnya menjadi tempat dia menghempaskan tubuh.

“Sabarlah Rayyan,” pujuk abang kembarnya.

“Alif, aku dah lama sabar. Aku dah tak tahan lagi ni. Hari-hari kena bebel, kena marah. Diorang ingat kita dalam dongeng Cinderella ke?” Rayyan menyuarakan rasa tidak puas hati.

Alif diam. Ya, dia tahu kehadirannya dan Rayyan bagaikan satu malapetaka buat keluarga itu. Dia masih boleh bersabar, tidak seperti Rayyan. Dia bimbang kalau-kalau Rayyan akan memukul Anuar sekiranya hal ini berlanjutan. Dia sendiri tidak mengerti akan apakah salah mereka. Mereka tidak pernah meminta wang, pulang lewat malam pun tidak pernah. Sebaliknya, kata-kata kesat yang menemani mimpi malam mereka. Mengapa pak cik dan mak cik mereka tidak marahkan anak mereka sendiri, si Anuar bemulut longkang? Walhal dialah yang sering pulang lewat dan ada kalanya dia mabuk. Nasib baiklah ada Adli, Danial dan Adam. Merekalah tempat Alif dan Rayyan meluahkan masalah. Tiba-tiba Alif teringatkan pelawaan Danial. Adakah peluang itu masih terbuka?

“Rayyan, aku ada cadangan,” Alif melihat ke arah Rayyan.

“Cadangan apa?” soal Rayyan tanpa menukar kedudukan.

“Hari tu, Danial ada ajak kita tinggal dekat rumah dia. Mula-mula aku pun tak nak, tapi dah dia beriya-iya ajak kita tinggal dengan dia, tak sampai hati pulak aku nak tolak. Aku cakap dengan dia, aku nak bincang dengan kau dulu. Dalam tempoh ni, aku rasa baik kita tinggal dengan dia. Bila income kita dah cukup, bolehlah kita sewa rumah sendiri. Buat sementara je kita tinggal dengan dia. Aku pun tak nak menyusahkan dia dengan family dia, tapi kita tak ada cara lain. Aku tak nak kau masuk penjara sebab kau pukul si mulut longkang tu. Kaulah satu-satunya adik yang aku ada,” Alif menyuarakan pendapatnya.

Rayyan duduk di birai katil. Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Alif.

“Trylah call dia,” Rayyan bersuara perlahan.

Alif meraba-raba poket seluarnya. Mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum. Danny, kau ada dekat mana tu?” Alif bertanya setelah Danial menjawab panggilannya.

“Aku kat rumah ni. Adli pun ada kat sini,” Danial bersuara selepas salam Alif dijawabnya. “Korang ada masalah ke?”

“Macam biasalah Danny. Tadi, Rayyan kena lempang. Aku risaulah. Semuanya sebab si Nuar tu letak pil apa benda entah kat dalam bilik kitorang. Diorang ingat, kalau artis tu, mesti jahat ke?”

“Laaa.. apasal dengan si gila tu? So, mana kau tahu dia yang kenakan korang? Alaa.. orang macam diorang mana tahu nak nilai kaca dengan permata.”

“Dia sendiri mengaku. Pil tu semua dia yang punya. Dia nak selamatkan diri dia, dia buatlah macam tu,” Alif bersuara keras.

“Dah, dah. Kemas baju-baju korang. Kejap lagi aku dengan Adli sampai. Kereta buruk tu, korang tinggal je kat rumah tu. Tapi kalau tak nak bawak semua baju pun boleh. Baju aku pun dah banyak kat rumah ni. Tak habis pakai pun,” suara Danial kedengaran serius.

Alif sebak. Rasa terharu, sedih dan berterima kasih mula bercampur-baur, menyusup ke dalam hati.

“Tak menyusahkan kau ke? Family kau?” soal Alif.

“Aku dah lama tanya parents aku. Diorang cakap okey. Diorang lagi suka kalau korang duduk sini. InsyaAllah takkan jadi benda yang sama macam dekat rumah pak cik kau tu. Dah, siap. Tak payah makan. Nanti makan tengah hari kat rumah aku je,” ujar Danial sebelum memutuskan talian.

Nampaknya Danial bersungguh-sungguh ingin membantu mereka. Jarang sekali melihat Danial berkelakuan serius begitu. Rayyan meraut wajah dengan tapak tangan.

“Apa kata Danny?” soal Rayyan. Wajahnya nampak begitu kusut.

“Dia suruh kita bersiap. Kejap lagi dia datang ambil. Bangunlah, siap,” Alif menepuk bahu adiknya.

Beg pakaian yang sederhana besar dikeluarkan dari dalam almari. Baju-baju dan seluarnya dimasukkan ke dalam beg. Rayyan juga turut berbuat begitu. Setelah segalanya selesai dikemas, Alif mengemaskan peralatan gitarnya. Mujurlah cuma ada satu gitar sahaja di rumah itu. Dia turut meletakkan kayu drum Rayyan di dalam beg gitarnya. Buku-buku dan peralatan menulis untuk dibawa ke kelas dimuatkan di dalam satu beg sandang. Alif menyandang gitar dibelakang badannya. Sling bag sentiasa melekat di tubuhnya. Bagaimana dengan beg sandang ni? Alif menggaru kepala.

Baru sahaja dia ingin mengangkat beg itu, Rayyan terlebih dahulu mencapai beg itu. Bagi The Result, sling bag adalah sesuatu yang harus ada buat semua anggota. Mereka lebih suka menggunakan sling bag berbanding dengan beg sandang. Rayyan turut membawa sling bag dan beg pakaian.

Selesai sahaja mengemas kedengaran bunyi hon kereta. Alif menjenguk ke luar tingkap. Kelihatan Toyota Lexus milik Adli berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah itu. Kembar itu berjalan beriringan ke tingkat bawah. Keluarga yang sedang menikmati makan tengah hari itu memandang ke arah mereka.

“Haa.. korang tak nak makan ke? Beg besar-besar ni, nak ke mana?” tegur Encik Hamdan.

“Tak apalah. Kalau setakat tinggalkan sisa, baik tak payah ajak,” Rayyan menyindir. Masakan mereka makan tanpa mengajak Alif dan Rayyan? Mereka meneruskan langkah.

“Korang tak dengar ke apa bapak aku tanya? Korang nak pergi mana?” soal Anuar sinis.

Rayyan senyum mengejek. Keluarga itu langsung tidak dipeduli. Dia berjalan ke pintu. Tiba-tiba dia berhenti pada pasu bunga buatan negara China kesayangan ibu saudaranya itu. Seluruh isi rumah itu diam dan memerhatikan apa yang akan dilakukan Rayyan. Dia mencapai kayu drumnya dari beg Alif.

Satu, dua, tiga! Prangggg! Pasu tembikar itu pecah menyembah lantai. Yang tinggal hanya serpihan kaca yang berselerakan. Mereka yang sedang makan ternganga. Alif ikut serta. Dia yang selama ini diam akhirnya menunjukkan rasa tidak puas hati. Pinggan mangkuk di dalam almari hiasan ruang tamu menjadi sasarannya. Beg gitar ditanggalkan dari tubuh. Laju sahaja tangannya menghayunkan gitar ke almari itu. Biarlah gitar itu hancur, asalkan dia berpuas hati. Segala yang ada di dalam almari itu hancur, berkecai. Alif dan Rayyan bertepuk tangan. Mereka keluar tanpa sepatah kata. Mak cik mereka bingkas bangun dan menuju ke pintu.

“Heyy! Dasar budak kurang ajar. Tak mengenang budi! Berani kau jahanamkan harta benda dalam rumah ni?!!” jerit Puan Suraya bengis.

Alif dan Rayyan berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Adli dan Danial yang mendengar misi balas dendam dua kembar itu cuma tersenyum senang. Lexus Adli membelah jalan raya yang sesak, maklumlah waktu itu waktu makan tengah hari.

“Danny, kitorang tumpang rumah kau sampai kitorang ada duit nak sewa rumah nanti. Sekarang memanglah ada duit, tapi rumah yang dekat dengan studio tak ada,” tutur Rayyan setelah tawanya reda.

“Tinggallah dengan aku sampai mana yang korang suka. Aku tak kisah, aku lagi suka. Tinggal terus, lagi bagus. Tak payahlah habiskan duit bayar sewa rumah,” balas Danial yang duduk di sebelah pemandu.

“Yelah Alif, Rayyan. Korang ada lebih dua tahun lagi dalam kos korang tu. Kalau korang tinggal dengan Danial, lagi senang aku nak tolong korang buat revision. Selalunya, just study kat studio. Tak bestlah. Now, boleh study kat rumah aku kalau korang nak,” Adli pula bersuara sambil matanya masih fokus dengan jalan yang kian sesak.

“Koranglah kawan kitorang yang paling baik. Macam abang kitorang pulak,” ujar Alif jujur. “Terima kasih banyak.”

“Tak payahlah nak berterima kasih. Kitorang semua anggap korang macam adik-adik kitorang. Jangan risau. Kalau ada apa-apa masalah, inform je. InsyaAllah kitorang tolong,” Danial pula berkata.

Dua beradik itu diam. Kaku. Perjalanan mereka diiringi gelak ketawa dan suara Danial yang bernyanyi gembira.

Kau Irama Di Jiwaku [12]

PETANG itu Adriana datang bersama dengan Adrian, Hanis dan Syahmi. Tiket ke konsert itu adalah pemberian Adli. Nasib baiklah konsert kali ini dibuat di dalam stadium tertutup. Kalau konsert itu diadakan dengan keadaan penonton berdiri, memang Adriana dan yang lain tidak akan hadir. Biasalah, bila penonton terpaksa berhimpit-himpit pasti akan ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Mujurlah The Result tidak gemar untuk mengadakan konsert seperti itu.

Adriana berjalan di hadapan sekali. Mencari tempat duduk. Rupanya seat VVIP terletak di bahagian hadapan pentas. Mudahlah untuk mereka melihat Th Result dengan lebih jelas. Mereka mengambil tempat.

Kelihatan orang ramai sudah mula berpusu-pusu memenuhi dewan. Menurut Syahmi, penonton yang dijangka datang adalah seramai 3,000 orang. Mereka masih belum mengetahui berapa jumlah sebenar peminat yang bakal datang. Adriana meneguk air mineral yang dibelinya di luar tadi.

Lampu yang terang-benderang bertukar sedikit malap di bahagian penonton. Cuma di bahagian pentas sahaja cahaya terang dipancarkan. Jeritan lautan manusia itu cukup menandakan yang The Result sudah memasuki pentas. Jeritan semakin kuat, seperti orang histeria pun ada. Adriana menggeleng, cuma bibirnya sahaja yang mengukir senyuman. Kelihatan vokalis kumpulan itu berdiri di bahagian tengah pentas. Jeritan peminat bertambah kuat.

“Assalamualaikum, selamat sejahtera semua. Apa khabar?” suara Adli atau lebih dikenali sebagai Lee membuatkan peminat rata-ratanya gadis semakin teruja. Bergegar stadium itu dengan jeritan para peminat.

“Terima kasih sebab sudi datang ke konsert kelima kami yang diadakan secara besar-besaran seperti kali lepas. Saya harap anda semua terhibur dengan persembahan kami,” Adam atau Add mula bersuara.

Stadium makin gamat. Kelihatan setiap anggota The Result tersenyum dipaparkan di skrin besar di sisi pentas.

“Lagu pertama kami malam ini, Kamu,” jerit Adli.

Drum mula berbunyi. Gitar dan bass ikut berirama. Jeritan di dalam stadium itu semakin bingit.

Adli nampak berbeza apabila dia berada di pentas. Adriana sendiri tidak tahu apa yang berbeza. Baju? Tak, sebab Adli memang selalu dressing sebegitu. Adakah kerana Adli mengenakan bangle kulit itu? Juga bukan. Adli dan bangle kulitnya tidak akan bercerai, samalah seperti Adriana dan kaca mata hitamnya. Atau, mungkin kerana karismanya. Dia kelihatan bersemangat dan tenang. Suara yang serak itu sentiasa berjaya mengikat hati gadis-gadis itu untuk memilikinya.

‘Macam Lee Hong Ki FT Island!’ Suara serak basah Adli mengingatkan Adriana kepada vokalis utama kumpulan FT Island dari Korea, iaitu Lee Hong Ki. Mungkin Lee Hong Ki versi Melayu. Adriana tersenyum sendiri. Matanya kembali terarah ke pentas. Kelihatan Adli sedang melihat ke arahnya. Benarkah Adli sedang melihat ke arahnya? Atau Adriana sahaja yang berasa begitu? Adriana mencebik. Sepenuh perhatiannya ditumpukan ke pentas.
SETELAH dua jam berlalu, konsert itu berakhir dengan jayanya. Anggota kumpulan The Result mengucapkan terima kasih kepada lebih kepada tiga ribu peminat yang hadir pada malam itu. Mujurlah tiket mereka habis dijual. Tidak sia-sia pengorbanan mereka bertungkus-lumus mengadakan latihan dan rehearsal. Kelima-lima jejaka kacak itu turun dari pentas. Peminat keluar dari stadium dengan rasa gembira dan berpuas hati. Sebelum konsert itu berakhir, anggota kumpulan The Result ada mencampakkan beberapa bakul bunga ros kepada lautan peminat mereka. Siapa yang bernasib baik, pasti pulang dengan bunga ros di tangan. Baru sahaja Adriana berjalan beberapa langkah, telefon bimbitnya berdering.

“Adli,” Adriana bersuara sambil berjalan.

“Yana, aku hantar kau balik. Kita makan kat mana-mana dulu,” kata-kata Adli menghentikan langkah Adriana.

“Kau belum makan ke? Laaa.. apasal tak makan lagi? Dah tahu ada performance, makan la dulu,” bebel Adriana. “Yang lain dah makan?”

“Yang lain dah makan. Aku je belum. Tak sempat nak makan. Aku ambil abang aku kat airport petang tadi. Pagi, ada practice awal pagi. Aku ingat nak makan lepas ambil abang aku, tiba-tiba ada rehearsal. Sampai ke petanglah aku tak makan,” adu Adli. Dia gembira dengan perhatian yang diberikan Adriana.

“Kalau macam tu, aku temankan. Aku pun belum makan tengah hari lagi. Aku datang dengan Abang Adrian. Kau cakaplah dengan dia, nak bawak aku keluar,” ujar Adriana.

“Okay, okay.”

Adriana mencuit bahu abangnya. Nampaknya masih ramai penonton yang berpusu-pusu keluar dari pintu masuk stadium. Adrian menoleh. Adriana menghulurkan telefon bimbitnya.

“Haa.. kenapa Lee?” tanya Adrian setelah melihat nama pemanggil pada skrin telefon bimbit adiknya.

“Adrian. Aku ingat aku nak bawak Yana keluar kejap. Nak bawak dia makan. Boleh ke?”

“Boleh, tapi jaga dia elok-elok. Jangan sampai hilang pulak,” Adrian ketawa besar.

Adriana mencubit lengan abangnya.

“Kalau macam tu, aku hantar staff. Bawak Adriana ke belakang pentas. Thanks bro!” Adli mematikan talian.

“Yana, kejap lagi ada staff ambil Yana. Nak bawak pergi backstage,” Adrian menghulurkan kembali telefon bimbit Adriana. Dia mengangguk. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang remaja yang masih muda datang menghampiri mereka berempat.

“Cik Adriana Izdihar?” soal remaja lelaki itu.
Adriana mengangguk.

“Lee mintak saya bawak cik ke belakang pentas,” ujar krew itu lagi.

“Okay,” balas Adriana tersenyum. Dia bersalam dengan abangnya dan yang lain. “Abang bagitau Abah dengan Ibu, Yana keluar dengan Adli. Abang hantar Hanis sampai pagar rumah. Syahmi pun,” pesan Adrian. Adrian mencubit pipi adik kesayangannya. Mereka berjalan ke pintu.

Manakala Adriana mengikut langkah remaja itu tadi. Dia menghantar Adriana ke sebuah bilik yang tertulis The Result di luar pintu itu. Setelah mengucapkan terima kasih, Adriana masuk. Kelihatan beberapa orang hair stylist dan makeup artist sedang sibuk membantu Adli dan rakan-rakannya menanggalkan solekan dan dandanan rambut mereka.

Melihatkan Adriana yang sudah berdiri di dalam bilik itu, Adli meminta jurusolek itu berhenti sebentar. Dia menarik tangan Adriana dan mereka duduk di sofa yang memang tersedia untuk kemudahan penyanyi yang menggunakan bilik menunggu itu.

Adli mengenakan denim jacket dengan jeans lusuh. T-shirt hitam dipakai di bahagian dalam jaket denimnya. Di tangan kanannya ada bangle yang diperbuat daripada kulit, dan dia memakai jam di pergelangan tangan kirinya. Dia kelihatan lain sekali. Bukan seperti hari-hari biasa. Jenuh Adriana berfikir. Apa yang lain? Matanya terarah pula ke wajah Adli. Adli sibuk membuka ikatan tali kasutnya. Adriana petik jari. Rupanya Adli memakai celak. Adriana tersenyum.

“Kau kenapa? Petik jari pulak,” tanya Adli hairan. Keningnya hampir bertaut.

“Takde apa-apa. Pergi la siap cepat.”

Adli bangun.

“Tunggu sekejap.” Dia berjalan menuju ke arah Adam yang sudah siap menukar pakaian. “Temankan Yana kejap. Aku nak tukar baju,” Adli menepuk bahu Adam.

“Macam mana dengan konsert kitorang? What do you think?” Adam duduk di sofa yang bertentangan dengan Adriana.

“Not bad, best kot!” jawab Adriana teruja. “Yana rasa macam Yana kat luar negara pulak. FT Island versi Melayu.”

Adam dan yang lain tergelak.

"FT Island, CN Blue, Muse and The All American Reject memang role model kitorang. Lagu-lagu diorang fresh. Tu yang kitorang minat dengan konsep diorang. Tapi, nak tiru hundred percent tu takde la. Kitorang start dulu pun, jamming lagu diorang la,” terang Adam.

“Maksud Yana, Adli tu. Yana memang minat dengan FT Island. Dah la suara diorang serak, nama pun Lee,” Adriana ketawa. Yang lain juga ikut ketawa.

“Betul tu, Yana. Peminat pun cakap benda yang sama. Dia macam Lee Hong Ki diorang cakap,” Danial.

Adli keluar dari bilik persalinan. Eyeliner di mata sudah dibersihkan. Dia memadankan sneakers Vans nya dengan sehelai inner t-shirt lengan panjang berwarna hitam, dan dia memakai t-shirt putih berlengan pendek di bahagian luar. Rambutnya yang agak panjang tetapi belum menyentuh bahu diikat sedikit melihatkan pony tail dan yang lain dibiarkan tidak berikat. Jam sudah menunjukkan jam lima suku petang.

Adli meletakkan kasut dan persalinannya di atas meja. Sling bagnya dicapai. Adriana dan Adam serta yang lain masih rancak berbual. Adli mencari telefon bimbitnya. Daftar panggilan dan mesej diperiksa. Ada satu pesanan ringkas menarik perhatian Adli. Mesej daripada Syakira.

My darling lime, my brother, I’m going to be there again. In few weeks, I’ll be there. 
Just finished with my shows. Kirim salam dengan adik-beradik Adli.

Adli tersenyum. Syakira. Bagaikan seorang kakak buat dia dan Syahmi. Syakira merupakan seorang pereka fesyen dan model yang sangat terkenal. Dia bukanlah seorang model yang sombong mahupun bersikap jelik terhadap orang lain. Dia seorang wanita yang baik dan sentiasa mendorong Adli untuk berjaya. Usianya sebaya dengan Adrian, tua tiga tahun daripada Adli. Adli berjalan ke arah sofa tempat di mana Adriana dan rakan-rakannya duduk berbual.

“Jom,” Adriana bangun dan mengajak Adli keluar.

“Korang nak ikut tak?” soal Adli. Dia sibuk membalas pesanan ringkas Syakira.

“Tak naklah kacau daun,” jawab Adam.

Adriana tersenyum kecil. Kacau daun? Adli dan rakan-rakannya bersalaman. Adli mengekori Adriana. Kereta Adli ada berhampiran dengan stadium itu. Mereka memboloskan diri ke dalam Toyota Lexus milik Adli.

Pemanduan Adli diteruskan sambil dia sibuk berbalas mesej dengan Syakira. Entah mengapa, Adriana rasa tersisih. Dia diam seribu bahasa. Adli ni tak perasan ke muka aku dah monyok habis ni? Adriana berteka-teki di dalam hati. Dia terus berkata-kata sendiri di dalam hati, kalau accident ni, aku nak saman kau, Adli. Adriana merengus geram. Sesekali kedengaran Adli ketawa kecil membaca pesanan ringkas yang masuk. Tangannya tidak lepas-lepas dari telefon bimbit. Kehadiran Adriana seolah-olah tidak dihiraukan. Adriana senyap.

Setelah sampai di sebuah restoran, Adli meletakkan kereta di petak kuning. Adriana muncung. Sedikit sebanyak dia terasa dengan perbuatan Adli. Adli masih sibuk dengan telefon bimbitnya. Adriana semakin marah. Dia keluar dari kereta tanpa sepatah kata. Adriana memesan nasi goreng seafood dengan limau ais. Entah mengapa, dia rasa ingin menangis. Setelah beberapa minit, Adli masuk dan duduk berhadapan dengan Adriana.

“Dah order ke?” sapa Adli. Tangannya masih memegang telefon bimbit miliknya.

Adriana mengerutkan dahi.

“Dah.”

Deringan telefon membuatkan Adriana melupakan amarahnya buat seketika.

“Waalaikumussalam,” Adriana menjawab panggilan Darius.

“Yana, saya nak jemput awak ke majlis pertunangan saya dengan Laila. Laila tengah test baju, so dia mintak saya yang beritahu awak,” suara Darius kedengaran ceria.

“Yeke? Tahniah. Okay, nanti suruh dia call saya. Seriously tak sangka,” Adriana berkata gembira. Bibirnya turut mengukir senyuman. Setelah beberapa ketika, talian dimatikan kerana pesanannya sudah sampai. Adriana menyudu nasi goreng ke mulut. Adli masih leka dengan smsnya.

“Adli, aku ada kat sini. Kau tak nampak aku ke? Ke aku je tengah berangan makan dengan kau?” sindir Adriana. Wajahnya sudah memerah menahan marah dan sedih.

Adli memandang ke wajah Adriana.

“Eh.. sorry. Aku tengah text dengan kawan,” jawab Adli bersahaja.

“Aku tak kisah kau nak text dengan siapa pun, tapi janganlah buat aku macam ni. Kalau betul kau nak sangat text dengan kawan kau tu, kau tinggalkan je aku kat bus stand kat sana. Aku boleh balik sendiri,” ada getar dalam suaranya. Adriana merajuk. Air mata tidak mampu ditahan lagi. Air jernih yang sudah pun mengalir diseka dengan hujung jari.

Adli kaku. Baru dia tersedar. Sesungguhnya dia telah melukai hati Adriana. Air mata Adriana kian laju mengalir. Tisu di atas meja didekatkan ke wajah Adriana untuk mengelap air matanya. Pantas sahaja Adriana menepis tangan Adli. Adli kaget. Adriana benar-benar marah.

Adriana sendiri tidak tahu mengapa dia cengeng sebegitu. Cemburu? Adli cuma kawan baiknya, bukan teman lelakinya. Mengapa dia harus cemburu? Dia sedih, marah. Mungkin kerana dia sentiasa menunggu untuk pulang ke Malaysia, dan dia juga berharap dia tidak akan sendiri lagi. Tetapi layanan Adli terhadapnya bukan seperti yang diharapkan. Dia sedih.

“Yana, aku mintak maaf. Aku tak tau pulak kau terasa. Sorry,” ujar Adli setelah melihat Adriana semakin tenang.

Adriana diam. Air mata yang masih bersisa dilap dengan tisu. Adriana terasa malu. ‘Bodohnya aku. Nangis depan dia pulak,’ Adriana berkata-kata dalam hati. Limau aisnya disedut. Terasa lega tekaknya apabila limau ais yang sejuk itu melalui kerongkongnya. Adriana pula yang buat-buat tidak perasan akan kehadiran Adli. Disebabkan perut yang terlalu lapar, Adriana terus menjamah nasi goreng yang berada di hadapannya. Adli tersenyum. Dalam rajuk pun boleh makan lagi, Adli terus tersenyum.

“Yana, aku pergi ambil makanan dulu.”

Adli bangun. Dia menuju ke arah meja buffet yang menyediakan pelbagai lauk-pauk. Adriana leka dengan nasi gorengnya. Tidak lama kemudian, Adli duduk kembali di tempatnya. Adriana buat-buat tidak peduli.



SELESAI sahaja makan, Adli mengajak Adriana pulang. Dalam perjalanan juga, Adriana diam seribu bahasa.

“Yana, kau marah dengan aku lagi ke?” Adli berusaha ingin menjernihkan keadaan.

Taklah. Aku tak marah pun,” jawab Adriana. Matanya dihalakan ke luar tingkap.

“Kalau tak marah, kenapa diam je?” soal Adli. ‘Kenapa tak pandang aku?’ baris ayat terakhir hanya mampu diluah dalam hati.

Adriana berpaling menghadap Adli. Dipusingkan sedikit tubuhnya untuk melihat wajah sahabat karibnya itu.

“Eh.. apasal pandang aku macam tu?” tanya Adli. Pemanduannya turut terganggu.

“Kalau aku tak layan kau, walhal aku ada kat sebelah kau, apa perasaan kau?” soal Adriana. Matanya dibulatkan.

“Kalau aku, aku diam jelah. Biar jelah,” jawab Adli. Dia menyembunyikan senyuman.

“Betul kau boleh diam?”

Adli mengangguk. Adriana masih belum berpuas hati dengan jawapan Adli. Dia mengulang soalan yang sama dan soalan itu juga ditujukan kepada Adli sekali lagi.

“Ye.. takkan nak nangis pulak? Merajuk?” Adli mula menyakat Adriana.

“Siapa merajuk? Aku laparlah tadi,” Adriana cuba berdalih.

“Tak merajuk? Siap tolak tangan aku, kau kata kau tak merajuk? Takkanlah lapar pun sampai nangis-nangis?”

“Aku tak merajuklah! Buang masa je nak merajuk-rajuk dengan kau!”

“Yeke tak merajuk?”

Adriana menggenggam penumbuk. Buku limanya yang tertutup kemas dihalakan ke wajah Adli. Melihatkan perbuatan Adriana itu, Adli ketawa besar. Adriana geram. Laju sahaja tangannya menumbuk lengan Adli. Adriana pula yang ketawa besar. Adli semakin galak mengusik Adriana, dan sudah pasti Adriana tidak akan berdiam diri.

25 Julai 2014

RAYA TERAKHIR DI JPBDSM


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua penghuni dunia blog...


Apa khabar korang? Sihat? Puasa macam mana? OK ke KO? Hehe. Mudah-mudahan OK la hendaknya yer.. Huhu..


Raya dah tak lama. Isnin depan ni je. Mesti ada antara korang yang dah start cuti kan? Aku? Harini la last aku kerja. Ikutkan semalam lagi dah start. Dah siap apply dah pun dalam sistem HRMIS. Tapi saja cancel last minute. Petang semalam bos baru kat SSM inform kat kitorang yang harini dia benarkan kitorang semua half day. So, aku pun decide untuk kerja jugak harini. Walaupun mood nak kerja dah takde kan. Hehe. 


Dah tu, yang gatal nak kerja jugak tu kenapa? Nak bajet rajin ke? Huhu.. Tak la.. Actually, harini jugak merupakan hari terakhir aku berkhidmat di Jabatan ni. Lepas raya nanti, mula dari 4 Ogos 2014 aku akan mulakan kerja di tempat baru. Kat mana? Kat salah satu jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang lokasi pejabatnya terletak kat bangunan bersebelahan dengan SOGO. Boleh agak tak? Boleh kan? Sila google kalau tak tau. Haha. (Sabar jela. Nanti-nanti aku dedahkan jugak kan.? Hehe)


So, memandangkan lepas raya nanti dah tak kerja sini dah, better aku habiskan masa sama-sama dengan kawan-kawan sepejabat ni. Lagipun, saja je ambik peluang untuk settlekan mana-mana kerja penting yang belum siap tu. Takde la pening pengganti aku tu nanti kan. Hehe. 


Sedih jugak nak tukar ni. Yerla kan. Dah lama dengan warga SSM ni. Rasa berat je hati nak tinggalkan tempat pertama berkhidmat ni. Dah la dengar macam-macam cerita tak best pasal tempat kerja baru. Tapi takpe. Apa salahnya cuba suasana baru. Cuba pulak buat kerja baru. Sampai bila nak duduk satu tempat je kan. Dah lima tahun dah pun. 


Walaupun lepas ni dah tak kerja sini dah, aku harap hubungan aku dengan warga SSM and JPBDSM akan kekal terjalin sampai bila-bila. Masa nak balik tadi, sebenarnya ada rasa nak jadi minah air mata jugak dah. Tapi saja potong feeling tu. Salam-salam kawan-kawan macam takde pape. Pastu terus gerak. Gerak merayap ke Jalan TAR dengan Kak Ziha dulu. Cuci mata kat sana. Bayar zakat dulu. Pastu baru la balik. 


Dan dengan itu, maka berakhirlah kisah aku di JPBDSM selama 5 tahun. Banyak suka duka aku dengan kawan-kawan kat sini. Macam-macam kenangan yang dah kitorang cipta bersama. Yang pasti, kat tempat baru nanti, aku tak dapat nak jadi ganas macam sekarang. Haha. Kat sini, walaupun aku paling muda kat SSM, aku la paling otai. Suka buli abang-abang and kakak-kakak. Selalu kacau orang. Selalu jadi tukang reka kad jemputan majlis hari raya or kad hari jadi untuk staff SSM. Selalu jadi tukang download lagu mengikut permintaan abang and kakak-kakak SSM. Selalu jadi juruteknik komputer untuk abang or kakak yang tak berapa tau pasal komputer. Kih kih kih. Gelak jahat sat.


Lepas ni, semua tinggal kenangan je. Aku happy dapat kenal semua staff SSM. Dorang banyak tolong aku. Banyak bagi aku semangat dan dorongan masa arwah adik aku meninggal tahun lepas. Hampir keseluruhan staff SSM datang menziarah masa tu. Walaupun masa tu aku sangat-sangat tersentap dengan saudara-mara aku yang langsung tak nampak batang hidung, tapi aku bersyukur dorang ada. Bos aku pun ada sekali masa tu. Saudara mara? Entahlah.. Malas nak fikir.. 


Apa pun, kepada semua abang-abang and kakak-kakak SSM, terima kasih sebab dah jaga beta selama ni ye. Hehe. Terima kasih banyak bagi tunjuk ajar. Terima kasih sebab selalu memahami masalah aku. Terima kasih sebab selalu bagi dorongan and galakan untuk aku teruskan kehidupan yang agak mencabar ni. Tanpa korang, aku mungkin kalah dengan semua ujian yang menimpa selama ni. Sekali lagi, seikhlas hati, aku sangat-sangat berterima kasih dengan korang semua. And mohon diampunkan ye kalau selama ni selalu buli you alls ye. Hehe. Well, i adik bongsu kan. Haruslah you all mengalah. Kah kah kah.

Kad Raya khas dari Seksyen Sumber Manusia, Bahagian khidmat Pengurusan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia. Kad raya SSM yang terakhir ada muka aku. Huwaaaaaaaa... Sob.. Sob.. Sob..


Nota Cik Rimau : Doakan Cik Rimau happy di tempat baru yer. Akhir kata, selamat hari raya kepada semua umat Islam seluruh dunia. Beraya biar bersederhana. Jangan berlebihan. Nanti berlaku pulak pembaziran kan. Hehe.. Pesanan khidmat masyarakat khas dari Cik Rimau. 

Cik Rimau tengah memerah otak nak menyiapkan novel arwah adik Cik Rimau ni. Idea untuk sambungan jalan cerita tu ada. Tapi nak mengarang ayat tu agak kekeringan idea. Aiyarkkkkk..

20 Julai 2014

Cinta 8 Tingkat 2


BAB 2


“GOOD morning, Rapunzel!”

Keisha yang sedang menyidai pakaian di ampaian segera menoleh. Kelihatan seorang jejaka sedang berdiri tegak di beranda rumah yang terletak di sebelah kanannya. Jejaka itu tersenyum lebar.

Keisha hanya menganggukkan kepala sambil menghadiahkan senyuman kecil buat lelaki itu. Kemudian, dia segera menyambung kerjanya. Baju T di tangan dikibas-kibas sebelum disangkut ke penyangkut baju.

Di sebelah sana pula, Wan Muhammad Hazrill sedang berdiri memerhatikan Rapunzel pujaan hati. Seorang gadis terkurung di dalam menara itu tidak ubah seperti Rapunzel fikirnya. Dan sudah pasti sang puteri sedang menunggu putera idaman datang menyelamatkannya. Dia yakin dia yang bakal menjadi putera idaman Keisha.

“Dah breakfast?” cuba Wan Hazrill lagi.

Keisha hanya menganggukkan kepalanya. Langsung tidak melihat ke arah jirannya itu.

Wan Hazrill tersenyum sendiri. Biarpun bibir Keisha langsung tidak mengukir senyum, wajah itu tetap nampak manis di matanya.

Pergerakan Keisha diperhatikan dengan penuh minat. Kalaulah ibunya melihat Keisha, pasti ibunya menyukai Keisha. Keisha rajin, cantik dan juga pandai melakukan kerja-kerja rumah. Seperti mana Keisha memerhatikan Izz Rayyan, begitu jugalah Wan Hazrill memerhatikan Keisha. Kali pertama dia terpandangkan Keisha adalah tiga tahun yang lalu. Namun, Keisha bukanlah cinta pandang pertamanya. Perasaannya mula berputik terhadap Keisha bermula apabila Keisha membantunya untuk memasak makanan sempena potluck yang dilakukan di pejabatnya. Nampak ringkas, namun itulah kali pertama dia mula belajar menyukai Keisha.

“Wan! Ada orang call!”

Panggilan Koya atau pun nama sebenarnya Ammar Firdaus membuatkan babak yang baru sahaja bermula dipotong begitu sahaja. Wan Hazrill mendengus kasar.

“Siapa?” soalnya apabila Ammar Firdaus sudah turut muncul di beranda itu.

Ammar Firdaus menjungkit bahu.

“Assalamualaikum, Rapunzel. Busynya pagi-pagi ni,” tegur Ammar Firdaus sambil berjalan mendekati penghadang beranda.

Keisha menjawab salam Ammar Firdaus dengan suara yang perlahan. Dia kemudiannya mengangguk lagi.

“Hari-hari dok mengangguk. Nak jugak dengar suara tuan puteri,” usik Ammar Firdaus.

Keisha tertunduk malu.

“Err.. ha’ah. Tak kerja?” soal Keisha.

Ammar Firdaus tersenyum bangga sambil mengangkat dagu ke arah Wan Hazrill. Menunjuk-nunjuk apabila Keisha menjawab pertanyaannya. Wan Hazrill pula sudah mengetap gigi. Nasib baiklah si Koya ni kawan aku. Kalau tidak, dah lama aku debik, kutuknya dalam hati.

“Finally. Dengar jugak suara. Patutlah tak banyak bercakap, rupanya suara kalah buluh perindu. Taklah. Kan hari ni Sabtu. Macam mana nak kerja?”

Semakin merah padam wajah Keisha. Setiap kali Ammar Firdaus bersuara, pasti ada sahaja ayat mengusik yang diselitkan.

“Wan! Ada call!”

“Siapa?” soal Wan Hazrill bengang.

Fokus Wan Hazrill beralih kembali kepada Keisha dan Ammar Firdaus. Wajah Keisha masih lagi merah padam, akibat penangan gurauan Ammar Firdaus.

“Wan!"

“Apa?!”

Jeritan Wan Hazrill nyata mematikan senyuman di bibir Ammar Firdaus. Keisha pula terkejut besar mendengar suara Wan Hazrill.

“Biasalah.. dia jealous saya bercakap dengan awak,” ujar Ammar Firdaus setelah Wan Hazrill sudah masuk ke dalam rumah.

Keisha hanya tersenyum.

“Err.. saya masuk dulu. Ada lagi kerja nak kena siapkan dekat dalam,” mohon Keisha setelah hampir seminit dia dan Ammar Firdaus hanya diam tanpa sebarang ayat.

Ammar Firdaus mengangguk sebelum menghantar langkah Keisha dengan pandangan matanya sahaja.



AKU pernah menutup pintu itu
Rapat..
Akankah pintu itu terbuka semula?
Adakah aku sendiri yang akan membukanya?
Andai sahaja aku mudah memberikan kemaafan..
Namun, aku bukan siapa-siapa..
Hanya seorang manusia..

Kerdil dan tidak sempurna
Menanti agar lembutnya hati menghulur kemaafan.


Telefon bimbit berdering, menandakan ada pesanan yang masuk. Keisha mencapai Sony Ericsson Arc S miliknya. Tertera nama Cik Azlinda di skrin. Ibu jarinya menyentuh ikon sampul surat.


‘Salam, Keisha. Saya dah emailkan satu draf untuk awak. Kali ni awak kena tulis buku kanak-kanak. Hujung bulan due date. Slowly. 30 muka je.’


Keisha merenung kalendar yang tergantung di dinding. Hari ini baru sahaja 8 Mac 2012. Masih panjang lagi masa untuk dia menyiapkan buku itu. Mujurlah buku itu hanya memerlukan tiga puluh muka surat sahaja.

Tetikus digerakkan dengan tangan kanan. Cursor dibawa ke peti masuk emailnya. Email daripada syarikat penerbitannya diklik. Draf yang dihantar dibaca sepintas lalu. Dia harus menulis semula cerita-cerita dongeng dahulu kala. Mudahlah sedikit kerjanya.


‘Waalaikumussalam, Cik. Saya dah baca draf tu. 
Saya just perlu olahkan ayat-ayat je, kan?’


Butang send disentuh dengan ibu jari. Keisha sabar menanti balasan Cik Azlinda sambil mencari koleksi kisah-kisah dongeng yang disimpannya. Memandangkan dia adalah seorang editor dan juga penulis, dia harus menyimpan buku-buku seperti itu. Manalah tahu kalau tiba-tiba sahaja dia diminta menulis semula karya-karya itu semua, seperti sekarang.

Sebuah kotak besar ditarik dari tepi meja komputernya. Buku-buku yang mengandungi kisah-kisah dongeng kanak-kanak tersusun elok. Terbatuk sedikit Keisha apabila habuk-habuk dari dalam kotak itu berterbangan keluar. Dia sebuah buku yang agak tebal. Dibukanya buku itu. Isi kandungan buku itu lengkap dengan pelbagai jenis kisah dongeng. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian Keisha. Tiada langsung gambar di mana-mana muka surat dalam buku itu.

Keisha mencapai sebatang pen dan kertas. Dia mencatat sesuatu. Kanak-kanak mudah bosan sekiranya mereka perlu membaca. Demi menarik minat kanak-kanak membaca buku, gambar-gambar perlu disertakan. Pasti mereka akan seronok membaca nanti. Itu baru satu point. Dia menyelak lagi helaian demi helaian buku itu. Point demi point di catatkan, bagi menambahkan elemen-elemen yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk membacanya.

Setelah selesai menulis apa yang perlu, buku tebal yang berada di tangan ditutup. Rapat. Dia kemudiannya bangkit sebelum bergerak ke arah beranda. Rumah Izz Rayyan yang kosong dipandang sepi. Rumah itu gelap seperti biasa. Tugas Izz Rayyan sebagai doktor sering membawanya keluar dari rumah. Adakalanya berhari-hari Izz Rayyan akan tidur di klinik.

Keisha menarik nafas panjang lalu mendekati barisan pokok bunga yang ditanam di dalam pasu. Satu keluhan kecil terbit dari bibirnya. Dia duduk mencangkung sambil tangannya gatal ingin menyentuh kelopak bunga yang berwarna-warni. Buat beberapa saat, dia hanyut dalam angannya sendiri.



“WOI, Kim!”

Harith Hakim yang sedang berjalan sambil menarik bagasi mematikan langkah. Kaca mata hitam ditanggalkan, lalu disangkut ke ke baju. Keningnya diangkat.

“Tunggulah Que kalau ya pun,” ujar Amirul Zaffuan.

Harith Hakim mengangguk. Hampir terlupa pula dia dengan sahabat baik mereka itu, Faliq Izham.

Kemudian, mereka berdua mencari kerusi yang masih kosong berdekatan dengan tempat mereka berdiri tadi. Buat seketika, kedua-dua jejaka itu sibuk berbalas pesanan kepada keluarga dan juga teman-teman rapat. Kepulangan mereka ke tanah air sungguh dinantikan. Namun, mereka sengaja pulang pada hari ini, lebih awal daripada jangkaan.

“Que ni.. tak habis-habis kena tahan,” bebel Harith Hakim.

“Biasa, bro! Bukan kau tak kenal budak tu. Cara dia pandang orang pun dah lain macam. Memang kenalah!” balas Amirul Zaffuan.

Harith Hakim menganggukkan kepala. Mengiakan kata-kata sahabatnya itu. Nak buat macam mana, memang itu sikap sebenar Faliq Izham. Renungannya tajam, seolah-olah menjemput orang lain menumbuknya. Suaranya apabila bercakap sentiasa sinis, manakala sikapnya dingin. Sedingin ketulan ais. Namun, hanya Harith Hakim serta Amirul Zaffuan sahaja yang mengenali sikap sebenar Faliq Izham. Selain Harith Hakim dan Amirul Zaffuan, layanan yang baik hanya diberikan kepada neneknya serta bapanya sahaja. Baginya, dia hanya punyai bapa dan neneknya sahaja di dunia ini.

“Miyul! Kim! Jom!”

Pandangan Harith Hakim dan Amirul Zaffuan jatuh pada Faliq Izham yang sedang berdiri di hadapan mereka. Seperti biasa, tubuhnya dibaluti dengan pakaian berwarna hitam dari hujung kaki ke hujung kepala. Kaca mata Ray Ban hitam melekat elok di batang hidung.

Akhirnya, ketiga-tiga jejakai itu bergerak meninggalkan lapangan terbang itu. Masing-masing melangkah dengan harapan agar kepulangan mereka ke tanah air ini bakal melengkapkan kekurangan yang selama ini dirasakan. Agar kepulangan mereka kali ini akan membawa seribu makna, terutamanya buat Faliq Fahmi.

19 Julai 2014

INFINITE (인피니트 ) – Back Lyrics [Hangul, Romanization & Translation]

Assalamualaikum dan selamat malam para pembaca dan semua yang terlibat dengan dunia blogging ni. Hehehe.. :p. Sebelum mula story, silakan jamu mata anda dengan gambar-gambar artis kegemaran aku yang baru je buat comeback Jumaat baru ni. :p :p :p






 






Yezza.. Sekali lagi INFINITE muncul dengan album baru yang berjudul "Be Back". Errr.. Actually bukan album baru. Hanya repackage album terbaru yang diterbitkkan pada bulan Mei haritu dengan tambahan dua lagu baru yang bertajuk "Back" dan "Diamond". Komen aku pasal lagu ni? Best!!! Hahaha. Comeback kali ni aku sangat puas hati. Hehe. Rentak lagu 'Back" ni memang best. Pada permulaan lagu, rentak slow je. Macam lagu sedih je bunyinya. Tapi bila dah sampai tengah sikit, baru rancak. Memang best la. Huhu.


Dari apa yang aku baca kat blog-blog hiburan, lagu kali ni agak berbeza dari lagu-lagu INFINITE yang sebelum ni. Tak silap aku, untuk dua lagu baru ni ada elemen orkestra digunakan. Mungkin sebab tu jadi lagi best kot. Hahaha. Maaf la. Tak study sangat pasal muzik ni. Janji lagu tu sedap didengar, kita layankan je. Kan kan kan? Hehe. Oh ya, lupa pulak. Dalam lagu ni, kedua-dua rapper (Dongwoo and Hoya) pun nyanyi sekali. Langsung takde rap dalam lagu ni. Mungkin ini antara kelainan yang cuba ditonjolkan pada kali ni. Agaknya la kan.. Huhu.

 
Comeback kali ni dorang tak keluarkan MV terlebih dahulu macam sebelum-sebelum ni. Selalunya dorang akan keluarkan MV dulu, then baru buat persembahan kat rancangan muzik. Lagu "Back" ni pertama kali dipersembahkan pada umum menerusi rancangan "Music Bank" pada 18.7.2014 baru ni. MV untuk lagu ni akan dikeluarkan pada 22 Julai (Selasa). Tak sabarnya. Haha. 


Pada aku, lagu ni cepat nak "tangkap or "hadam". Sekali dengar pun dah boleh tertarik. Berbeza dengan lagu "Destiny" and "Last Romeo" yang kena dengar banyak kali dulu baru boleh dihadam. Huhu. Tapi lagu "Back" ni  dah banyak kali la aku ulang dengar. Minat punya pasal kan. :-p Korang cuba la dengar. Aku tak tau apa pandangan korang. Hehe. Sebab citarasa semua orang kan tak sama. Hehe. Apa pun, jom tengok video persembahan INFINITE semasa dalam rancangan "Music Bank" and "Show! Music Core". So, kat bawah ni ada aku sertakan sekali lirik. Boleh nyanyi sama-sama. Haha. So, enjoyyyyyyy... :-P





(DONGWOO)
Come save me...come save me

(SUNGGYU)
 기억해줘 네 서랍속에
gieokhaejwo ne seorapsoge
 
기억해줘 네 지갑속에
gieokhaejwo ne jigapsoge...
 
내가 있던 흔적들을
naega itdeon heunjeokdeureul
 
하나도 빠짐없이 새겨줘
hanado ppajimeobsi saegyeojwo...

(HOYA)
 추억해줘 그 사진 속에
chueokhaejwo geu sajin soge
 남아있던 그 공간 속에

namaitdeon geu gonggan soge...
내 향기 다 내 숨결 다

nae hyanggi da nae sumgyeol da
 사라지지 않게

sarajiji anke...

(WOOHYUN)
 제발 날 지나쳐 운 봄날처럼

jebal nal jinachyeo un bomnalcheoreom
 바람처럼 놓지마

baramcheoreom nochima...
Can you save...
Can you save me...

(SUNGGYU)
 그래 날 스쳐 지난 향기처럼
geurae nal seuchyeo jinan hyanggicheoreom
 수많은 날들 말고

sumanheun naldeul malgo...
Can you save...
Can you save me...
 
(SUNGYEOL)
Save me...Save me

 (L / MYUNGSOO)
돌아와줘 I want you back back back back back
back back back back back
dorawajwo I want you back back back back back
back back back back back...
(SUNGGYU)
너와 내 기억 낙 시간에 맡겨두지 마
neowa nae gieok nak sigane matgyeoduji ma

(HOYA)
돌아와줘 I want you back back back back back
back back back back back
dorawajwo I want you back back back back back
back back back back back...
 (WOOHYUN)
 기다릴게 나 여기 남겨진 채 돌아선 채
gidarilge na yeogi namgyeojin chae doraseon chae
I say save me...

(DONGWOO)
Save...Can you save me

 (L / MYUNGSOO)
잊을 법한 기억들을 하나둘씩 되돌려
ijeul beophan gieokdeureul hanadulssik doedollyeo
 (SUNGGYU)
 계절이 자나 계절을 맞아
gyejeori jana gyejeoreul maja
(SUNGJONG)
널 다시 내 품에

neol dasi nae pume...

(DONGWOO)
제발 날 자나쳐 운 봄날처럼
jebal nal janachyeo un bomnalcheoreom
바람처럼 놓지마

baramcheoreom nochima....
Can you save...
Can you save me...

(WOOHYUN)
그래 날 스쳐 지난 향기처럼
geurae nal seuchyeo jinan hyanggicheoreom
수많은 날들 말고

sumanheun naldeul malgo
(SUNGJONG)
Can you save...
Can you save me...

(SUNGYEOL)
 시간에 맡기지 마
sigane matgiji ma...
날 추얼하려 하지 마 제발 제발 제발

nal chueolharyeo haji ma jebal jebal jebal
(WOOHYUN)
 하나도 지우지는 마
hanado jiujineun ma...

(L / MYUNGSOO)
돌아와줘 I want you back back back back back
back back back back back
dorawajwo I want you back back back back back
back back back back back...
(WOOHYUN)
너와 내 기억 낙 시간에 맡겨두지 마

neowa nae gieok nak sigane matgyeoduji ma

 (HOYA)
돌아와줘 I want you back back back back back
back back back back back
dorawajwo I want you back back back back back
back back back back back...
(SUNGGYU)
기다릴게 나 여기 남겨진 채 돌아선 채

gidarilge na yeogi namgyeojin chae doraseon chae
I say save me...

SUMBER
SUMBER



Nota Cik Rimau : So macam mana? Pandangan korang? Soalan khas untuk peminat KPop je. Hehe. Yang tak minat sah-sah kutuk kan. So, tak nak tanya. Kih kih kih. MV akan dimasukkan nanti bila dah dikeluarkan secara rasmi Selasa depan. Tunggu yer.. Hehe. Terjemahan lirik lagu ni dalam bahasa Inggeris akan di update kemudian je. Tak jumpa lagi orang share. Hehe. 

* Mesti ramai tertanya-tanya apasal la Cik Rimau ni suka sangat kat Infinite kan. Salah satu sebab : dorang kalau buat persembahan, selalu nyanyi live. Dorang boleh menyanyi dengan baik walaupun kena menari dengan macam-macam step. Tak banyak artis kpop boleh buat macam tu. Setakat yang Cik Rimau tau, antara group lain yang boleh menyanyi live dengan bagus sambil menari : Beast and SHINee. Yang lain Cik Rimau kurang ambik tau. Cuba la google sendiri kalau nak tau. Haha.. Ok. Papai. Jumpa lagi next time.. Hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...