Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

27 Ogos 2013

Di Sampingmu [2]

ADELIA QAISARA membuka mata. Jam loceng yang berbunyi nyaring diambil, lalu dimatikan bunyinya. Dia duduk bersila. Annur yang sedang lena tidur dipandang sepi. Memandangkan Annur mengalami monthly call, Adelia Qaisara merangkak ke hujung katil single yang dicantumkan dengan katil Annur. Dia bergerak ke katil bersaiz queen yang menjadi tempat Hannah dan Nadhira tidur.

“Hannah, bangun. Dah pukul enam suku. Jom solat,” bahu Hannah digoncang lembut.
 
Tiada reaksi. Dia beralih pula pada Nadhira, di sebelah Hannah.
 
“Dhira.. bangunlah. Dah pukul enam suku,” kali ini, ditepuknya bahu Nadhira perlahan.
 
Nadhira membuka mata lambat-lambat.
 
“Dah pukul berapa?” tanya Nadhira, cuba duduk.
 
“Enam suku. Jomlah cepat. Nanti kalau nak tidur, sambung lepas ni,” ujar Adelia Qaisara, dengan suara yang masih serak.
 
Nadhira mengangguk. Punggung Hannah ditepuk sedikit kuat. Hannah menggeliat.
 
“Bangun!” Nadhira berdiri. Tangan Hannah ditarik.
 
Akhirnya Hannah membuka mata. Telefon bimbit di bawah bantal diambil. Setelah memeriksa log masuk dan mesej, Hannah kembali meletakkan telefon bimbit ke bawah bantal. Dia bangun, mengikut langkah rakan-rakannya ke pintu bilik.
 
 
 
“LAPARNYA!” rungut Hannah. Modul Sistem Digit diletakkan ke meja bulat yang masih kosong. Cuma ada beberapa biji cawan yang memenuhi meja itu.
 
“Gap berapa lama?” tanya Nadhira. Duduk di sebelah Hannah.
 
“Sejam,” jawab Annur. Jam sudah menunjukkan angka sebelah setengah pagi.
 
Nadhira mengeluh.
 
“Apasal kejap sangat?” rungutnya. Gelas-gelas plastik yang ada di meja itu disusun bertingkat. Annur meletakkan cawan-cawan itu ke meja kosong berhampiran dengan mereka. Adelia Qaisara pula mengeluarkan tisu dari dalam beg, dan mula mengelap permukaan meja yang basah dan melekit. Begitulah kebiasaan yang sering mereka lakukan. Mengalihkan gelas, mengelap. Kata pak cik kafé, dia kekurangan pekerja. Sebab itulah pelajar terpaksa menunggu sebelum meja di kafe itu dilap. Adelia Qaisara dan Annur duduk bersebelahan.
 
“Jomlah makan,” ajak Adelia Qaisara. Beg duitnya dikeluarkan. Sekeping wang sepuluh ringgit dilipat. Beg duitnya kembali disimpan. Yang lain turut melakukan hal yang sama.
 
“Mak cik, nasi goreng ayam kunyit ada?” tanya Annur. Menu di papan yang tergantung itu ditatap.
 
“Alah dik.. dah habis dah semua. Ramai budak-budak makan kat sini hari ni,” kata mak cik yang menjual makanan bergoreng di situ.
 
“Aku nak makan sosej dengan nuggets jelah,” ujar Adelia Qaisara. Dia berjalan mendahului rakan-rakannya. Mereka hanya mengikut. “Eh, korang try la tengok kat sana. Aku malas nak tunggu lama.”
 
“Aku pun malas,” kata Annur. “Lagipun, kelas habis pukul dua setengah. Balik nanti, makanlah puas-puas,” balas Annur. Dia tersenyum.
 
Adelia hanya mengangguk. Mereka mula memilih pelbagai jenis nuggets untuk dipotong dan dicampurkan dengan sos lada hitam, sos cili dan mayonis. Tidak ketinggalan juga sepinggan keropok lekor dan tisu.
 
“Annur, kau bawak ni boleh? Aku belikan air,” Adelia Qaisara menawarkan diri membeli air untuk Annur sewaktu melewati kawasan menjual air. Pinggan bertukar tangan. “Nak air apa?” tanya Adelia Qaisara.
 
“Beli jelah teh o’ ais,” jawab Annur tersengih.
 
Baru sahaja Annur dan Nadhira melangkah, Hannah menahan mereka.
 
“Dhira! Kau tolong bawak ni sekali,” ujar Hannah. “Nak air apa?” tanyanya.
 
“Apa-apa pun boleh,” balas Nadhira, sebelum berlalu meninggalkan Adelia Qaisara dan Hannah.
 
Adelia Qaisara dan Hannah mula memesan air. Sedang mereka menunggu sambil berbual. Tanpa sengaja, Adelia Qaisara terlanggar jag yang berisi air kosong. Habis tumpah air di dalamnya.
 
“Pak cik, minta maaf. Saya tak sengaja,” pohon Adelia Qaisara. Wajahnya bertukar kelat.
 
“Eh, tak apa. Banyak lagi air boleh ganti,” kata Pak Man.
 
Adelia mengangguk lemah. Bibirnya mengukir senyum paksa. ‘Malunya aku!’ getus Adelia Qaisara dalam hati. Mana tidaknya, sudah ramai pelajar yang memenuhi ruang makan itu. Tiba-tiba ada seseorang meletakkan jag yang sudah kosong ke sebelah Adelia Qaisara. Adelia Qaisara cepat-cepat menoleh. Kelihatan seorang jejaka sedang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu agak tinggi. Adelia Qaisara terpaksa mendongak untuk melihat wajah lelaki tersebut.
 
Kulitnya yang cerah seolah terbakar, mungkin kerana bahang mentari yang sudah mula memancar terik. Nampak merah-merah mukanya. Keningnya agak tebal dan lebat. Bibirnya merah, hidungnya sedikit mancung. Adelia Qaisara beralih pada bahagian mata jejaka itu. Matanya sangat cantik! Matanya berwarna coklat muda ataupun hazel. Namun, nampak sedikit sepet matanya. Kacaknya! Nampaknya dia bukan seorang pelajar di situ. Dia mengenakan sehelai kemeja bercorak segi empat berwarna merah dengan sepasang jeans bewarna hitam. Di kampus ini, pemakaian jeans adalah sangat dilarang. Adelia Qaisara cepat-cepat melarikan mata sebaik sahaja matanya bertembung dengan pandangan lelaki itu.
 
“Pak cik, ada tisu?” tanya lelaki itu. Suaranya yang kedengaran tenang itu membuatkan dada Adelia Qaisara berombak kencang.
 
Adelia Qaisara berpaling melihat lelaki itu. Baju kemeja yang dipakainya bertompok-tompok dibasahi air. Terlopong mulutnya. Tisu dalam genggaman di keluarkan dari plastik. Matanya dipejam seketika. Dia nekad. Baju lelaki itu ditariknya lalu dilap dengan tisu di tangan. Lelaki itu dan Annur ternganga.
 
“Sorry. Saya tak sengaja. Saya terbasahkan baju encik,” Adelia Qaisara meminta maaf sambil tangannya terus mengelap baju yang basah itu dengan tisu.
 
“No, no. It’s okay. Small matter je ni,” ujarnya sambil tersenyum. Matanya jatuh pada raut wajah Adelia Qaisara.
 
Adelia Qaisara berhenti dari mengelap baju lelaki itu. Sempat juga dia mengerling pada kad nama yang tergantung pada leher lelaki itu. Nama yang tertulis di situ, Project Manager + CEO : Lee MAF. Adelia mengerdipkan kelopak mata. Namun gagal meneka apakah maksud MAF itu. Lee tu tahulah dia. Nama keluarga bagi orang berbangsa Cina, ataupun Korea.
 
“Jom, Sara!” suara Hannah membawa Adelia Qaisara kembali ke alam nyata. Sebelum dia berlalu, sempat juga tisu yang masih berada ditangan dimasukkan ke dalam kocek kemeja lelaki itu tanpa sebarang kata. Air diambil, dibayar dan dia terus berlalu.
 
“Lambatnya beli air?” sapa Nadhira setelah Adelia Qaisara dan Hannah kembali duduk di kerusi mereka.
 
“Tadikan, ada drama kat sini,” kata Hannah tersengih.
 
Tangan Adelia Qaisara laju menampar bahu Hannah.
 
“Drama apa?” soal Annur, teruja.
 
“Alahhh.. drama tertumpah air. Lepas tu, jatuh cinta!” seru Hannah tergelak. Tangannya didepang-depangkan.
 
“Mana adalah. Pandai je Hannah ni,” celah Adelia Qaisara. Bibirnya sengaja dijuihkan.
 
“Hisyyy! Betul-betullah korang ni. Main-main pulak,” Annur mula menarik muka.
 
Melihatkan wajah masam Annur, ketiga-tiga mereka tergelak.
 
“Aku tak sengaja tumpahkan air masak tadi. Aku tak perasan pulak ada orang kat sebelah aku. Masa tu, air tumpah tu terkena dia. Habis basah baju dengan seluar dia. Nasib baik air tawar. Kalau air manis, bersemut la,” jelas Adelia Qaisara. Sempat dia membuat lawak.
 
“So, siapa the lucky guy?” tanya Annur.
 
“Nampaknya kau yang berminat lebih-lebih ni,” usik Hannah. Mereka ketawa lagi. “Aku rasa bukan study kat sini. Pensyarah pun bukan. Tapi, handsome habis,” kata Hannah. Sirap dalam gelas disedut perlahan.
 
“Handsome ke?” kali ini, Nadhira yang nampak teruja.
 
“Handsome la. Masing-masing tak lepas pandang,” tambah Hannah.
 
Adelia Qaisara mencubit lengan Hannah perlahan.
 
“Mana adalah,” tingkah Adelia Qaisara. Wajahnya diserbu darah merah.
 
“Muka dah merah tu, nak sorok lagi?” sakat Nadhira. Nampaknya apa yang diperkatakan Hannah benar. Jika tidak benar, wajah Adelia Qaisara tidak akan berubah seperti itu.
 
“Dah,dah. Takkan aku jumpa dia dah. Tadi Annur cakap dia bukan study kat sini, bukan pensyarah. Once and last,” tukas Adelia Qaisara lagi.
 
“If ada peluang, boleh jumpa kot. Nak jumpa dia lagi?” soal Hannah. Bibirnya mengukir senyum jahat.
 
“Mana adalah. Stop it. Jom makan. Nanti tak sempat pulak,” Adelia Qaisara menyuap sepotong keropok lekor ke mulut. Rakan-rakannya tergelak.
 
 
 
“KALAU macam tu, esok dah boleh baliklah, kan?” suasana bilik hotel itu dipenuhi dengan bau minyak wangi berjenama Boss. Saiful baru sahaja habis mandi. Tuala yang sudah digunakan dilipat pada bidai yang tersedia.
 
Adam Farhan yang tadinya leka menghadap komputer ribanya mengangkat wajah. Dia mengangguk, dan kembali menghadap skrin komputer itu.
 
“Dahlah, Han. Esok-esok sambung. Kau ni, asyik kerja, kerja, kerja. Tak bosan ke?” Saiful duduk di katil bersebelahan dengan Adam Farhan. Dia berbaring sambil menekan butang-butang di telefon bimbitnya.
 
“Yelah siapa lagi bapak aku nak harapkan kalau bukan aku? Si Nia adik aku tu, mentah lagi. Baru habis SPM. Ni, nak sambung belajar kat UITM. Siapa lagi nak kena settlekan ni semua kalau bukan aku? Kesian bapak aku,” ujarnya.
 
“Tak ada hal kalau kau nak kerja. Carilah girlfriend. Tengok aku, on the way nak ada sorang anak. Kau? Bila lagi?” soal Saiful.
 
“Kau lain. Aku muda lagi. Kau dah tua sikit daripada aku,” kata Adam Farhan. Dia baru sahaja berusia dua puluh lima tahun, manakala Saiful pula sudah berusia dua puluh lapan tahun. “Lagipun, banyak benda atas bahu aku ni,” tambah Adam Farhan.
 
“Yelah. Betullah apa yang kau cakap tu. Padahal beza umur kita tiga tahun je Han. Tapi, Dato’ sendiri yang suruh aku carikan kau bakal isteri. Aku kenalkan, kau tak berkenan. Sekurang-kurangnya, kenallah dengn mana-mana perempuan, kawan dulu. Baru lega sikit hati Dato’ dengan Datin. Bab kerja, ramai lagi orang kanan Dato’ yang boleh buat. Kau je yang banyak fikir.”
 
Adam Farhan mengeluh. Apa yang diperkatakan Saiful benar belaka. Dia kehilangan masa mudanya kerana kerjaya. Walhal, ramai perkerja yang mampu melakukan tugas yang sedang dilakukannya sekarang. Hidupnya mulai kosong sejak Diana menyambung pelajaran ke luar negara. Kini, sudah hampir enam tahun Diana berada di perantauan. Langsung tiada khabar berita mengenai Diana sejak gadis itu pergi meninggalkannya. Farah Diana. Seorang gadis yang kasar dan berpewatakan seperti lelaki. Merupakan sahabatnya sejak dia bersekolah, namun dia ada menyimpan perasaan terhadap Diana. Mengetahui akan cinta Adam Farhan terhadapnya, dia nekad untuk keluar negara. Baginya, Adam Farhan hanya seorang teman akrab, dan tidak lebih daripada itu.
 
Komputer ribanya diletakkan ke meja sisi di tepi katil. Jauh fikirannya menerawang. Entah bagaimana, gadis yang menumpahkan air kosong di bajunya kembali muncul di layar mata. Wajah kelam-kabut gadis itu masih jelas terbayang. Dia terasa ingin ketawa. Tetapi, ada keikhlasan yang bertaut di mata gadis itu. Senyuman yang terukir di bibir gadis itu nampak kekok.
 
“Orang-orang Ipoh ni, lawa-lawakan?” tiba-tiba sahaja terpacul ayat itu daripada mulut Adam Farhan. Dia merebahkan badan ke tilam empuk, sambil meletakkan lengan di dahi.
 
“Hai.. dah ada yang tersangkut ke?” soal Saiful curiga. Dipandang sekilas pada Adam Farhan. “Siapa?” tanyanya lagi.
 
“Tersangkut apa? Ingat ikan ke main sangkut-sangkut?” seloroh Ameer Farhan. Dia tergelak.
 
“Eh, tahu pulak kau buat lawak. Ingatkan dah lupa,” usik Saiful. Dia ketawa terbahak-bahak. “Jangan-jangan kau jatuh hati kat minah yang tertumpahkan air kat kau tu tak?”
 
Adam Farhan menggeleng.
 
“Aku dengar, kawan dia panggil dia Sara. Sara ke Sarah. Tapi antara dua tu jelah,” balas Adam Farhan.
 
“Lawa tak budak tu?” Saiful mula menunjukkan minat.
 
“Lawa. Bersih je muka dia. Masa dia senyum kat pak cik yang jual air tu, aku nampak ada lesung pipi. Tapi entahlah. Kali ni je kot dapat jumpa dia,” jawabnya. Walhal, setiap inci wajah itu masih terpahat dalam mindanya. Jika diberitahu akan kebenaran ini, sudah pasti Saiful tidak habis-habis mengusiknya.
 
“Kau lupakan je Farah Diana. Bina hidup baru. Kita ni tercipta untuk orang yang memang diciptakan untuk kita. Kau teruskan mencari, lupakan Diana. Tapi, bila ada wife nanti, jangan la asyik kerja je. Kesian bini kau nanti.”
 
“Lupakan dia? Entahlah, Saiful. Aku pun tak pasti. Kadang-kadang aku lupa. Kadang-kadang aku ingat semua pasal dia. Aku sendiri pun tak faham,” keluh Adam Farhan.
 
Saiful menggeleng. Semoga kau cepat-cepat kahwin, bisik hatinya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...