Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

12 Januari 2013

INFINITE H - Fly High

Assalamulaikum and selamat pagi semua...


Selamat hari Sabtu semua. Apa aktiviti korang semua harini? Cik Rimau memerap kat rumah jela sepanjang harini. Ikutkan nak pergi office untuk settlekan kerja sikit. Tapi bila dengar jalan kat sekitar office Cik Rimau ditutup, terpaksa la batalkan je niat tu. Esok jela pergi. Lagipun esok ada lagi beberapa orang kawan office Cik Rimau yang akan join. So, untuk harini boleh la berehat sepuas-puasnya. Yahoooooo.. Seronoknya!!! (Dah lama kot asyik kerja je hari Sabtu). Boleh la layan 3 Idiots. Hahaha. (Layan jugak walaupun dah banyak kali tengok. Hehe)


So, apa motif Cik Rimau update awal-awal pagi ni. Selalu malam-malam baru nak menaip kan. Motifnya, harini Cik Rimau saja nak share pasal group kegemaran Cik Rimau tu. Of course la group Infinite. Haritu aku ada citer yang dua orang daripada ahli Infinite (Hoya & Dongwoo) akan keluarkan mini album di bawah sub-unit yang dinamakan INFINITE H (H untuk hip hop). And untuk makluman korang, Infinite H dah pun debut dengan lagu 'Special Girl' kat M! Countdown pada 10 Januari 2013 dan kat Music Bank pada 11 Januari 2013. And pada pukul 5 petang 10 Januari 2013 tu pulak, INFINITE H adakan showcase selama satu jam kat Seoul UNIQLO-AX. Ahli Infinite yang lain pun ada join showcase ni. (Sunggyu & Woohyun sebagai MC, L, Sungjong & Sungyeol sebagai penonton). 


Hoya & Dongwoo

Untuk makluman korang, INFINITE H membawakan lagu-lagu berkonsep hip hop. Lagu-lagu dalam mini album Fly High ni mendapat sentuhan dari nama-nama terkenal seperti Primary, Dynamic Duo, Zion. T, Beenzino, Bumkey dan lain-lain. Ada lima lagu dalam album ni. 
       
1. Victorious Way
2. Special Girl feat. Bumky
3. Without You feat. Zion. T
4. I Can't Tell You 
5. Fly High feat. Baby Soul






Setakat ni, lagu 'Special Girl' berada di tangga teratas dalam carta Naver, Daum, Nate and beberapa carta muzik utama yang lain. Lagu Victorious Way, Without You, I Can't Tell You and Fly High pun berjaya memasuki senarai top 10 dalam carta muzik. Tak pasti berapa lama lagu-lagu ni akan bertahan dalam carta. Mungkin sekejap je memandangkan ada banyak artis yang sedang dalam proses nak keluarkan single and album baru. Tapi takpe la. Sekurang-kurangnya INFINITE H dah buktikan yang lagu-lagu dorang dapat diterima ramai, terutamanya aku. Haha. INFINITE H, fighting! 



Nota Cik Rimau :  Suka group INFINITE ni. Selalu support satu sama lain. Terutamanya ketua kumpulan (Sunggyu) yang dipilih oleh INFINITE H ni sebagai ahli yang paling banyak tolong dorang. Sunggyu la paling rajin tunggu dorang balik ke dorm. Comel je kan grandpagyu ni. Haha. Cik Rimau peminat INFINITE okeh. Ekeke... INFINITE forever. :p

1 ulasan:

Unknown berkata...

ngepop....atok suko lagu fantastic baby tu...
*alamak pecah lobang ikuti perkembanagan k-pop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...