Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

04 November 2012

Nyaris Dijual

Assalamualaikum and selamat petang..


Aku agak kebosanan petang ni. Rancangan kat tv pun takde yang best. Tak mampu nak menarik minat aku untuk terus menonton. Haissshh. Tv oh tv, tolonglah siarkan rancangan best sikit. Huhu. Ok, tak payah nak melalut panjang-panjang. Tengok tajuk entri tu. Nyaris dijual. Woahhh.. Dijual? Sape? Barang ke orang? Nak jual kenapa? Siapa yang nak jual tu? 


Actually, yang nyaris dijual tu adalah AKU. Aku okeh yang hampir dijual tu. Kenapa nak jual? Aku pun tak dapat kenalpasti tujuan orang tu nak jual aku. Siapa yang nak jual aku? Err... Patut ke aku bagitau sape? Hurmmm.. Sebelum ni pun aku pernah cerita pasal dia ni kat entri ni. (Sila rujuk perenggan 17 dalam entri tu.) Dia pernah cakap nak tolong masa aku ada masalah dulu. Dia suruh aku ikut sepupu aku tinggal kat KL. Aku tak berani nak ikut sebab aku tak pasti sama ada orang yang dia bawak tu betul ke tak sepupu aku. Sudahnya, dia mengamuk sakan sebab aku tak nak dengar cadangan tu.


Kejadian tu dah lama pun berlalu. Hampir empat tahun kot. Sejak tu, aku memang tak pernah contact dia. Untuk apa pun. Aku dapat rasakan yang dia ada niat jahat pada aku. And ternyata sangkaan aku tu tak salah. Kebetulan masa raya haritu, aku dapat tau cerita sebenar. Tentang niat sebenar dia cari aku dulu. Aku dapat tau cerita tu pun daripada family angkat aku. Mak angkat aku tanya, pernah tak pakcik aku tu cari aku dulu. Aku cakap pernah. Then, dia tanya sama ada aku tau atau tak tujuan sebenar pakcik tu cari aku. Aku cakap la yang pakcik tu konon nak tolong aku.


Lepas aku jawab tu, terus mak angkat aku cakap, jangan percaya cakap pakcik aku tu dah. Mak angkat aku dapat tau daripada sepupu aku yang tinggal kat kampung tu. Rupa-rupanya, pakcik aku tu memang ada niat jahat kat aku. Terkejut aku bila dapat tau cerita sebenar. Macam tak percaya pun ada. Ingatkan dalam drama je ada. Tak sangka pulak boleh jadi kat aku. Haiissh.. Ada ke patut dia nak jual aku. Entah kat sape la agaknya nak dijualnya tu. Jual pulak dengan harga RM 3000. Tak patut betul. Aku ni orang, bukan barang. Paling tak patut, dia sebagai pakcik aku sepatutnya jadi pelindung. Tapi dia tak. Sangat mengecewakan. Lepas dapat tau cerita ni, memang sampai bila-bila la aku takkan contact dia dah. Sampai bila-bila!



Nota Cik Rimau : Cik Rimau maafkan dia. Tapi untuk anggap dia sebagai pakcik (abang kepada arwah mak) mungkin agak susah. Memaafkan memang boleh, tapi untuk melupakan memang payah. Mungkin sampai bila-bila pun Cik Rimau takkan lupakan apa yang dia cuba buat kat Cik Rimau satu masa dulu.

01 November 2012

Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0

Assalamualaikum and selamat tengahari...


Harini nak share something dengan korang semua. :p Mungkin ada yang dah tau kot. Tapi tak salah rasanya kalau aku pun nak share jugak. Hehe. Aku pun baru je dapat tau dari kawan office aku ni. Berkenaan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0. Ada yang tengah tercari-cari ke link nak isi online tu? Kalau ada, silakan klik link kat bawah ni. Hope dapat membantu. :p


Isi Borang BR1M 2.0 Secara Online 
(Boleh jugak untuk kemaskini maklumat bagi pemohon sedia ada)




Nota Cik Rimau : Lebatnya hujan kat sini. Rasa macam nak je bawak selimut ke office. Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...