Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

10 Julai 2011

Borak Kosong

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Hai semua. Hehe. Ada lagi ke yang sudi singgah blog aku ni ek? Haiiisshhh.. Lama betul aku tak update. Bukan takde benda nak dikongsikan. Cuma mood and laptop tengah problem yang membuatkan aku malas nak lepak kat sini. Bosan la. Nak pergi hantar kedai, bajet dah lari. Claim OT bulan lepas pun tak masuk-masuk lagi. Jawabnya terbiar jela laptop aku tu kat dalam bilik. Nak repair sendiri karang, jadi tikus membaiki labu pulak kan? So, better serahkan pada yang pakar bila poket dah penuh nanti. Hahaha. 

Ikutkan aku nak membebel panjang malam ni. Al maklumla. Lepas geram after beberapa hari tak dapat membebel. Banyak benda yang aku nak ceritakan kat sini. Tapi cancel dulu la. Lain kali je kot. Tau sebab apa? Sebabnya kan.. Hehe.. Tiba-tiba aku teringat nak bukak blog wordpress aku yang dulu tu. Aku ingatkan aku dah lupa password. Faham-faham jela kalau dah dekat dua tahun tak log in. Mujur betul id and password. So, apa lagi? Layan blog tu la jawabnya. Edit template la. Ubah banyak benda. Saja je gatal nak edit. 

Actually, aku still tak tau apa nak dibuat dengan blog tu. Nak delete, sayang pulak. Aku buat tu sejak tahun 2008 lagi. Walaupun tak banyak post, tapi itu first time aku start main blog ni. Ada cadangan tak? Apa nak dibuat dengan blog tu?? Hehe.

Ok la. Nak layan movie pulak. Nite semua..


Nota Cik Rimau : Cik Rimau rasa macam berada dekat negara yang tengah berperang je hari Jumaat lepas. Office Cik Rimau kan dekat dengan Balai Polis Bukit Aman tu. Nampak banyak trak polis kat jalanraya. Seriau Cik Rimau tengok. Rasa tak selamat. Hurmmm.. Apa citer ek BERSIH semalam? Cik Rimau agak ketinggalan ni. Hik hik hik.

6 ulasan:

amry berkata...

Apakata blog cik rimau tu dibuat errr....err....dibuat blog la..wakakaka...jangan mare..gurau jer...Peace yo..

BERSIH.....sedih.... :( Mungkkin tak kan berlaku kalau pemerintah dengar suara rakyat....oPS..berbau politik sudahhh

Prince Halilintar berkata...

cik rimau kene tampil lebih garang mcm harimau sikit kot..hahahaha

singgah2 la ke blog prince ye..prince pun baru aktif berblog semula ni..

Ayie Abas berkata...

CIK IJA...APA...? AWAK KOMPUTER DAH OKEY KE?

Cik Rimau berkata...

amry : haha.. hampeh.. hurmmm.. cik rimau xlayan politik.. hehehehe

Cik Rimau berkata...

Prince : er.. xcukup garang ag ke nie.. hehe... ok.. tq yer.. :-)

Cik Rimau berkata...

Ayie : hehe.. belom ag la.. bajet lari raye nie.. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...