Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

27 Jun 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum and salam sejahtera...

Tak nak story panjang macam biasa. Mood sedih ni. Huwaaaa.. Geram, marah, semua tengah bercampur ni. :-( Puncanya nanti la aku ceritakan eh. Sekarang nak story benda lain. Pasal apa yang terjadi masa aku nak balik kerja petang tadi. Memang ngeri la aku rasa. Tak pernah lagi jadi depan mata aku. Ini baru pertama kali. Memang menggeletar kepala lutut aku tengok kejadian tu

Masa balik tadi, macam biasa la kan. Naik bas. Aku keluar awal harini sebab ada hal sikit kat rumah. Tapi aku agak bengang sikit la sebab terlepas bas. Elok-elok aku turun dari tangga LRT Pasar Seni, bas nak ke tempat aku dah jalan. Hampeh betul. Terpaksa tunggu lama. Naik je bas, dapat kawan baru. Haha. Ok la tu kan. Tak sangka pulak kitorang duduk dekat je. Anak polis tu. :-)

Tengah sedap-sedap sembang dengan kawan baru tu, sedar tak sedar dah sampai kat Brickfields / KL Sentral. Ala.. Yang dekat dengan stesen minyak Esso tu. Kalau tak silap la. Aku perasan ada sorang uncle tu tengah nak tahan bas yang aku naik tu. Aku perhati je dia. Aku ingatkan pemandu bas tu nak berhenti. Tak sangka pulak dia terus jalan. Aku nampak uncle tu betul-betul antara bas yang aku naik dengan satu lagi bas yang berhenti ambik penumpang kat situ.Aku bajet uncle tu akan kena gesel antara bas tu kalau bas terus jalan. 

And ternyata, apa yang aku jangkakan tu memang jadi nyata. Uncle tu memang tergesel sampai terjatuh celah bas tu. Seriau aku. Berderau darah bila tengok uncle tu tiba-tiba hilang dari pandangan. Terus aku tutup mata. Aku takut betul masa tu. Kot-kot la uncle tu kena gilis dengan tayar bas ke. Mujur masa uncle tu jatuh, orang-orang dalam bas tu menjerit suruh pemandu berhenti. Semua naik risau. Pemandu tu boleh pulak marah-marah balik. Patutnya dia takut la. Sebab dah ada yang hampir mati sebab dia. Ada ke patut marah pulak. 

Aku pun sibuk la meninjau. Nak tau la apa jadi kat uncle tu. Aku nampak ada sorang mamat cuba angkat uncle ni. Tapi tak berjaya. Mungkin sebab ruang antara dua bas tu terlalu sempit. Sudahnya, pemandu bas tu sendiri yang pergi tolong. Alhamdulillah uncle tu dapat diselamatkan. Aku tak pasti ada cedera ke tak. Hope dia ok la. Tapi agak pelik jugak la. Macam mana la polis kat bawah khemah tepi tempat tunggu bas tu boleh tak perasan. Haissshh.. 

Tapi kan, dari kejadian ni aku dapat perhatikan satu perkara. Tentang sikap manusia. Tak sangka kan, dalam kota metropolitan yang mana majoriti penduduknya mengamalkan sikap tidak ambil peduli terhadap orang sekeliling, rupa-rupanya masih ada lagi sikap murni dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, sikap tolong-menolong. Macam tadi. Berapa ramai yang nak menolong uncle tu. Siap ada yang pergi bagitau polis kat situ, ada yang pergi tahan bas yang lagi satu tu daripada bergerak (takut tergilis uncle tu) and ada jugak yang cuba mengeluarkan uncle tu. Walaupun usaha mamat yang cuba keluarkan uncle tu tak berjaya, pada aku, dia patut dipuji. Bukan dia je. Semua yang cuba membantu tadi, patut diberi pujian. Sebab masih mengekalkan sikap murni dalam diri.

Apa pun, aku rasa macam nak je tegur pemandu-pemandu bas or kenderaan awam. Dorang macam tak ambil berat hal keselamatan penumpang. Hati-hati la sikit. Haritu adik aku nyaris jadi mangsa atas sikap pemandu yang tak bertanggungjawab. Pasal tu nanti jela aku cerita. Aku tak maksudkan semua pemandu ye. Aku maksudkan mana-mana yang mengamalkan sikap macam tu je. Hope jangan ada yang hentam aku pulak lepas ni. Hehe.


Nota Cik Rimau : Cik Rimau sedih ni tau. Laptop tak boleh on. Motherboard rosak. Nak baikkan pun kena tunggu bulan depan la jawabnya. Banyak nak guna duit ni. Huhu. Ni pun online guna laptop adik Cik Rimau je. Pasni makin susah la nak blogging. Nak melawat rumah korang pun tak boleh sangat. Hope korang tak anggap Cik Rimau sombong la eh kalau Cik Rimau tak dapat singgah blog korang. :-(

26 Jun 2011

Jom Layan Jiwang

Assalamualaikum and selamat sejahtera semua..


Jom layan jiwang malam ni nak tak? Haha. Aku tengah layan lagu Stacy and Nurul ni. Best pulak bila dengar banyak kali. Mau aku karaoke lagu ni nanti. :-) Lagu apa la Cik Rimau layan ni kan? Actually tengah layan lagu Kisah Dongeng. Suka la dengar rentak and lirik lagu ni. Macam kena je dengan aku yang tak berapa nak ada rupa ni. Haha. Nak tau kenapa aku suka liriknya. Meh sini baca. Korang baca sendiri la ek. Hehe. Nak nyanyi terus pun, ikut suka korang la. :-)


KISAH DONGENG - STACY

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Lagu Nurul tu pulak saja je layan sebab Abang Mat (kawan sepejabat) suka bukak. Melekat pulak kat otak aku. Layan sekali jela jawabnya. Boleh tahan la rentak and liriknya. Tapi lebih kepada macam orang putus cinta je. Hak hak hak. Aku tak putus cinta eh. Aku layan sebab suka dengar je. Hehe. 


Kerana Terluka - Nurul

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menentukan...

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa


Kalau ada yang tak tau lagu apa ni, google la sendiri eh. Nak tau rentak macam mana, boleh cari kat youtube. Hehe. Aku malas nak uploadkan. Lembab gila internet malam ni. Haisshh..



Nota Cik Rimau : Pelik la dengan seseorang ni. Tiba-tiba baik dengan Cik Rimau. Ada udang sebalik batu ke. Takkan tiba-tiba je. Hurrmm... Nanti la Cik Rimau story eh. Nak layan cerita Korea pulak. Hehe. Papai.

Update Pukal 3

Assalamualaikum and selamat malam..


Kembali membebel lepas dah berapa hari entah aku tak menaip kat sini. Huhu. Takde cerita menarik nak kongsi pun. Harini aku tak ke mana-mana. Duduk rumah je. Tengah hari tadi hujan lebat. Nak online pun naik takut. Sudahnya tertidur. :-) Teruk kan?


Semalam je aku ada keluar rumah. Bukan keluar jalan-jalan. Keluar ke office lor. Kerja, kerja dan kerja lagi. Haha. Terpaksa wehh.. Aku tak sempat nak siapkan pergerakan gaji staff-staff yang dapat kenaikan bulan Julai ni. Mampus kena maki kalau tak buat. Huhu. Serabut sikit kebelakangan ni. Banyak benda nak kena kejar. Penat wooo..


Macam yang aku story sebelum ni, Khamis and Jumaat lepas aku ada kursus kat kementerian. Kursus berkaitan dengan sistem HRMIS. Banyak jugak benda yang aku belajar. Tapi tak puas hati sebab komputer tak cukup. Monitor je ada. CPU mana pergi entah. Dorang tengah repair kot. Tapi tu la kan, tak buat praktikalnya. Mana nak tangkap sangat apa yang diajar. Asyik teori je. Hurrrmm.. 


Hari Jumaat tu, kursus sekerat hari je. So, tamat je kursus tu area pukul 12 tengahari, aku naik teksi balik office. CC Zaini Othman awal-awal lagi dah cabut. Dia kata malas nak masuk balik. Hampeh betul. Actually, aku teragak-agak jugak sebenarnya. Sama ada nak balik rumah or balik office semula. Sudahnya aku pilih balik ke office je sebab banyak kerja nak kena settle. Yang tak bestnya, bila sampai office, ramai pulak yang tanya kenapa aku masuk balik. Uikk.. Masuk kerja pun salah ek?? Karang kalau ada yang dapat tau kursus habis awal, tapi aku tak masuk office semula, bising pulak kata aku malas la apa la. Tak faham betul. Huhu.


Aku ingatkan dapat la buat kerja dengan tenang. Tapi ada pulak orang yang mengganggu kerja aku. Sibuk betul. Aku nak buat kerja okeh. Bukan nak menyembang. Kalau aku tau macam tu jadinya, tak payah masuk balik pun takpe. Baik duduk rumah. Ye tak? Disebabkan malas nak layan punya pasal, aku saja je keluar awal sebelum pukul 4.30 petang. Puas hati. Haha. Nak OT pun macam rugi je. Yerla, aku dah dikira berkursus haritu. Kalau OT pun, bukan boleh kira. Punch card masa masuk kerja takde. Huhu.



Nota Cik Rimau : Cik Rimau tak suka kalau orang terlampau ambik tau kisah peribadi Cik Rimau. Ada masa Cik Rimau boleh cerita, Cik Rimau cerita. Tapi kalau Cik Rimau nak simpan sendiri pun, itu hak Cik Rimau kan? Tak perlu paksa Cik Rimau cerita apa yang Cik Rimau tak nak kongsi dengan orang lain. Susah ke nak faham? <-- Tuju kat beberapa orang. Sorry kalau terasa. :-)

22 Jun 2011

I'm Back

Assalamualaikum and selamat malam...


Lama gila aku tak update blog ni kan? Haha. Sindrom malas dah mula melanda diri. Kih kih kih. Ikutkan setiap hari aku bukak je blog ni. Tapi bila masa nak menaip je, mood malas pun datang dengan tiba-tiba. Alasan semata-mata. :-) Actually, banyak betul benda yang berlaku sepanjang aku tak membebel kat sini. Hal-hal peribadi and hal-hal yang terjadi kat orang sekeliling aku. Nak story ke tak ek? Korang nak tau ke? Hurmm.. Macam tak nak je. Hehe. Ah.. Tak kira. Aku nak cerita jugak. Hehe.


Minggu lepas, mood aku agak tak stabil. Bukan agak dah. Aku rasa memang tak stabil pun. Rasa nak marah orang je. Sape cari pasal dengan aku, memang dapat la ayat pedas dari aku. Haha. Actually, minggu lepas aku ada problem sikit. Memang aku tak tau nak settle macam mana. Asyik fikirkan sangat kot. Sampai mengganggu konsentrasi and mood aku. Haissshh.. Aku mintak maaf la ye pada sesiapa yang terkena tempias kemarahan + kerunsingan aku sepanjang minggu lepas. Hehe.


Seperti yang aku ceritakan pada entri sebelum ni, aku rasa mungkin ada antara korang yang mungkin terbaca berita berkaitan dengan kes yang melibatkan salah seorang pegawai di jabatan aku tu. Kematian isteri and anak Encik Yoon yang berkemungkinan besar diakibatkan oleh kecuaian hospital. Lepas dah dengar cerita daripada staff Encik Yoon berkaitan kes ni, aku sendiri pun setuju memang kes ni berlaku disebabkan kecuaian oleh pihak hospital. Untuk makluman korang yang masih belum tahu lagi, mendiang isteri Encik Yoon ni meninggal di hospital swasta. Bukan di HKL. Encik Yoon bawak mendiang isteri dia ke HKL untuk buat post-mortem. Untuk pastikan penyebab kematian isteri and anak dia.


Daripada apa yang staff dia cerita kat kitorang sebelum ni, dorang kata hospital tu macam tak cukup peralatan. Kebetulan masa dia datang buat check-up kat situ petang tu, staff hospital tu kata dia dah tiba masa nak bersalin. Nurse nak suntik apa entah kat dia (epidural kalau tak silap). Tapi dia tak nak. Entah macam mana, nurse suntik jugak. Tiba-tiba badan dia jadi biru. Tak lama lepas tu doktor datang check. Dia muntah. Then, dia koma sekejap. Aku tak ingat sangat jalan ceritanya. Tapi itu adalah antara sebahagian daripada apa yang terjadi kat dia. Tak lama lepas tu, doktor kata dorang dah cuba yang terbaik. Dorang dah tak dapat nak buat apa-apa. 


Encik Yoon sepanjang masa temankan isteri dia. Dia sendiri jadi saksi apa yang jadi kat isteri dia. Daripada cerita ni pun, aku rasa korang dah dapat nampak pihak mana yang patut dipersalahkan. Bukan la maksud aku untuk menuding jari meletakkan kesalahan pada sesiapa. Tapi kalau dah memang pihak tu bersalah, aku memang sokong la tindakan Encik Yoon tu. Bukan untuk balas dendam atas kematian tu. Tapi untuk dijadikan pengajaran dan iktibar supaya kejadian seperti ni tak berulang lagi. Apa pun, semua ni terpulang pada pihak yang lebih arif. Aku and warga jabatan yang lain, akan tetap and selalu mengharapkan yang terbaik untuk Encik Yoon and anak lelakinya. 


Masa dapat berita kematian isteri dia pagi Rabu lepas, aku terkejut sebenarnya. Macam tak percaya. And rasa kesian sangat-sangat kat Encik Yoon. Untuk pengetahuan korang, Encik Yoon ni sangat pemurah and baik. Walaupun ada masanya dia tegas, tapi sebenarnya dia baik. Buat kerja pun bagus. Selalu belanja staff bawahan dia. Dia tak kisah pun nak keluar duit banyak untuk belanja staff bawahan kalau dia puas hati dengan kerja yang dorang buat. Staff seksyen aku pun dah banyak kali dia belanja. Dia tak kedekut. Masa dia dapat naik pangkat hari tu pun, dia belanja semua staff seksyen dia and staff kat seksyen aku. Masa APC tu pun, dia keluar banyak belanja untuk jual bunga. Tapi sudahnya tak pulang modal pun sebab dia banyak bagi free kat orang. 


Ikutkan ramai nak dia dapat APC untuk tahun lepas. Disebabkan sikap murah hati dia ni la, ramai yang senang berkawan dengan dia. Tak hairan la kenapa ramai warga jabatan yang datang menziarah dia masa kat HKL haritu. Pengarah bahagian pun ramai yang datang bagi semangat kat dia. Kesian tengok anak dia. Hampir-hampir menangis jugak la aku masa tengok anak dia asyik tanya mana mummy dia. Dia cakap nak tengok mummy tengah tidur. Tak sanggup aku nak tengok. Terus aku paling muka ke tempat lain. :-)


Memang kesian sangat kat Encik Yoon. Dia tak menangis pun masa kitorang datang. Mungkin la dia cuba sembunyikan kesedihan dia dengan menunjukkan muka tenang. Aku ingat lagi masa sehari sebelum dapat berita menyedihkan ni. Encik Yoon ada datang seksyen aku untuk bincang pasal apa entah. Sebelum dia keluar dari seksyen aku, dia singgah sekejap kat tempat aku and Kak Ziha. Dia sembang sekejap. Pastu Kak Ziha sempat tanya dia, bila isteri dia nak bersalin. Dengan muka cerianya, dia jawab dah tak lama dah. 


Seminggu sebelum tu pulak, punya la semangat dia berebutkan kain batik yang Kak Najwa jual dengan sorang staff dia. Memang cantik pun kain tu. Dia belikan untuk isteri dia. Tak sangka pulak, tak sempat pun isteri dia pakai. Kesian sangat kat dia. Hurrmm.. Apa pun, aku harap dia boleh kembali ceria macam sebelum ni. And hope dia makin tabah untuk besarkan anak dia sorang-sorang tanpa isteri di sisi. Aku dengar tadi, mungkin esok dia akan masuk kerja semula. :-)


Aku pulak, memang busy sangat dua tiga hari ni. Banyak sangat kerja sampai dah tak tau mana yang patut didahulukan. Masalah betul. Huwaaaa.. Dah la minggu lepas kitorang dapat berita yang empat orang staff akan ditarik ke kementerian untuk isi kekosongan. Gila ah. Mau lumpuh operasi kat seksyen aku. Hilang semangat aku nak kerja lepas dapat berita tu. Bukan setakat sedih nak hilang kawan je tau. Tapi sekali dengan rasa risau sebab beban tugas bakal bertambah. Kerja yang ada pun tak termampu nak siapkan. Ini kan nak tambah pulak. Mau pengsan aku kat office tu. Haha.


Bos pun dah pening aku rasa. Dia dah la pregnant. Kena pulak handle banyak benda yang memeningkan kepala. Adeh.. Apakan daya. Dah nama pun kerja kat seksyen yang memerlukan kita sentiasa berhadapan dengan orang. Nama pun sumber manusia. Uruskan hal-hal berkaitan dengan orang la. Nak buat macam mana. Terpaksa la kan. Dah itu tanggungjawab kita. Hehe.


Isnin baru ni, bos panggil aku jumpa dia. Gabra aku jadinya. Aku ingatkan aku ada buat salah. Sia-sia je takut. Haha. Padahal bos nak tanya pendapat aku. Setuju ke kalau aku yang ambik alih tugas berkaitan dengan sistem HRMIS. Ternganga jugak la aku bila ditanya soalan tu. HRMIS? Errrkkk.. Adeh.. Lemah betul la. Tapi aku cakap ok je. Dah Puan Nurul pun sokong aku yang ambik alih. Aku pun angguk jela. Bos kata aku agak ok dari segi sistem-sistem ni. Sebab tu dia pilih aku. Bangga? Takdela. Dah bos percaya aku boleh buat, aku kena la buktikan aku boleh. Betul tak kawan-kawan? Hehe. 


Tapi bos dah janji dengan aku. Kalau aku setuju ambik HRMIS, dia akan kurangkan beban tugas aku yang sekarang ni. Gila la. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang itu yang aku harapkan pun. Haha. Bos macam tau-tau je aku berat nak terima sebab kerja sekarang ni pun dah banyak. Aku pun apa lagi. Setuju aje la. Aku pun ambik kesempatan mintak bos tolong cakap kat Pakcik Syed yang aku bukan pembantu dia dah. Kih kih kih. Jahat gila kan? Eh.. Biarla. Aku nak cakap sendiri kat Pakcik Syed tu, tak sampai hati pulak. Kesian kot tengok muka mengharap dia tu. :-) Well, aku ni gaya je ganas tau. Tapi hati ada banyak taman bunga ni. Hak hak hak. Bos cakap ok. Dia memang nak bagitau pun. Puan Nurul pun setuju. Aku tengok dia pun macam geram je bila dapat tau Pakcik Syed still suruh aku buat benda-benda berkaitan MBJ walaupun aku dah tak jadi pembantu dia da. Huhu.




And harini pulak. Pagi tadi aku kena pergi perhimpunan bulanan kementerian. Sepatutnya minggu lepas. Tapi dibatalkan and ditunda ke harini. First time kot aku pergi perhimpunan ni. Sebelum ni perhimpunan jabatan je. Ok la kan. Sekurang-kurangnya merasa jugak. Hehe. Ramai orang-orang besar ada tadi. Menteri pun ada. Hoho. Tak pernah lagi aku pergi perhimpunan yang ada ramai orang besar-besar ni. Hak hak hak. So, agak batak jugak la aku rasa. :-) Esok and Jumaat aku takde kat office. Kena pergi kursus kat kementerian. Bos suruh. Ada bengkel pasal HRMIS. Memandangkan aku dah setuju nak ambik alih HRMIS, kena la pergi belajar. Huhu. 




Nota Cik Rimau : Hohoho. Panjang gila entri Cik Rimau kan? Dah lama sangat tak membebel. Ini la jadinya bila dapat membebel. Hehe. Sorry la ye. Start esok Cik Rimau lawat korang macam biasa. Tq pada yang selalu singgah sini. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...