Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

09 Mei 2011

Sambutan Hari Pekerja di JPBD

Assalamualaikum and selamat malam..


Hari Khamis (5 Mei 2011) lepas,  pejabat aku adakan perhimpunan bulanan / khas sempena sambutan Hari Pekerja. Boleh tahan best jugak acara yang dijalankan. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, then ucapan Ketua Pengarah. Untuk perhimpunan bulan ni, bahagian yang jadi tuan rumah dah aturkan semua pengarah-pengarah bahagian, ketua-ketua unit and ketua-ketua seksyen duduk sekali dengan pekerja bawahan. Kira macam nak rapatkan hubungan sesama pekerja and bos. Bagus la tu. Aku setuju dengan apa yang dorang buat tu. :-)


Lepas je ucapan Ketua Pengarah, majlis diteruskan dengan taklimat keselamatan daripada ASEC. Lupa nama panjang syarikat tu. Tapi banyak ajar kitorang macam mana nak buat CPR and rawatan kecemasan. Best taklimat tu. Tukang bagi taklimat tu kelakar gila. Siap ada lakonan konon-konon bilik mesyuarat dekat blok Tanjung tu terbakar. Kelam-kabut beberapa orang staff jabatan aku lari. Ada yang ingat lakonan dorang tu betul tau. Kelakar tengok muka panik dorang. Kih kih kih.


Habis je perhimpunan, ada pulak hari terbuka kat seksyen aku. Boleh tahan jugak bilangan pegawai bahagian lain yang singgah kat Sekyen Sumber Manusia. Ok la. Korang tengok jela gambar yang sempat aku ambik haritu. Aku dah siap taip awal-awal. Tapi tak sempat nak pos sebab terlelap depan laptop. Balik lambat malam tu sebab nak siapkan folder untuk meeting harini. Meeting untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang akan diadakan bulan depan. Nasib baik bos nombor dua hantar sampai ke rumah malam tu. Kalau tak, seram jujgak aku nak naik bas sorang-sorang. Malam pulak tu. Area pukul 9 malam kot aku balik. Sampai je kat rumah terus kemas baju nak bawak pergi Cherating.


Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan tengah bersembang apa entah dengan Pengarah Pejabat Projek Zon Utara.

Menyanyi lagu Negaraku kot masa ni.

Tayangan video masa taklimat daripada orang ASEC.

Masa ni lakonan konon-konon Bilik Mesyuarat Tanjung terbakar. Semua jadi panik.

Beratur untuk makan.

Yang isikan air dalam cawan tu, Ketua Unit Penyelarasan Projek.

Ketua Pengarah pun kena dera kautkan nasi untuk staff. Kesian Dato'. Huhu.

Ramai yang dah balik masa ni.

Staff Seksyen Sumber Manusia yang baru nak bawak naik makanan ke office. Panas makan kat bawah. :-)

Ini la makanan yang dimasak secara bergotong-royong tu. Banyak gila bos-bos isi kat dalam pinggan aku.


Nota Cik Rimau : Baru harini sempat post. Layan jela ye. Hehe.

1 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

selamat ari pekerja..walaupun diri sdri tak bekerja~~siannya saya~~Wuuuuuuuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...