Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

28 April 2011

Hari Yang Menggembirakan

Assalamualaikum and selamat tengah hari semua..


Korang dah lunch? Aku tengah makan ni. Saja gatal tangan nak bukak blog sementara ada masa ni. Karang bila dah buat kerja balik, takde masa dah nak jenguk blog ni. Dah la semalam tak sempat nak update apa-apa. Bajet lepas berita nak cerita something. Sekali terlelap pulak. Dengan baju tak sempat nak iron. Showdown aku terlepas nak tengok. Mujur terjaga tengah malam. Kerja gila bangun pukul 3 pagi sebab nak iron baju. Huhu.


Actually, semalam aku nak cerita something yang membuatkan aku tersangat la gembira. Tersenyum sepanjang hari semalam disebabkan hal tu. Haha. Ya, aku jahat. Jahat sebab berjaya kenakan Pakcik Syed balik. :-) Dua hari lepas, masa aku pergi Taklimat MBJ-HRMIS kat kementerian, bos nombor dua sms aku. Tanya pasal MBJ, sama ada aku nak buat ke tak. Aku jawab jela yang sebetulnya. Takkan nak tipu pulak kan. Dia cakap big boss yang suruh sms tanya pasal tu.


And then semalam, big bos panggil aku and bos nombor dua masuk bilik dia. Dia tanya aku benda yang sama. Dia cakap, Pakcik Syed cakap kat dia yang aku bermati-matian cakap nak tolong dia handle MBJ. Aku tengok bos nombor dua tersengih je. Hampeh betul. Then, big boss bagitau aku yang Pakcik Syed cakap kat dia, aku ada datang jumpa dia sebab aku nak sangat tolong dia handle MBJ. Jual nama aku nampaknya Pakcik Syed tu. Mentang-mentang la aku tak masuk jumpa big boss. Pandai dia ek nak kenakan aku. Geram betul aku. Pastu, big boss cakap, dia lupa nak tanya pendapat aku haritu. Dia tengok cara Pakcik Syed cakap sangat-sangat meyakinkan dia yang aku memang betul-betul nak tolong handle MBJ. Sebab tu la dia setuju je tukarkan tugas tu kat aku. Semalam dia panggil aku mungkin sebab dia nak dengar sendiri dari mulut aku. Mungkinla...


Walaupun aku takut nak cakap, tapi aku terus terang jugak kat big boss. Aku cakap la yang aku tak pernah cakap macam tu kat Pakcik Syed. Aku bagitau la tujuan sebenar aku jumpa Pakcik Syed haritu sebab nak maklumkan dia yang aku tak perlu pergi taklimat MBJ tu memandangkan dalam senarai tugas baru bukan nama aku yang tercatat untuk tugasan tu. Tapi Pakcik Syed tu potong cakap aku je kerjanya. Katanya nak jumpa big boss suruh tukar balik tugas tu bagi kat aku semula. Aku cakap la aku tak nak dah. Aku ada banyak lagi benda nak kena buat. Dia asyik potong je cakap aku. Apa la yang boleh aku buat kalau dah macam tu tu gayanya. Aku diam jela walaupun dalam hati membangkang kuat. Esoknya, Pakcik Syed bagitau yang big boss dah serahkan balik kerja tu kat aku. Aku nak kata apa lagi? Diam jela. Malas nak protes.


Lepas big boss dengar penerangan aku, dia diam sekejap. Maybe dia dah dapat baca perangai sebenar Pakcik Syed yang suka-suka je nak jual nama orang. Then big boss cakap, aku tak payah tolong buat MBJ dah. Ikut jadual asal yang dia keluarkan haritu. Nanti dia akan maklumkan kat Pakcik Syed. Pastu dia siap bagi pesanan lagi kat aku. Dia cakap, lain kali kalau ada apa-apa masalah, jumpa je dia. Jangan diam je. Dia tak tau apa masalah kitorang. Dia ingat semua ok. Dia siap cakap, aku kena berani bersuara. Kalau tak, kena pijak la jawabnya. Aku senyum jela. Keluar je dari bilik dia, aku sengih je. Suka hati beb! Inilah yang aku tunggu-tunggu. Haha. Akhirnya. Lepas jugak dari mulut naga. Hahahahaha..



Nota Cik Rimau : Sangat letih sejak akhir-akhir ni. Kenapa ye????

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...