Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

03 Mac 2011

Penat..

Assalamualaikum and selamat malam semua. 

Takde mood nak bercerita malam ni. Kepala sakit. Tapi nak jugak menjenguk hutan rimba aku ni. Takut ada harimau lain datang rampas hutan rimba aku yang buruk ni. Haha.


Pagi tadi tempat korang hujan tak? Tempat aku hujan la. Aku terjaga area pukul 3.30 pagi tadi. Aku dengar bunyi hujan lebat gila kat luar rumah. Aku tengok jam. Ingatkan dah pukul 5 pagi. Takut nanti payah pulak nak pergi kerja time hujan macam tu. Tengok awal lagi, tarik selimut sambung tidur la jawabnya. Tapi bila bangun nak mandi, hujan still tak berhenti lagi walaupun dah tak lebat sangat. Nak tak nak, terpaksa la ambik teksi lagi harini untuk ke pejabat. Sengkek la jawabnya kalau hari-hari macam ni. Huhu.


Harini Kak Ziha cuti. Tinggal aku berdua je dengan Abang Mat kat "Zon Cute". Haha. Actually dulu aku nak namakan "Zon Bujang" sebab semua kat area aku tu belum kahwin lagi. Tapi tukar jadi "Zon Cute" sebab nak kasi orang lain jealous. Hik hik hik. Gedik betul kan? Eh, suka hati kitorang la. Tempat kitorang.  MySpace


Sampai je kat office, aku on pc macam biasa and  check email. Lepas je sarapan bukak la fail-fail and surat-surat yang kena disiapkan harini. Tapi secara tiba-tiba, mood rajin tu hilang. Jadi malas yang teramat sangat la pulak. Bukak je fail. Tapi bukan buat apa pun. Serius takde mood tadi. Haha. (Selamba badak je. Ingat office family sendiri ke ha?)


Lunch tadi aku keluar dengan Kak Ila (Seksyen Kewangan), Ila Kecik and Cik Nita ke SOGO. Kak Ila nak beli barang kat situ. Alang-alang dah singgah situ, baik terus makan kat situ. Masuk office balik agak lewat jugak la. 2.15 petang rasanya. Terus pergi solat kat surau. Bajet kalau bos cari, aku boleh cakap aku kat surau. Takde la nampak sangat baru balik makan. Hehe. Jahat betul aku ni kan? MySpace


Lepas rehat baru ada mood nak buat kerja. Tak busy sangat macam semalam. Tapi banyak mengajar la. Faham-faham jela semua baru dapat kerja yang masing-masing tak pernah buat. Tadi pun Abang Mok bagitau aku. Dia dah cakap kat Pak Syed tu. Dia kata agak pening dengan kerja baru. Pak Syed pun ada cakap yang dia nak cuba bincang balik dengan bos. Baguslah. Hehe.


Balik tadi aku tumpang Kak Su. Dia hantar sampai ke rumah. Jimat masa aku. Tak payah nak tunggu bas lama-lama. Hehe.


Nota Cik Rimau : Kenapa rasa mengantuk and tak bermaya je ni.. Haiisshhh..

2 ulasan:

Unknown berkata...

hai cik rimau, dah ujung2 minggu pun xdo semangat. Lompat sikit, lompat! Hehehe

Cik Rimau berkata...

haha.. xsemngat la tok.. otak penat.. sbb tu badan pon jd penat.. adeh.. xmau lompat.. nak main air je.. hak3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...