Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 Mac 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Assalamualaikum dan selamat malam..

Aku tengah tengok Ghost Whisperer ni. Best jugak la cerita ni. Aku tak minat nak tengok cerita Asmara. So better layan cerita ni. Ada jugak feeling seram. Hehe.

Ok. Malam ni nak share dengan korang cerita kat office aku tadi. Takde nak kutuk-kutuk. Saja nak cerita yang harini dua orang staff Seksyen Kewangan dapat tukar. Sorang dapat tukar sebab dia sendiri yang mintak. Sorang lagi sebab naik pangkat. Apa pun alasan pertukaran dorang tu, kita doakan semoga dorang success kat tempat baru. Ye tak? Pemergian dorang pun dah pun digantikan dengan kehadiran orang baru. Malas nak komen panjang. Jom usha sikit gambar yang aku sempat snap masa majlis perpisahan tadi.


Salah seorang yang diraikan. Bertukar sebab dapat naik W22.
Gambar ni curi dari facebook kawan office. Saja nak lebih clear.
Antara staff yang hadir ke majlis ni.
Ucapan daripada wakil-wakil seksyen.
Ni tangan Ila Kecik. Sibuk je kan? Haha.

Lepas selesai majlis tu, balik ke tempat masing-masing. Ada yang turun solat lebih awal daripada biasa sebab petang tadi bos nak adakan perjumpaan. Perjumpaan tadi membincangkan pasal kerja-kerja baru kitorang tu. And jugak tentang makluman pertukaran bos. Unit Perkhidmatan dapat Cik Kema untuk mengetuai kitorang. Ok la. Hehe.



Nota Cik Rimau : Bosan la pulak malam ni. Hurmm..

2 ulasan:

syairahmohdanuar berkata...

wahh..tahniah dia naik pangkat :))

Cik Rimau berkata...

bagus la kan.. dapat la die rehat skit.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...