Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

09 Mac 2011

Mana Pergi Mood Aku?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Korang tengah buat apa? Dah makan malam ke? Hehe. Aku kebosanan lagi malam ni. Mood tak menentu seminggu dua ni. Online facebook pun, kawan-kawan lain takde pulak yang online. Yahoo Massenger aku pun macam hidup segan mati tak mahu je ni. Takde sape yang buzz aku. Adoi.. Bosan betul.

Harini takde cerita panas kat office. Biasa je kot. Lagipun harini aku busy siapkan kew. 8. Tak tau apa kew. 8? Tanya Atok. Sure dia boleh jawab. Hehe. Harini aku rasa ramai yang buat benda tu je. Berebut aku nak guna typewriter cabuk tu dengan Kak Intan. Kalau nak diikutkan boleh je print. Tapi malas aku nak adjust settingnya. Sikit-sikit lari. Penat aku kejar. Bazir kertas je. Kalau korang nak tau, kerja yang aku paling tak suka nak buat, siapkan kew. 8 ni la. Kesian ko kew.8. Haha.

Tadi pun Pakcik Syed membebel tau. Dia bising sebab ramai sangat bagi kew. 8 untuk dia sain. Katanya banyak kerja. Macam la dia sorang je. Orang lain pun banyak jugak. Tapi takde la macam dia. Siki-sikit nak kecoh. Apa da..

Hurmmm.. Esok ada perhimpunan bulanan jabatan untuk bulan Mac. Tema warna baju esok adalah hijau. Aku tak pasti perhimpunan bulan ni anjuran bahagian mana. Tapi kalau dah tema green ni, selalunya Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan la. Aku sah-sah la takkan ikut tema tu. Sebab apa? Aku mana ada baju batik warna hijau wei. Tak kuasa aku nak cari ok. Tak semestinya kena ikut kan? Hehe.



Nota Cik Rimau : Tengok tak tv3 tadi? Ala.. Cerita pasal gadis-gadis yang terlanjur and cuba nak buat abortion. Cik Rimau bukan nak salahkan dorang ke apa ke. Cuma Cik Rimau sangat-sangat berharap and berdoa dijauhkan daripada jadi macam tu. Faham-faham jela duduk bandar besar macam ni. Godaan merata-rata. Mungkin harini dapat tepis. Esok lusa kita tak tau. Apa-apa pun, jangan cepat menyalahkan or nak kata padan muka ke kat orang-orang yang dah buat salah ni. Silap hari bulan nanti kena batang hidung sendiri. Siapa malu? Hehe. (Cik Rimau cakap berdasarkan pengalaman. Seseorang yang Cik Rimau kenal yang suka sangat memburuk-burukkan anak orang lain. Asyik kata anak orang jahat. Sekali anak dia yang buat hal yang dia tuduh anak orang buat. Tak ke malu?? Hehe. )

2 ulasan:

kay_are berkata...

moral nye.. jage diri sendiri betul2 dulu sebelum sebok nak jage orang len kan.. hee

Cik Rimau berkata...

yup.. btul tu.. nnt diri sndri yg malu.. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...