Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

20 Februari 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Salam..

Aku baru lepas tengok the making of filem Hikayat Merong Mahawangsa ni. Korang tau kan filem ni? Ala, yang terbitan KRU tu. Tapi belum keluar lagi la filem ni. Tunggu la 10 Mac 2011 ni nanti untuk tengok sama ada best atau tidak filem ni. 

Daripada apa yang ditayangkan kat tv ni tadi, nampak macam gah je cerita ni. Gah dari segi kos penerbitan, pelakon, set lakonan and macam-macam la. Kos untuk buat filem ni je pun dah sampai 8 juta tau. Filem termahal yang pernah diterbitkan oleh KRU. Bukan sikit-sikit duit habis untuk buat filem epik macam tu. Huhu.

Antara fakta yang aku tengok tadi, dorang guna banyak jugak pelakon luar negara. Tapi tak pasti la pelakon tu famous ke tak kat negara dorang. Filem ni jugak menggunakan khidmat pelakon-pelakon aksi yang sama digunakan dalam filem Rush Hour and lagi satu tak sure filem apa. Rasanya Hellboy. 

Kesan visual yang digunakan macam gempak je. Dah macam filem aksi luar negara. Kostum pelakon pun memang best la. Semua buatan sorang perempuan tu. Tak ingat namanya sape. Cuma kostum untuk laksamana, tentera-tentera and puteri dari negara China tu je KRU terpaksa pergi dapatkan kat China. Ada guna dua ekor gajah untuk adegan kat Goa. So memang patut pun kos filem ni sampai 8 juta. Ye tak?

Bila tengok dia punya di sebalik tabir tu tadi, aku rasa macam nak pergi tengok je nanti. Tapi betul ke best?? Takut pulak nanti indah khabar dari rupa. Apa-apa pun, aku dapat rasakan filem ni memang best. Kalau ada masa nanti aku nak try jugak tengok kehebatan filem ni. Hehe.


Nota Cik Rimau : Mengantuk la. Malam tadi tidur pukul 2 pagi. Huwaaa. Nak tidur balik boleh?? Hehe.

2 ulasan:

Unknown berkata...

yup, atok tengok pun macam gah...moga KRU sukses...

Cik Rimau berkata...

Yup.. Moga terus sukses n hasilkan ag byk movie2 epik yg menarik.. Hehe.. Citer dorang byk yg best2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...