Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

07 Februari 2011

Hari Yang Cukup Meletihkan

Salam..

Entri kedua untuk harini. Terlebih rajin la pulak. Hurrmm.. Tadi lepas balik kerja, aku terus gerak ke Jalan Duta. Adik aku nak balik Ipoh, so kena temankan dia yang penakut tu. Nasib baik orang tak ramai. And kebetulan jugak, dia dapat naik bas yang lebih awal daripada masa yang sepatutnya dia naik. Maybe sebab ada tempat kosong kot. Tuah badan.MySpace  Alhamdulillah. (Takde la aku kena tunggu lama kan? Haha) 

Sebelum balik kerja tadi, aku geram sikit dengan AJT. Dah la asyik kacau aku je harini, pastu nak cari fail orang pun suruh aku. Penat aku cari tapi tak jugak jumpa fail yang dia nak tu. Tapi AJT suruh aku cari sampai jumpa. Aku cari sekali lagi. Tak jumpa jugak. Sudahnya, aku pergi pantri duduk melepak makan cekodok. Geram aku. MySpace Asyik panggil je. Ada la dalam lima minit aku lepak kat pantri. Tengok jam dah dekat 4.30 petang, aku terus jalan balik ke tempat. Kemas beg, off pc and simpan fail-fail yang tak patut letak atas meja. Then.. MySpace Senyap-senyap aku menyelinap keluar ikut pintu depan. Haha. Jahat kan aku? 

Malas ok nak dengar dia membebel. Dah la asyik panggil orang lain je. Pastu selagi tak dapat apa dia nak, dia suruh jugak dapatkan. Yang tak faham tu kan, dia pun balik tepat-tepat pukul 4.30 petang. So, kenapa nak paksa aku dapatkan jugak fail tu. Bukan sempat pun kalau dia nak buat apa-apa tindakan berkaitan dengan fail tu. Memang tak sempat la kalau mintak pun dah pukul 4.15 petang. Harap maaf la. And kerja aku bukan cari fail la. Sebab dia, kerja hakiki aku banyak tertunggak. Haiisshh..

Esok pulak aku kena pergi ke kementerian. Ada kerja sikit. Dah dapat memo arahan tadi. Aku kena pergi dengan dua orang lagi staff kat seksyen aku. Ikutkan hati ni, rasa macam malas sangat la. Bukan tak nak patuh arahan, tapi aku ada banyak kerja urgent nak kena settle. Takut  lambat karang kena marah. Aku jugak kena. MySpace

Aku sempat jugak tanya Abang Mat tadi. Kenapa asyik aku and dia je yang kena pilih untuk buat kerja-kerja macam tu. Pandangan dia, mungkin sebab bos pilih orang-orang yang boleh buat kerja and senang disuruh. Aku setuju dengan pendapat nombor dua tu je. Senang disuruh sebab kitorang jenis tak melawan (err.. aku je kot suka lawan AJT.. haha). And pendapat aku sendiri pulak, aku rasa bos pilih kitorang sebab dia fikir kitorang tiga orang ni je yang tak banyak kerja. Hurmm... Cakap senang la. Cuba duduk tempat kitorang. Nampak je rileks. Tapi kerja banyak. Nak buat macam mana kan? Orang tak nampak kerja kita. Diam-diam jela. Huhu. MySpace

Nota Cik Rimau : Cik Rimau penat ni. Sape nak tolong urut Cik Rimau. Kalau urut tak best Cik Rimau makan je korang. MySpace Haha. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...