Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

06 Januari 2011

~ Stress ~

Honestly... Memang amat stress aku rasa. Stress berkaitan kerja. And tak puas hati dengan beberapa perkara. Perkara apa? I'm not gonna tell you here. Better aku sorang je tau apa yang aku tak puas hati. Nanti masalah pulak. Tapi stress ni jugak la buat aku jadi moody. Rasa nak marah orang. And tiba-tiba rasa macam nak mintak tukar ke tempat lain. Haiiisshhh...


Ok.. Stop la cerita pasal tu. Kat ofis tadi, ada berlaku beberapa perkara yang tak best jugak la pada aku. About pakcik yang aku selalu story tu la. How could he said like that. Dia bos. Sepatutnya jadi contoh pada kitorang anak buah ni. Tapi dia tak. Tergamak sorang bos cakap macam tu pada anak buah. Kuat pulak tu. Aku admit aku tak dengar masa dia keluarkan kata-kata menyakitkan hati tu. Tapi, kalau dah sampai dua tiga orang cakap dorang dengar benda yang sama, that's mean memang betul la dia ada keluarkan statement tu. 

Mulanya ada sorang staff dari seksyen lain datang kat ofis aku. Sambil-sambil dia buat kerja kat ofis aku, dia tanya la kat pakcik ni kat ofis aku tu ada nak pakai staff lagi tak. Pastu tau apa dia jawab? Ayat dia lebih kurang macam ni la.
 
"Betul ko nak masuk ke SSM? Kalau betul boleh je. Boleh aku buang CC dengan mana-mana yang tak guna tak boleh diharap kat sini." 

WTH punya mulut. Takde insurans betul. Ikut hati aku yang marah ni, nak je aku maki dia. Mulanya Abang Mat la cakap pakcik tu cakap macam tu. Tapi pastu Ila Kecik pun kata dia ada dengar jugak. Selamba badak je cakap macam tu. Agak-agak la wei. Aku tak pasti la sape yang dia maksudkan tak guna tu. Tapi aku terasa jugak la. Sebab aku selalu lawan cakap dia. But, dia patut sedar. Selama ni orang-orang yang dia kata tak guna ni la yang banyak siapkan kerja dia. 

Dia ni la jenis yang tak tau menghargai pertolongan orang lain. Masa dia bermasalah pandai tau buat muka kesian and cakap pun bukan main baik lagi. Yela, kalau dia cakap bukan-bukan nanti takde sape nak tolong dia kan. Tapi tu la kan. Menolong dia ni boleh la diibaratkan bagai melepaskan anjing yang tersepit. Tau kenapa? Kita dah tolong dia, tapi dia gigit kita balik. Dia burukkan kita la. Aku pernah kena sekali. Aku dah tolong dia catat minit mesyuarat haritu. How could he said that i did nothing sedangkan aku yang buat semua tu untuk dia. Fed up la dengan perangai dia.

Kalau korang nak tau la kan, dia lagi la tak guna. Haha. Sebelum mengata orang, dia kena cermin diri sendiri dulu. Bagus sangat ke dia? Dia tu, pagi-pagi datang mengaji. Ok la tu. Memang bagus. Tapi yang tak bagusnya bila sampai area pukul 10 pagi macam tu, dia tidur. I repeat. Tidur ok! Alasan makan ubat. Hello. Kalau ko dah tau ubat tu menyebabkan mengantuk, then why ko ambik jugak ubat tu masa office hour? Everyday pulak tu. Tak beragak langsung. Then, bila dah bangun tidur dia main lak game. Tak pasti game apa. Sama ada Solitaire ataupun Spider Solitaire. 

Kata banyak kerja. Then why aku nampak dia  selalu berkeliaran and then bukak kedai kopi kat tempat CC yang dia kata tak guna tu? Kalau betul pun CC tak boleh pakai, salah siapa? Dalam kes ni boleh la guna istilah, 'bapak borek anak rintik'. Anak buah ikut telunjuk bos je. Kalau dah bos salah, anak buah hanya menurut perintah je ok. Salah ko jugak tu. Memang patut pun ko yang kena marah kalau ada apa-apa kerja yang anak buah tak siapkan sebab ko BOS. Dah la berani cakap belakang je. Depan-depan macam tikus jumpa kucing. Langsung tak keluar bunyi. Pakcik ni jugak la salah satu reason yang membuatkan aku rasa berkobar-kobar nak mintak transfer ke tempat lain.

Ok la. Dah lewat dah ni. Esok nak kerja lagi. Sabtu pulak plan nak datang buat kerja. Tak kisah la takde arahan OT sekalipun. Janji kerja aku settle. Nak tidur dah. Huhu. 

Nota kaki : Moga esok takde la terjadinya perkara-perkara yang menyesakkan otak ni. Amin....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...