Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 Januari 2011

~ Selamat Datang 2011 ~

Maybe agak lewat kot wish welcome 2011. Tapi tak kisah la. Awal lagi kan. Huhu. Awal-awal tahun ni, macam-macam azam baru la yang dicanangkan. Entah tercapai atau tak, semua terjawab masa akhir tahun. Yang berjaya capai tu tahniah la. Mana-mana yang tak tercapai tu, usahakan supaya tahun ni tercapai. Aku? Masih tak pasti apa azam aku. Haha.

Kalau diimbas balik, banyak dah yang jadi dalam hidup kita sepanjang tahun 2010 yang dah pun berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar, aku dah nak masuk umur 22 tahun 2011 ni. Tua pulak rasanya. Dah boleh fikir pasal kahwin ni. Hehe. Gatal betul la. Hurm. Actually, aku ada satu azam . Tapi yang pastinya, mungkin takkan tercapai untuk tahun ni. Aku nak sambung belajar balik. Tapi kena tunggu adik aku habis belajar dulu baru aku dapat sambung. Lambat lagi. Tapi tak kisah la lambat atau cepat. 



Bila difikirkan balik, kadang-kadang aku rasa jeles lak dengan kawan-kawan seangkatan. Dorang dah pun dapat capai cita-cita. Ada yang dah nak dapat ijazah. Ada yang dah ada diploma. Ada yang dah pun  dapat kerja yang bagus. Aku? Masih lagi berangan nak jadi macam dorang. Ada diploma and ijazah. Walaupun sekarang ni aku dah ada kerja tetap, tapi aku still lagi nak sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi. Kalau boleh tak nak la setakat diploma je. Kalau boleh sampai ke tahap tertinggi. Hehe. 


Ok, stop pasal azam. Harini hari jadi kawan baik aku. Tapi aku nyaris-nyaris lupa nak wish. Apa punya kawan la. Haishhh... Aku wish kat facebook je. Huhu. Actually nak tulis panjang lagi. Tapi nak layan cite Underdog ni. Best pulak. Hehe. Lain kali jela. 



p/s : Background macam hampeh la pulak...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...