Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

12 Januari 2011

Ketenangan Hati

Hoho. Apa kes tajuk tajuk macam ni kan? Ada kena mengena dengan Pakcik Syed lorhh. Harini dia takde dalam ofis untuk jangka masa yang lama. Tiba-tiba je aku rasa macam tenang yang amat sangat. Bukan aku je rasa macam tu. Ramai tau. Harini pakcik tu asyik masuk mesyuarat je. Walaupun dia bukan yang sepatutnya masuk mesyuarat tu, tapi bagus jugak. Satu rahmat untuk kitorang anak-anak buah dia. Hehe.


Rehat tadi aku, Ila Kecik, Kak Ziha and Cik Nita makan kat luar. Aku singgah Dayabumi dulu pergi mengorek duit tabung. Sengkek dah. Huhu. Cik Nita pulak dia nak cuci gambar. So, alang-alang dah keluar tu terus la kitorang makan kat Central Market. Honestly, itu la pertama kali aku makan Ayam Penyet. Haha. Cik Nita kata kalau tak pernah makan tu asal dari ulu. Dia saja main-main je. Maklumla, Cik Nita ni agak gila-gila jugak orangnya.  Hehe. Kak Ziha pun tak pernah makan. So, dia cakap macam ni untuk menerangkan yang dia tak pernah makan. 

"Akak bukan asal dari ulu tapi akak tak pernah makan."

MySpace Haha. Siap cakap lagi tu "bukan asal dari ulu". Keh keh keh. So, memandangkan bos and Pakcik Syed tadi takde lepas rehat, selamba je kitorang balik lambat sikit. Rileks la kan. Bukan selalu. Hehe. And bukan sengaja pun. Orang yang buat Ayam Penyet tu lambat sangat siapkan order kitorang. Huhu. 

Masa pergi CM tadi, baru aku perasan yang dah ada beberapa perubahan ketara kat situ. Ada patung arnab kat depan pintu masuk. Besar tau. Cute-cute je patung-patung tu. Nak je aku cilok bawak balik. Haha. Sape suruh buat patung cute macam tu. Geram je aku usha tadi. Ramai jugak yang berposing kat situ. And ada jugak ditambah dengan pokok yang ala-ala pokok bunga sakura tu. Kat bahagian dalam pulak, aku nyaris-nyaris tak tersalah jalan masa temankan Ila Kecik cari selipar. Aku baru perasan ada dua iga kedai baru kat dalam CM tu. Haiisshhh.. Nampak sangat dah lama tak menapak masuk ke dalam CM tu. Padahal baru bulan lepas aku masuk. Tak sangka dah ada banyak perubahan.

And aku sure, ramai yang tau pasal pembinaan ruang pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan CM dengan Dayabumi tu kan. Memang la bagus tujuan buat semua tu. Tapi kadang-kadang terfikir jugak. Selamat ke nanti. Hehe. Bukan apa. Nanti aku confirm sangat yang ruang tu sunyi sangat. And nanti dah nak buat tertutup pulak. Takut nanti kalau ada orang jahat tunggu orang yang jalan sorang-sorang, orang tak sedar pulak apa jadi kat situ. So, aku rasa aku lagi rela menapak ikut Pejabat Pos Besar tu. Jauh pun takpe. Asalkan ramai orang jalan sekali. Hehe.

Ok la. Nak tidur dah. Mengantuk betul harini. Huhu. MySpace Nite...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...