Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

10 Januari 2011

~ Kenapa Faizal Tahir Tak Menang? ~

Semalam ada AJL kan. Macam aku cakap semalam, harini aku nak cerita apa yang best and tak bestnya dengan AJL yang kita tengok semalam. Walaupun semua orang dah tau sape pemenang-pemenang, tapi aku tetap nak tunjukkan jugak senarai pemenang.

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir - Hanyut
Vokal Terbaik : Hafiz - Noktah Cinta
Tempat Ketiga : Hafiz - Noktah Cinta
Tempat Kedua : Meet Uncle Hussain & Black - Drama King
Juara : Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Apa pandangan korang? Sesuai ke keputusan ni? Ramai yang tak berpuas hati dengan kemenangan Ana Raffali. Aku pun tak berapa gemar sangat lagu dia ni. Tapi kalau dah rezeki dia nak dapat juara, kita sebagai peminat or penonton diam jela. Juri dah pilih dia kan. Tak kisah sangat la walaupun aku harapkan Faizal Tahir yang menang. Cuma aku rasa macam Hafiz tak patut menang untuk kategori tu. Macam tak sesuai. Aku rasa vokal Black and Faizal lagi power. Hehe.

Dari segi persembahan, aku rasa banyak persembahan yang menarik untuk AJL kali ni. Banyak drama. Banyak props yang digunakan. Agak menarik. Aku paling suka persembahan Faizal Tahir. Tak sejuk ke terjun masuk air pastu keluar balik sambung menyanyi dengan basah kuyupnya. Huhu. Hebatlah ko Faizal walaupun tak menang anugerah utama. 

Tapi, di sebalik apa yang kita nampak kat TV tu, rupa-rupanya banyak jugak kejadian yang tak best dah jadi masa berlangsungnya AJL. Salah satunya masa persembahan Sharifah Aini, sebiji bola disko pecah jatuh berderai. Masa persembahan Siti Nurhaliza pulak, seorang penari tersangkut di tali sampai orang kat bawah pentas kena tolong bukakan tali. Korang nak lebih lanjut lagi, bukak la laman web Oh Bulan.

Ok. Habis cerita pasal AJL. Tadi kat ofis, aku rasa macam semua orang busy. Minggu ni dah mula dah OT. Masing-masing dah ditugaskan dengan kerja-kerja tertentu. Aku pun terlibat jugak. :D

Ok la. Tak tau nak tulis apa. Papai. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...