Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

26 Januari 2011

Kenapa Aku Benci "Dia" Sangat-sangat?

Salam...

MySpace Selamat malam semua. Nampak tak tajuk entri aku malam ni? Mesti korang terfikir, teruk betul la dia ni nak benci-benci orang lak. Dah la harimau, ada hati nak benci orang. Haha. Jangan salah faham dengan tajuk kat atas tu. Takde kena mengena dengan manusia pun. Aku tak pernah benci orang tau. Kalau menyampah tu, selalu la. MySpace Sebenarnya aku nak cerita pasal something yang amat aku benci, geli, takut nak dekat sampai boleh jadi macam  orang kena kejutan elektrik and yang seangkatan dengannya la. Apa benda pulak la yang boleh menakutkan orang ganas macam aku ni kan? Hehe. Nak tau? Baca la lagi. :-)

Actually, something yang aku benci or takut sangat tu kecik je pun saiznya. Tadi aku try la google gambar menatang tu nak tunjuk kat korang. Sekali keluar je gambar dia, meremang bulu tengkuk aku. Gelinya tengokkk!! So, cancel la tunjuk. Nak tau ke apa yang aku takutkan sangat tu? "Dia" tu sebenarnya merujuk kepada ULAT BULU. Bukan ulat bulu je, segala jenis ulat yang berbadan lembik and berbulu memang boleh membuatkan aku seriau. Kalau nak diikutkan, dulu aku tak geli pun kat ulat-ulat ni. Siap boleh main lagi. Main dengan kayu la. Bukan pegang ulat tu. Kalau pegang, sah-sah la tangan aku jadi gatal. Hehe. 
 
Dulu masa kecik-kecik, aku ni kan buas sikit. Perangai pun macam budak lelaki je.  Selalunya, abang aku je yang suka main ulat -ulat tu. Korang tau tak ulat yang ada dalam daun pisang tu? Memang banyak gila kalau kat kampung. Aku memang selalu sangat pergi kerat daun pisang yang ada gulung-gulung tu semata-mata nak keluarkan ulat-ulat tu dari daun pisang. Kejam gila kan menganggu ketenteraman ulat tu. Ulat yang ada kat buah pinang or nangka pun aku selalu usik. Saja suka tengok.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu jadi something yang membuatkan aku terus anti kat ulat. Balasan agaknya sebab suka dera ulat. Haha. Macam ni ceritanya. Aku kan ada adik perempuan. Ada satu petang tu kitorang main la "masak-masak" kat halaman rumah. Er.. Walaupun aku nakal, aku tetap main "masak-masak" ye. Malu pulak nak mengaku. MySpace  Huhu. 
 
Kalau tak silap aku, masa tu aku tengah pegang daun bayam. Masa tengah pegang tu la, aku terperasan ada ulat daun yang tak berapa nak besar kat bayam tu. Automatik, aku campak bayam tu kat adik aku sebab terkejut. Adik aku pulak campak balik kat aku sebab aku jerit ada ulat. Kitorang main campak-campak sekejap sebelum bayam tu terkulai kat tanah bersama-sama ulat tu. Sudahnya, dua-dua menangis sebab dua-dua terkejut. Start dari hari tu, aku and adik aku yang tak takut ulat tu jadi anti gila kat makhluk kecik tu. Entah apa-apa je kan. Sebab tu je jadi benci.  Tak percaya? MySpace Tak tau macam mana nak explain tapi percaya la. 

Memang lepas dari kejadian tu, aku terus tak berani nak pandang or nak dekat dengan makhluk tu. Kalau sebelum tu aku suka meredah hutan or memanjat pokok, lepas je kejadian tu aku terus menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti tu. Kalau meredah hutan pun sebab terpaksa. Macam nak ambik daun kari ke, kutip durian or kelapa ke, kutip cabai burung ke. Selain daripada tu, jangan harap aku nak masuk or dekat dengan area-area hutan. Panjat pokok lak aku tak suka sebab takut terpegang ulat masa memanjat.

Ada sekali tu, aku and adik aku pergi meredah hutan walaupun selalu kena marah dengan abah. Yela, anak perempuan meredah hutan. Apa kes kan? Kalau anak lelaki takpe jugak. Kitorang curi-curi jugak masuk hutan. Actually bukan la hutan besar tu. Kira semak samun yang ada banyak pokok tinggi-tinggi kepala kita je. Kalau keluar dari situ memang miang satu badan. Tapi, kitorang pandai la nak cari jalan yang tak miangkan badan ni. Pakar la katakan. Haha. 
 
Tengah sedap-sedap menjelajah hutan tu, aku ternampak makhluk berbulu tu kat satu daun yang bentuk pokoknya macam lengkuas tapi bukan. Memang dekat dengan aku. Tiba-tiba aku jadi macam tugu negara. Terpacak tak gerak-gerak. Memang rasa macam terkena kejutan elektrik la kalau makhluk tu ada dekat dengan aku. Aku cakap kat adik aku ada ulat bulu. Adik aku apalagi. Terus cabut lari. Aku tengok dia lari, aku pun ikut sekali la. Seriau la kat menatang tu. Geli. 

Ada sekali lagi tu, masa ikut abah membersihkan kebun belakang rumah. Aku ni, kalau nak masuk hutan or kawasan yang ada banyak pokok or semak, aku awal-awal cop pakai kasut panjang. Kasut getah tu la. Konon-konon sebagai extra protection la daripada menatang tu. Ingatkan kalau dah pakai tu, takde la ulat naik kat seluar aku. Sekali sampai kat rumah, adik aku cakap ada ulat kat seluar aku. Tau apa tindakan drastik aku? Terus tanggal seluar kat situ jugak. Bukannya tak boleh buang je ulat tu daripada seluar kan. Tapi aku geli la nak pakai kalau ulat tu dah terkena kat seluar tu. Hehe. Nasib baik abah aku takde kat situ masa tu. Kalau tak memang kena marah la aku. Haha.

Aku ingatkan kisah aku dengan ulat bulu tu akan stop kat situ je. Tak sangka pulak bila dah masuk asrama, junior-junior aku sakat aku dengan ulat daun. Kata akak ofis aku, ulat beluncas. Ulat yang badan lembik je tu and warna hijau. Masa aku form 5, junior aku dapat tau yang aku and adik aku anti dengan ulat. Kebetulan pulak, ada satu masa tu ada banyak gila ulat kat pokok-pokok bunga tepi kelas yang paling dekat dengan asrama kitorang. Masa tu baru lepas prep. Kitorang on the way nak balik hostel sebab dah masuk waktu Asar. Tiba-tiba je aku dengar bunyi suara orang menjerit. Then aku nampak adik aku and beberapa orang junior tengah bertempiaaran lari. Mula-mula aku tak perasan apa yang budak yang kejar dorang tu pegang. Bila dah dekat aku nampak budak tu tengah pegang daun yang kat atasnya ada ulat. Terus aku lari. Haha.

Kawan-kawan aku yang berani dengan ulat tu pun kadang-kadang kejar aku dengan ulat. Geram betul. Ada sekali tu air takde kat asrama. So, kitorang terpaksa la pergi mandi kat sekolah. Aku masa tu tengah berlenggang bawak baldi dengan dua tiga orang kawan lain. Kebetulan masa tu, kat tingkat atas blok kelas yang paling dekat dengan asrama tu, ada pekerja tengah renovate apa entah. Tiba-tiba je ada mangkuk ayun mana entah bawak ulat dekat dengan aku. Aku terus menjerit and lintang pukang lari dengan baldi tu. Malu gila aku kat pekerja yang tengah buat kerja tu. MySpace
 
And then, ingatkan junior nakal tu takkan kaco aku dah. Sekali aku sampai je kat selekoh yang nak masuk ke pintu utama asrama, budak tu keluar. Dengan ulat kat tangannya. Er.. ulat tu atas daun la. Aku terus lari masuk dorm. Dia kejar jugak tu. Mana-mana yang geli kat ulat pun menjerit sekali bila nampak dia bawak ulat tu. Ada ke patut budak tu letak ulat tu atas katil aku. Geli ok. Aku jadi bengang pulak tengok dia letak ulat tu atas katil aku. Melampau betul kan? Aku terus jerit kat dia suruh ambik balik ulat tu. Tak lama lepas tu, dia buang ulat tu. Aku pulak terus tanggalkan cadar sebab tak sanggup nak baring atas tu weii.. Yak!

Ok la ye. Panjang berjela pulak la cerita aku pasal ulat ni. Haha. So, paham dah kan kenapa aku benci dia. Kesian dia kan? Hurmm.. Korang pulak geli kat apa? Katak? Lipas? Hehe. Ok la. Sedia untuk tidur. MySpace

Nota Cik Rimau : Esok task force dah mula. Malasnya...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...