Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

13 Januari 2011

Hati Makin Sakit

Harini aku agak tak berpuas hati dengan pakcik tu. Aku memang marah. Marah sangat-sangat. Dia memalukan aku kat depan semua orang yang ada kat dalam SSM tu. Ceritanya macam ni. 

Bagi yang bekerja dalam sektor awam, mesti tau kan yang setiap tahun akan ada laporan penilaian prestasi tahunan. So, kat tempat aku kerja ni, tadi bos aku buat penilaian tu. Bos 1 panggil aku. Dia tanya la, aku setuju tak dengan markah yang dia bagi. Aku tak bantah pun. Sebab dah memang itu penilaian dia. Aku cakap ok je.


Tak lama lepas tu, pakcik tu pulak la yang jadi penilai kedua. Mula-mula  dia tanya aku, aku lapor diri kat situ bila. Aku tak ingat sangat pun. Aku ingat tarikh first aku masuk kerja je. Then, aku pergi la cari fail peribadi nak tengok tarikh lapor diri aku kat situ. Masa aku tengah selak-selak fail tu dengan Abang Mat, dia panggil aku. Dia tanya, aku dah tengok ke markah yang Bos 1 bagi. Aku cakap dah. Dia tiba-tiba pulak naik angin. Dia marah Bos 1. Dia tanya kenapa bagi tinggi sangat markah kat aku. Dia kata die nak bagi aku markah 70 je.

Semua dengar apa dia cakap. Aku terkedu kejap. Terus hilang fokus. Aku tak faham apa yang dia tak puas hati sangat. Setahu aku la kan, laporan penilaian prestasi tu sulit. Tapi kenapa dia kecoh-kecohkan pasal tu? Nak bergurau? Agak-agak la. Cara dia tu menjatuhkan maruah orang lain tau tak. Takpela kalau betul dia nak bagi markah rendah. Tapi panggil jela aku. Kenapa mesti nak bagitau semua orang?Masa dia cakap tu, aku macam nak menangis pun ada. Terasa la jugak. Huhu.

Then, tak lama lepas tu dia datang kat meja Abang Mat. Dia tanya Kak Ziha and Abang Mat, ada tak panadol. Aku tunduk je sebab malas nak tengok muka dia yang menyakitkan hati tu. Pastu dia tanya jugak kat aku. Ada ke tak panadol. Aku jawab dengan nada yang agak kasar jugak la pada pendengaran orang lain. Sebenarnya aku takde niat pun nak jawab macm tu. Tapi spontan terkeluar nada macam tu.

Kadang-kadang bila difikirkan balik, dia ni memalukan diri sendiri je. Yela, dah puas malukan orang, sudahnya orang tu jugak yang dia cari untuk mintak tolong apa-apa. Aku ingat lagi. Setiap kali dia nak mintak aku buat apa-apa, cakap bukan main lembut lagi. Pagi tadi pun sama. Dia mintak aku buat something. Cakap elok je. Tapi tadi petang, tiba-tiba pulak naik angin. Aku tak tau macam mana aku nak menghadap muka dia. Reaksi muka yang macam mana perlu aku buat kat depan dia? Seriously, aku rasa macam kalau nak bergurau ke apa dengan dia lepas ni, macam terpaksa je. Marah or sabar dah sampai batas kot. Haha.

Banyak lagi aku nak cakapkan tapi tangan terasa malas pulak nak menaip. Next time jela ye. Mood tak baik. Papai and nite....

2 ulasan:

mysweet berkata...

sabar jelah ye ank raja..

Cik Rimau berkata...

keh3.. dah abis sabar da nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...