Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

17 Januari 2011

Drama King Kat SSM


Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat



Ok. Jangan terkejut pulak ye. Ini bukan blog lirik lagu ye. Ya, memang kat atas ni lirik lagu Drama King nyanyian Black & MUH. Aku copy paste lirik lagu ni bukan saja-saja je tau. Ada la sebabnya. Lagu ni aku rasa sesuai sangat dengan Pakcik tu. Ayat memang kena sangat la dengan sikap dia tu. Hehe.

Korang nak tau tak? Tadi kan, Abang Mat keluar sekejap sebab ada hal. So, kalau Abang Mat takde, Pakcik tu la yang bertanggungjawab untuk jaga barang-barang kat SSM. Barang-barang yang boleh dipinjam la. Contohnya macam slide projector, laptop and macam-macam lagi la. Tapi Pakcik ni memang la teramat malas. Sebelum ni, dia yang beria-ia sangat konon biar ada orang tertentu yang jaga semua tu. And dia jugak yang tetapkan diri dai sendiri dengan Abang Mat jaga inventori and aset SSM.. Tapi Pakcik ni suka hangat-hangat tahi ayam je.

Macam tadi la. Orang Admin datang nak pinjam projector. Patut dia la bertanggungjawab untuk serahkan barang tu kan. In case ada jadi apa-apa, dia tau benda-benda tu kat mana kan. Tapi, dia ni suka lepas tangan. Macam tak nak bertanggungjawab. Dia selamba je panggil CC untuk bagi projector tu kat dorang. Pastu, bagi borang pun malas. Suruh aku pulak tu. Dia ni macam tak nak bertanggungjawab la kalau jadi apa-apa kat barang yang dipinjam tu. Sama la macam masa ada Mesyuarat MBJ tu. Dia yang ambik semua barang. Tapi, dia suruh Abang Mat isi nama aku kat ruangan peminjam tu. Banyak cantik. Suka larikan diri.

Korang tau kan, minggu lepas dia malukan aku. So, reaksi aku kat dia agak hampeh jugak la. Aku takde dah nak bergurau ke apa ke dengan dia. Dia suruh buat apa-apa aku buat je. Malas dah nak bergaduh dengan orang macam dia. Tak guna pun. Drama King macam dia ni suka ngap orang. Depan kita baik, belakang lain pulak. So, baik bataskan hubungan tu sebagai bos and orang bawahan je. Takde dah nak anggap dia rakan sekerja yang boleh jadi kawan bergurau. Haha.
Tadi, dia panggil aku. Drama King la katakan. Baik gila cakap dengan aku tadi. Takde nak cakap kuat-kuat dah. Dia mintak aku buat kew. 8 untuk sorang pegawai tu. Aku cakap ok je. Haha. Takde banyak tanya dah. Kalau ada yang aku tak paham pun, aku akan tanya orang lain. Tanya dia pun, dia tau apa? Harap gaji je besar. Tapi, apa pun tak tau. Tidur tau la. Hehe. Aku rasa dia perasan yang aku agak serius dengan dia harini. Biar la. Cukup la apa yang dia dah buat minggu lepas. Mentang-mentang aku paling muda and paling selalu layan dia merepek, dia ingat dia boleh malukan aku suka-suka hati dia je. Takde maknanya. Huhu
Hurmm.. Minggu ni SSM dapat bos baru lagi. Asyik bertukar bos je kitorang ni. Tak tau la yang ni ok ke tak. Hope ok la. Hehe. Ok, mau layan tv pulak.

Notakaki : Kak Ziha tak tau BINGAI tu apa... Haha.. Kawan-kawan sila explain kat dia. Kah kah kah.. (sori Kak Ziha.. haha)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...