Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

28 Januari 2011

Aku Tak Suka Bila...

Salam...

MySpace Selamat malam semua. Harini aku nak merepek lagi kat blog ni. Ikutkan nak cerita pasal AJT tadi. Tapi takpela. Esok-esok je. Hehe.

Hurrrmm.. Aku sangat-sangat pasti dalam hidup kita semua, mesti ada something yang kita rasa kita tak suka.  Ada yang tak suka kat "someone", "something" or "anything". So, malam ni aku nak bercerita tentang perkara-perkara, perangai-perangai, sikap-sikap or perbuatan-perbuatan yang aku tak berapa nak gemar. 

  • Sikap ingin tahu yang melampau-lampau - Memang bagus ada sikap ingin tahu ni. Boleh digunakan dalam menuntut ilmu. Tapi kalau dalam kehidupan seharian jangan la over sangat sampai merimaskan orang. Sampai boleh dilabel sebagai sorang yang "busybody" or dalam erti kata lainnya, suka jaga tepi kain orang lain. Busybody macam mana tu ye? Contohnya, korang pergi bercuti kat mana-mana tapi korang senyap-senyap je sebab tak nak orang lain tau. Kira macam korang nak anggap tu sebagai perkara peribadi yang tak perlu diceritakan kepada sesiapa pun. Tapi, tiba-tiba ada someone ni tak habis-habis nak korek rahsia korang tu sampai korang rasa tak selesa. Sikit-sikit tanya. Seboleh-bolehnya dia nak tau jugak korang ke mana. Contoh jela ye. Sikap ni memang aku tak suka. Faham-faham sendiri la kan. Setiap orang ada perkara yang dorang boleh kongsi dengan orang lain and ada jugak perkara yang nak dirahsiakan. Takkan semua benda nak share dengan orang kan. So, kalau dah kita jawab "ADA LA", berhenti la daripada terus menyoal. Tak faham bahasa ke apa? 

  • Suka menyampai-nyampai / talam dua muka atau mengadu domba - Dalam hidup kita ni, kita perlu berhati-hati dalam memilih kawan. Bukan semua orang kita boleh percaya. Percayalah ada di antara kita yang bersikap talam dua muka. Sikap ni agak bahaya pada aku. Katakan la kita cerita (mengutuk) kat dia tentang seseorang yang kita tak suka. Then si dia ni pulak pergi sampaikan kat orang yang kita kutuk tu dalam versi dia sendiri. Kita cerita lain dia sampaikan lain pulak. Kan boleh menimbulkan pergaduhan tu. Tak baik betul sikap tu. Sebab apa aku kata orang yang ada sikap macam ni bahaya? Sebabnya, orang macam ni pandai berlakon wei. Depan kita dia baik belakang dia tikam kita. Bahaya kan?
  • Kaki bodek - Yang ni pun aku tak suka jugak. Kaki bodek ni macam mana ek? Kaki bodek ni suka puji-puji orang lain sebab ada udang di sebalik batu. Kebiasaannya orang yang dibodek adalah seseorang yang mempunyai pengaruh besar ke atas sesuatu yang berkaitan dengan diri si pembodek. Pandai-pandai la korang tafsirkan. Tapi kaki bodek yang paling bahaya adalah kaki bodek yang talam dua muka. Maksud aku, depan orang yang dia bodek ni, bukan main lagi dia puji berbakul-bakul. Belakang orang yang dia bodek, dia bantai mengutuk kaw-kaw pulak. Talam dua muka la tu kan? Hehe.
  • Suka ikut angin - Aku faham setiap orang ada perwatakan or sikap yang berbeza. Ada yang happy setiap masa. Ada pulak yang suka moody. Aku pun selalu moody jugak. Tapi takde la sampai suka-suka hati dia je nak marah or tak pedulikan orang lain masa tengah bad mood. Contohnya, pagi tu "dia" kacau korang dengan lawak yang langsung tak kelakar. Korang layan je. Petang tu pulak korang cuba la nak berlawak dengan dia pulak. Sekali dia langsung tak layan korang or buat macam korang takde depan dia sebab dia tengah bad mood masa tu. Sangat menyakitkan hati ok. Satu lagi, suka marah orang tak tentu pasal.  Konon macam dia sorang je boleh marah. Aku punya marah tak fikir pulak ek? Cukup aku menyampah perangai ni. Huh!
  • Suka bercakap besar or berlagak tak tentu pasal - Yang ni pun aku tak berapa nak gemar. Aku pasti korang pernah jumpa dengan kelompok-kelompok yang suka berlagak ni. Contohnya, dia ni suka bercerita pasal dia berkawan dengan orang-orang yang berpengaruh ke, beli barang mahal pastu menunjuk-nunjuk ke or something like that la. Tak pun, katakan someone yang berpangkat besar call dia. Dia akan cakap kuat-kuat nama or gelaran orang yang call dia tu semata-mata nak tunjuk kat orang lain yang dia kamceng dengan orang berpangkat besar tu. Contoh je ye. Haha.
  • Orang yang merokok kat tempat awam pastu hembus asap macam dia sorang je ada kat situ - Ini paling aku tak suka. Aku cukup anti bau rokok. Kalau ada orang merokok dekat-dekat aku, awal-awal lagi aku menjauhkan diri dari dorang. Tak pun tutup hidung. Tapi tengok jugak la muka perokokk tu. Kalau ganas semacam terpaksa la berlakon macam takde pape. Takut aku kena lempang pulak. Hehe.
  • Ambik barang aku tanpa kebenaran - Aku tak kedekut ye. Cuma aku tak suka orang ambik barang aku tanpa beritahu aku. Sebabnya, nanti kalau dah hilang tak tau nak tanya pada sape pulak. And lagi satu pasal makanan or minuman. Aku tak kisah kalau orang tu mintak terlebih dahulu kan. Tapi kalau dah dari jauh datang terus sambar air minum aku apa kes kan. Agak-agak la. Cakap la dulu nak sikit ke. Ni tak. Pasal makan pulak, kalau yang jenis main kebas je makanan dalam pinggan aku. Buat pinggan aku tu macam hidangan ala-ala buffet la pulak. Sopan la sikit wei. Mintak la dulu. Jangan tangan tu terus je merayap ambik makanan dari pinggan aku. Lagi satu, aku tak suka kalau tuan punya makanan belum jamah lagi, dia dah lantak dulu. Kalau ambik sikit-sikit takpe jugak. Ini tidak. Sekali ambik je dah dekat separuh yang habis. Lagi best kalau dia tak beli apa-apa makanan dengan alasan tengah diet tapi bila kita beli makanan dia bedal makanan kita macam dia punya pulak. Diet ke saja nak cilok orang punya? MySpace Haha.
  • Berkelakuan kurang sopan or buat bising di tempat-tempat awam - Yang ni aku rasa ramai dah yang cakap. Huhu. Yang aku nak tekankan kat sini yang buat bising kat dalam bas ni. Selalunya budak-budak sekolah la. Tak semua la. Cuma ada la jugak di kalangan dorang ni suka cakap kuat-kuat. Sakit jiwa je dengar dorang bersembang. Kalau suara tu slow takpe la kan. Ni kuat tak agak-agak. Geram aku. Bikin panas je. MySpace
Hurmm.. Dah tau dah kan apa yang aku tak suka. Ikutkan ada banyak lagi. Tapi cukuplah sampai sini je. Nak rehat la pulak. Esok aku nak OT walaupun tak boleh nak claim. Kerja banyak wooo... MySpace

2 ulasan:

eelobor berkata...

hehehe, perlu ada gak sikap "busybody" tapi dalam pengertian "keprihatinan"

"to be concern is to be alive"

Cik Rimau berkata...

setuju... tp yg terlebih2 mnyibuk nie yg merimaskan.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...