Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Oktober 2010

~ Karaoke ~

Happy sangat2 semalam. Nape ek?? Haha. Sebab dah dapat lepas gian pergi karaoke kat Ampang Park. Lama sangat dah tak nyanyi. Ikutkan aku nak pergi dengan akak yang duduk sekali masa kitorang menyewa rumah kat Bangsar dulu. And harini sepatutnya pergi dengan kawan sekolah aku dulu. Tapi disebabkan akak tu balik kampung pulak Jumaat haritu, so terpaksa la aku cancelkan. Nasib baik la ada kawan lama aku nie. Dia setuju nak temankan aku karaoke. Hehe. 2 jam jugak la aku bantai melalak. Siap nyanyi lagu duet lak tu. Haha. Kelakar betul.

 
Tapi serius cakap, aku still tak puas melalak lagi nie. Haha. And semalam suara tak berapa nak power sangat. Maklumlah dah dekat dua bulan aku tak karaoke ni. Tak boleh nak nyanyi lagu yang key tinggi sangat. Segan kat kawan aku tu. Haha. Yerla, lama sangat tak jumpa. Kalau aku pergi dengan akak tu or adik aku dah sah2 aku ambik lagu yang tinggi2 jer. Haha. Aku tak suka nyanyi lagu yang terlampau slow. Bese2 takpe. Tinggi sangat pon aku tak suka gak.

Dulu aku suka nyanyi gitu2 jer. Masa asrama dulu pon selalu gak la masuk nasyid, pertandingan nyanyian solo and buat persembahan untuk beberapa program anjuran asrama. Karaoke ni aku mula minat sejak kawan sekampung aku bawak. Aku duduk dengan dia dulu kat Lumut. Masa tu aku keje kat sana. So, bila kitorang cuti dia bawak la kitorang karaoke kat Manjung. Selalu jugak kitorang pergi. Best. Hehe. Sejak tu aku dah jadi macam gian lak. And then kebetulan pulak masa aku dah stay kat KL nie dapat pulak member serumah yang suka jugak menyanyi nie. Apa lagi. Bila ada masa je kitorang buat janji pergi karaoke kat Ampang Park. Sini memang best la kalau nak menyanyi. Tempat selesa. Pilihan lagu pon banyak. Tempat nie memang dah jadi favourite aku. Hehe


Minggu depan adik aku dah start cuti semester. Aku rasa macam nak ajak dia pergi karaoke lagi. Hehe. Adik aku pon suka melalak gak ape. 1 kepala la katakan. Haha. Tapi kali nie nak try kat Sogo la plak. Kawan ofis aku kata situ best. Tapi setakat ni aku tak pernah pergi lagi. So nak try la. Sogo, nantikan kedatangan aku yer. Haha


Hurmm.. Esok dah Isnin. Malasnya nak pergi kerja. Kerja berlambak lagi tak siap. Huhu. Sampai tak tau nak buat yang mana 1 dulu. Hehe. Tapi esok ramai lak yang takde. Sunyi la SSM esok. Bkp buat kursus kat Pulau Pangkor sampai Rabu nanti. Aku kalau takde halangan memang aku pon pergi sana gak. Tapi takpela kan. Next kursus je la aku join kalau takde halangan. Hurmm...


Ok la. Gtg. Papai..



27 Oktober 2010

~ Aku Rasa Menyampah kat Seseorang ~

Menyampah? Kenapa? Kat sape? Haha.. Yang pasti ada la seseorang yang menjadi mangsa aku. Haha. Mangsa ke? Rasa macam aku je yang mangsa. Hurmm.. Aku nak cite pon tak tau macam mana nak mula.



Korang pernah tak rasa macam nak balas dendam bila seseorang yang tak pedulikan kita masa kita susah datang mintak tolong kat kita? Aku memang la rasa macam nak laksanakan je misi membalas dendam aku tu. Tapi biasa la. Fikiran and hati tak seiring. So, balas dendam entah ke mana yang jadinya tolong balik orang yang tak sepatutnya ditolong. Huhu


Tapi kan, pada aku la. Orang tu sepatutnya dah dapat pengajaran daripada apa yang dah jadi pada diri dia. Yerla. Dulu dia tak hiraukan aku. Sekarang dia sepatutnya tau da kan langit tu tinggi ke rendah. Orang2 dulu dah penah cakap. Jangan jahat kat orang. Nanti jadi balik kat diri sendiri. Sekarang dah nampak dah kan kebenaran kata2 orang dulu2. Tak ada rasa segan ke? Apa pon tanya la pada hati sendiri. 1 jer pengajarannya. Jangan sekali2 buat jahat kat orang. And setiap perbuatan kita ada balasannya. Tak kira baik atau buruk.


Okey la.. Malas taip panjang-panjang harini. :p

26 Oktober 2010

~ Sakit Kepala ~

Huhu.. Dah berapa hari entah tak update. Malas and takde masa. Hurmm..
Apa nak cite ek? Entah la. Otak aku serabut sekarang nie. Tak tau macam mana nak cerita la. Tapi banyak hal la. Kalau cakap kang takut lak dia terjumpa blog aku nie. Huhu. Agak bahaya tu. Hehehe..



Sabtu lepas aku overtime. Bertiga je kat ofis. Masa balik tu terserempak dengan kawan kolej. Huhu. Bayangkan dah duduk situ dekat 5 bulan tapi baru haritu terjumpa. Padahal dok satu blok jela pon dengan aku. Hehe. Orang sekarang.. Nak2 yang dok KL kan. Jiran sebelah menyebelah pon belum tentu kita kenal. Betul tak?




~adios~


p/s : wlupon macam takde mood, weekend ni program g karaoke still on.. haha

23 Oktober 2010

~ Overtime ~

Hurmmm... Actually harini aku ada ot. Aku gerak lambat tadi dalam pukul 8. 15. Tunggu kawan aku bersiap. Harini terlebih rajin lak nak menapak je ke pejabat. Nasib baik gak la terserempak dengan sorang pegawai bahagian lain kat ofis aku tu. Ada gak kawan berjalan. Haha



Aku sampai ofis dalam pukul 9.15. Kak Ziha and Kak Najwa dah sampai dulu daripada aku. Lepas sarapan, baru la mulakan kerja. And tak lama lepas tu, tiba2 line internet takde. So, aku tak dapat la nak print kerja aku sebab connection ke printer besar yang share ramai2 tu da terputus. Kak Najwa kata petang baru ok. So, melepak la jawabnya. Pastu hari lak macam nak ujan sangat2. So, kitorang balik terus. Huhu. Mujur gak Kak Najwa hantar ke Dayabumi. Jimat masa aku. Hehe. Tapi sampai je kat lrt CM terus hujan renyai2. Nasib tak baik. Huhu.


Aku jumpa kawan lama aku tadi. Tapi nanti jela aku story. Dah malas lak nak menaip. Haha...Hurm.. Ok la. Sampai sini jela aku mengarut untuk harini.


~adios~

22 Oktober 2010

~ Baru Jumpa Blog Nie ~

Salam...


Aku baru ingat aku ada blog lain selain eija89.blogspot.com...Huhu. Nyanyuk gak ek aku nie. Maklumlah, tumpuan asyik terganggu.. :-)Dekat setahun gak ek aku xjenguk blog nie. Hurmm..

Well.. Apa kata aku buat ni blog untuk aku mengutuk je.. hehe.. ok x??



Ok.. Actually minggu ni agak stress. Kenapa? Sebab sorang pegawai kat seksyen aku tu la. Nak tau sape? Of course la pakcik sorang tu. Aku bukan la nak kutuk kaw2 pasal dia. Just tak puas ati dengan sikap dia. Aku tau dia bos aku. Tapi jangan la perangai macam tu kan.


Minggu lepas ada meeting MBJ kat ofis aku. Dia urusetia. And disebabkan aku dah pergi kursus kat cyberjaya dengan dia haritu, secara automatik aku dijadikannya pembantu. (rasa macam jadi PA dia lak). Dia gak ajak Abg Mokthar tolong jaga slide untuk meeting tu. Dia suruh aku duduk sebelah dia. Aku ikut jela. Sekali meeting mula je, dia suruh aku ambik minit mesyuarat. Kurang asam jawa tol. Dia buat apa lak? Dengan gaya orang kayanya, sedap2 je menyandar peluk tubuh. Cik Lakshmy (ketua seksyen aku) suruh aku ambik minit gak. Mungkin sebab dia pon risau tengok Tuan Syed tak buat.


Bila sampai time makan, dia yang pertama pergi makan. Balik je ke SSM, kawan2 tanya apa jadi. Aku cakap la aku yang kena ambik minit. Actually aku bukan reti sangat ambik minit nie. Aku main tulis je. Haha. Kawan2 cakap sepatutnya gred 22 ke atas yang kena ambik minit. Aku tak tau betul ke tak apa dorang cakap. Huhu. Petang tu Tuan Syed pesan kat aku. Suruh aku buat ringkasan untuk minit mesyuarat tu. Sebab dia nak buat minit tu cepat and nak bawak jumpa KP. Esok pagi2 dia dah tanya aku dah buat ke belum ringkasan tu. Aku cakap la belum. Dia membebel. Hello. Nak cepat sangat buat la sendiri.


Dah la masa tu kerja aku banyak gila. Dengan permohonan cuti haji yang banyak lak masa tu. Memang serabut aku rasa minggu tu. Aku rasa dia marah aku sebab dia tak tegur aku pon sepanjang hari tu. Haha. Nasib la kau. Sudahnya dia balik pukul 8 malam seingat aku sebab nak siapkan minit tu. Padan muka! Huhu.


Well, aku rasa memang patut pon. Selama ni, sume kerja yang bos bagi dia dapat je terus panggil orang2 bawah. Tengok je surat tu berkaitan apa terus panggil staff yang sepatutnya buat. Langsung tak minit apa2 kat surat tu. Pagi2 lak tidur je. Tak pon kadang2 main game kad kat komputer tu. Lupa lak namanya. Solitaire tak silap. Yang kad terup tu. Haha.


Pastu suka sangat buat bising. Dia ni boleh la diumpamakan macam ayam betina, Bertelur baru sebijik, tapi sampai 1 kampung tau. Nape lak aku cakap macam tu? Sebab setiap kali dia dapat kerja daripada bos or yang berkaitan dengan KP dia suka cakap kuat2. Bajet macam dia orang penting la. Nyampah betul! Kitorang kat dalam SSM tu selalu sangat YM sesama sendiri kutuk dia bila dia bising. Hahahaha


Panjang lak aku bebel. Cukup2 la aku ngumpat kan. Ok la. Nak layan facebook lak....


~adios~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...