Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

03 Januari 2017

AZAM 2017

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. 


Akhirnya.. Setelah menghilangkan diri selama setahun lebih, aku kembali memunculkan diri di dunia blogging ni. Agak-agak, ada tak yang rindu kat Cik Rimau? Hehe..

Ok. Malas nak melalut panjang-panjang. Tujuan aku muncul ni pon, saja nak wish happy new year kat korang and share sikit apa matlamat aku nak capai untuk tahun ni.

Dua bulan dari sekarang (17 Mac 2017), genaplah umur aku 28 tahun. Tua? Hurmm.. Yes.. Tua and tak laku.. Muahahaha. Aku harap takde yang tanya bila aku nak tamatkan zaman bujang. Itu semua aku serah kat Allah je. Orang gemok macam aku ni mana ada orang nak. Kih kih kih. Part ada ke tak orang nak kat aku tu, biar je la dulu eh.

Yang pasti, aku ada target nak kuruskan badan before umur aku 30 tahun. So, kalau katakan la aku berjaya dapat berat 45kg dalam tahun ni jugak, memang terbaek la kan. Hope berjaya la.. Huhu..

Ikutkan kalau aku betul-betul nekad boleh je berjaya. Macam Mac tahun lepas aku start buat diet Atkins. Awal diet tu, berat aku 99.9kg. Berat gila weh!!! Masuk bulan Julai, berat aku jadi 81kg. Tapi tiba-tiba, nasib aku malang masa tu. Lagi dua hari nak raya, aku kena tahan wad pulak. Suspek appendix. Mendadak turun berat 2kg dalam masa dua hari. Lepas empat hari warded, masa tu dah raya pulak. Aku bantai bedal nasi impit, lemang, rendang, kuih raya apa semua. Naik balik berat jadi 85kg. Hehehe.

Tapi lepas tu, aku cuba maintain berat jangan bagi naik dah. Paling tinggi berat aku naik setakat ni, sampai 86kg je. Now 84kg. So, tengah usaha nak turunkan berat paling kurang 10kg sebelum bulan Mac ni sebab nanti nak balik Perak. Doakan berjaya yer. Hehe.

Ok. Tu azam pertama aku. Azam aku yang kedua, aku tak nak ada merah dalam punch card aku. Tapi sangat-sangat malang aih. Hari pertama kerja dah merah. Tapi, aku tak salah eh. Hehe. Aku bangun awal arini. Pukul 5 dah bangun masak apa semua untuk abang aku. 6.45 dah keluar tunggu bas. Bas pulak buat hal. Patut selang 10 minit ada bas. Tapi harini, bas pukul 7:00, 7:10 and 7:20 tak muncul pulak. 7:30 baru ada. Tak campur lagi dengan sesak teruk dari jalan keluar kawasan rumah aku. Terpaksa ambik teksi dari Bangsar sebab nak elak lambat terlampau. So, harini aku sampai opis pukul 8:12 pagi. Haih..

Azam yang lain, nak jadi lebih baik dari taun sebelum-sebelum. Hehehe.. Ok la.. Itu je.. Nanti ada masa aku bebel lagi. :-p

22 Julai 2016

First Entri 2016

Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera kepada semua rakan alam maya..



Maaf lama sangat aku tak update blog. Macam-macam dah jadi kat aku selama aku menyepikan diri ni. In shaa Allah ada masa nanti aku aktif balik macam dulu. Banyak nak luah ni. Haha. Tapi kekangan masa. Ikutkan nak story pasal kena warded 4 hari masa raya baru ni. Tapi nanti-nanti la. Malam ni ada event beraya dengan kawan-kawan Smule. Hehe. Nanti aku payung gambar eh? Jumpa lagi nanti. :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...